Persediaan Masuk Universiti

Assalammualaikum..

semalam.. akhirnya selesailah semua urusan kemasukan saya ke universiti.. dah 5 hari di universiti tapi masih belum selesai.. orang biasa cakap "biasalah tu" tapi bagi saya rasa macam dah 2 minggu tak siap2nya.. wakaka

nasihat saya kepada semua bakal2 mahasiswa..
1- semua dokumen yang di fotostat hendaklah di sah kan oleh siapa bergantung pada permintaan, tapi biasanya, terjah jer rumah ketua kampung or balai polis yang berhampiran.

2- tak payah lah bawak sampai 4 5 beg.. bawak jer baju and dokumen penting, yang lain2 tu boleh beli kat sana. baju tu kalau nak bawak baju kuliah, baju rumah(baju tidur), baju sukan, kasut sukan, selipar jamban, kasut bertutup(majlis formal), baju majlis formal,
      - tapi saya dapat sarawak.. so saya bawak apa yang dah ada di rumah.. alkisahnya barang kat sarawak           lagi mahal.. ieye ke? dan saya jenis - kedekut! buyaaa!!  
      - dalam universiti ada banyak kedai yang boleh beli barang2 biasa

3- kalau macam saya ni budak kes rayuan, bila dah dapat universiti jangan segan2 mintak tolong orang lain.. sebab budak rayuan tak ada program orintasi, so sangat susah sebab kamu akan sesat tak tahu arah ke dewan kuliah, tempat makan and even ke kolej(asrama) universiti sangat besar!
       - mereka sangat tidak kisah kalau sekadar tanya arah bangunan, tanya benda remeh-temeh.. bila di                  akhir perbualan baru teringat nak tanya "siapa nama?" hahaha
      - carik sorang kawan cepat2 supaya dia dapat jadi pemandu pelancong :p

4- untuk subjek yang dah ketinggalan, lagilah jangan segan silu nak mintak bantuan kawan2 dan pensyarah.sangat penting!

5- segera carik aktiviti dan program yang boleh join, sebab nak kekal duduk dalam kolej kena aktif beraktiviti., so, terjah jer pejabat kolej or even pejabat fakulti, pejabat mpp, pejabat apa2 je lah untuk tahu aktiviti dan program.., kalau boleh pegang jawatan. kuat sikit reason nak duduk asrama. heheee

6- yang penting - JANGAN PERCAYA orang kata "universiti is easy"

sabtu / 28 sept 2013/ belakang pintu bilik... hahaha

- nak pergi basuh baju

                                                                              
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...