hati yang memaafkan vs hati yang tak kisah

Assalamualaikum dan salam sejahtera
hye stalkers

hati yang memaafkan..

sebenarnya bukan mudah mempunyai hati yang memaafkan.. daripada pengalaman saya sendiri, mereka yang mempunyai sifat mahmudah ini biasanya terdiri daripada orang yang pasif.
memiliki sifat memaafkan bukan bermakna mereka senang di buli, bukan juga kerana mereka suka mengalah.. tapi ianya ialah norma mereka sendiri ..
bersyukurlah sesiapa yang lahir bersama sifat mahmudah ini.
 tetapi !
berhati2lah wahai saudaraku sekalian, jangan sampai baiknya sifat anda ini dipergunakan oleh orang lain sehingga berulang kali disakiti. 

peace yo (^_^)v

sometimes, memberi kemaafan adalah langkah terbaik dalam menghentikan sesuatu yang boleh mendatangkan kekacauan.. contohnya seperti pergaduhan

contoh yang paling mudah ialah pergaduhan antara ahli keluarga.
antara suami dan isteri
antara abang dan adik

walaupun kita tidak bersalah.. mengalahlah... 
(yes! ianya sangat membantu)
mengalah bukan bermakna kita kalah
just tidak mahu perkara berlarutan

memberi kemaafan tidak bermakna mereka layak dimaafkan
tetapi kerana, kita berhak keamanan hati

(kepada mereka yang suka memaafkan... control... jangan sampai orang tahu sangat ok.. ahhahahah)

dalam konteks lain

ada pemilik hati yang keliru antara hati yang memaafkan dan hati yang 'tidak kisah'

contoh :
walaupun someone else telah melakukan perkara yang boleh menjatuhkan maruah kita
ada dua jenis hati; memaafkan setelah terluka dan 'tidak kisah'

saudaraku sekalian, berhati-hati dengan hati yang 'tidak kisah'
hati ini mungkin kerana pemilik hati itu tidak kisah apa yang berlaku kepada dirinya 
(belit ayat kat atas kan?)

jangan hingga kita berkata "oh, dosa kecil je pun. aku tak kisah."
 (dosa yang kecil boleh bertukar menjadi dosa besar sekiranya dilakukan berulang dengan sengaja)

~BAHAYA~

refresh hati kita.... jangan kerana sifat kita yang tidak kisah.. menyebabkan kita semakin runtuh morality nya...


hahhahha.. ayat pelik .. rasa macam aku sahaja yang faham.


cais - 29/4/2014 - 10.11PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...