tayar meletup! gee

As Salam..

hari nie.. satu family plan nak pergi jalan2 sekitar Johor Bahru.. rancang samada nak pergi ke Angsana or ke CS Bukit Indah jer.. dan yang paling bestnyer aku boleh pandu kereta.. tapi sampai mana aku boleh pandu itu tak tahulah.. hehehee..

nak dijadikan cerita.. sebelum pergi ke JB itu., kami sekeluarga pergi ke jemputan kahwin dulu, dekat jer tak jauh.. jiran taman jer.. masa nak balik ke rumah.. lalu satu jalan sempit ni.. Lorang Dato Hitam namanya. senang katakan.. jalan itu memang tak disukai oleh para pemandu .. jalan sempit dan rosak dan berlubang!

nak sampai selekoh masuk ke taman damai.. ada satu lubang itu memang aku perasan.. dalam kepala aku ada 2 benda aku fikir.. lubang itu kecik (tak bahaya) dan aku dapat elak lubang itu..

uwwaaahHHHHHH!

tapi malangnyer.. tiba2 jer tayar kereta masuk lubang itu.. pergghhh... gegar kereta.. huh.. bila sampai rumah ingatkan tak ada ape2.. dan tak tengok balik la tayar tu.. tapi lepas solat Asar and nak gerak ke JB.. masa nak lalu bonggol jalan kat depan rumah aku.. bedebung! bunyi dasar kereta tak lepas bonggol! uwahhhh... satu kereta terkejut sebab aku bawak dah memang slow dah and than selama nie memang tak pernah bedebung pon... jadiknyer.. satu kereta keluar tengok tayar!


uwwaaahHHHHHH!


tayar pancit gilaa.. meletup...

tak jadiklah plan nak pergi ke JB..  (tak jadik lah aku nak pandu kereta ke JB..)

lubang Dato' Hitam punya pasal la nie.. asal lah jalan tu jalan persendirian.. kalau jalan kerajaan kan bagus.. dah lama aku suruh turap jalan itu!

uwwaaahHHHHHH!

kesian mak aku ... aku rosakkan tayar kereta dia.. uwwaaahHHHHHH!

oleh kerana masa itu dah dekat dengan rumah atok aku.. so parkir kereta itu depan rumah atok aku.. than kami beramai2 tukar tayar yang bocor itu dengan tayar spare part belakang kereta! ramai2 jadi pomen.. ahahah.. talian hayat pak cik aku, bapak ecan, huhuhuh

kecoh betol nak gantikan satu tayar.. buku manual mana? buku manual? buku manual mana??!! mana! mana?!

last2 tak jadik ke JB.. dan aku tak berasa bersalah.. rm150 untuk satu tayar..


dah la.. aku dah malas nak bawak kereta! boikot!!

sabtu / 9 jun 2012 / 5.00 pm


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...