Takut Seorang Isteri

Assalamualaikum dan hai

ALERT - kandungan post bersesuaian dengan golongan dewasa sahaja. Bacaan oleh golongan bawah umur memerlukan pantauan dan bimbingan dari ibu bapa atau penjaga. :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seorang wanita itu, takut mereka untuk bergelar isteri ialah ada beberapa perkara. Perkongsian ini ialah secara umum tanpa melakukan sebarang kajian sebagai social scientist. Segala perkara yang ditulis adalah berdasarkan bacaan umum dan pendapat peribadi saya sahaja. :)

Takutnya seorang wanita itu untuk menjadi seorang isteri ialah apabila dia tidak dapat memenuhi tanggungjawab dia sebagai seorang isteri. Antaranya ialah;

1) memenuhi keperluan batin suami

erkk.. krik krik krikk.. faham2 sendiri la ye :p

2) melahirkan zuriat suami

sebuah perkahwinan adalah seri kepada pasangan itu. Tetapi, semakin seri sekiranya dihiasi dengan kehadiran cahaya mata. Ada ke pasangan yang tidak mahu dikurniakan cahaya mata? Sangat bersyukur seorang isteri itu sekiranya rahimnya dapat mengandungkan zuriat suaminya :) :) walaupun di masa hadapan si suami mengatakan "tidak mengapa" "tiada rezeki Allah" tapi, perkara ini pasti akan meng awkward kan keadaan.

Ada juga berlaku situasi keluarga suami yang mendesak sehingga di minta isteri mengizinkan suami menikah lagi. Siapa yang merana? Isteri yang merelakan tetap makan hati berulam jantung. Demi, kasih kepada suami, di rela-relakan jua jiwa :) Tapi macam mana kalau suami pula yang mandul? nak ceraikan isteri ke kalau isteri tetap nak anak? Zaman dah moden, terdesak, anak tabung uji pun jadi option.

Ambil anak angkat? Alhamdulillah kalau boleh menerima mereka seperti anak sendiri. Susahnya nanti pada aurat yang perlu dijaga. Si isteri boleh ambil suntikan hormon yang boleh produce susu badan. Bagi anak-anak angkat minum, insya Allah tidak perlu menjaga aurat (menjadi mahram).

3) memenuhi keperluan zahir suami

Secara peribadi. Paling seram bahagian skill memasak. Walau sehebat manapun isteri mahir memasak dan sedap masakannya, tapi kalau tak kena dengan tekak suami, macam mana tu? Jalan yang boleh dipertimbangkan ialah duduk dengan mak mertua. Belajar cara/rasa masakan yang suami suka. Tapi tak ramai menantu sekarang yang suka duduk serumah dengan mertua. Practice make perfect. :)

Dalam hal-hal lain seperti dekorasi rumah, keperluan kerja, hobi dan lain-lain tu tidak menjadi hal sangat. Lelaki jarang ambil kisah melainkan dapat suami yang metroseksual. hoohoho..

4) menjadi teman berkongsi duka suami

piar is dosti (cinta ialah kawan). Apabila berkahwin, pasangan kita ialah kawan yang paling rapat. Ingat waktu sekolah dahulu? Kawan didahulukan lebih dari keluarga (sort of). Suami atau isteri ialah kawan bagi berkongsi suka dan duka. Tapi, mahu mencari teman suka senang seperti memetik jari (tapi ada juga orang yang tak tahu memetik jari).. dan mencari teman duka susah seperti subjek kimia (sebab saya tak suka subjek kimia.. hihihi)

so.. kalau nak cari suami atau isteri yang boleh kongsi duka.. waktu 'sesi berkenalan' jangan lupa tunjukkan pada dia segala jenis kesusahan dan 'negative side'... kalau pasangan itu ikhlas, he or she will stick around you. 

5) menjaga hubungan antara dua keluarga


berkahwin atau molek sikit sebut nikah ni.. bukan penyatuan dua manusia sahaja.. bahkan melibatkan semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak.. kalau sesama keluarga besan tidak 'berkahwin' macam mana mahu rumah tangga bahagia?

pada pendapat peribadi saya sendiri., seelok-eloknya kedua-dua keluarga dipertemukan dahulu sebelum bernikah. Ini bagi membina hubungan silaturrahim yang lebih mantap. Selepas berkahwin juga digalakkan untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim.. aktiviti seperti 'Hari Keluarga' sangat-sangat digalakkan. Bukan hanya menjemput satu pihak sahaja tetapi kedua-dua pihak dipertemukan :)

6) menjadi penenang dan penyejuk hati suami


apakah fungsinya seorang isteri itu jika tidak dapat menjadi pembantu kepada suaminya? menyokong? jika gulana suami tidak dapat ditenangkan dan panasnya hati tidak dapat disejukkan? 

7) setia bersama hingga akhir hayat

orang kata.. bukan saya kata.. hihihii.. perempuan lebih setia dari lelaki. Dari sudut psikologi Melayu mungkin ya sebab kaum lelaki dah tertanam dalam fikiran yang mereka boleh berkahwin empat. Manakala perempuan tidak. Yes. Well.., samada monogamy or poligamy.. semuanya terpulang kepada si suami. :) 

walaupun ada golongan wanita yang sanggup dimadukan, tapi golongan yang sebaliknya lagilah ramai.. jika wanita menawarkan kesetiaan kepada suami., perkara yang sama diminta oleh kaum wanita.. give and take.. shall we?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...