ikhlas ke saya?

As Salam.. Maha Suci Allah yang menggerakan hambaNya berfikir..

ikhlas..

Islam kata ikhlas ialah berbuat sesuatu hanya semata-mata kerana Allah tanpa ada niat yang lainnya. Aku baca ikhlas itu kedudukannya paling tinggi selepas iman , kiranya rank-2 la..

ikhlas itu rahsia, hanya Allah yang boleh decide samada seseorang itu ikhlas atau tak.. malaikat yang sentiasa beriman pun ketakutan kerana takut tidak mencapai level ikhlas kerana ikhlas infinity.

"ambillah ini, saya ikhlas tolong.." ~ walaupun niatnya ihklas tapi terbatal keihklasannya. kerana ALLAH yang decide samada ya atau tidak.

senang kata .. kita tidak ada hak nak cakap kita nie ikhlas..

Antonim untuk ikhlas ialah riak..
apa itu riak?
riak ialah memperlihatkan ibadah atau pekerjaan yang dilakukan untuk mendapatkan keuntungan atau pujian.. orang putih kata, show off ..

Maha suci Allah yang membuatkan hambaNya ini berfikir ketika sakit..

adakah apa yang kita buat selama ini ikhlas mengikut konteks Islam iaitu kerana Allah..

mungkin tak..  dan mungkin juga ya.

sedang terlentang sakit tak bermaya.. aku teringat aku bagi dua bungkus mee kepada kawan aku.. sebab aku puasa.. aku fikir

~ aku bagi sebab aku puasa ker?
~ aku bagi sebab aku tak nak makan ker?
~ aku bagi sebab aku memang nak bagi ker?
~ aku bagi sebab aku nak tunjuk baik ker?

kalau aku bagi sebab memang nak bagi.. adakah itu ikhlas.. opss! jangan persoalkanlah!
kawan2 yang baca blog aku nie..
~ aku nie kalau buat sesuatu nampak ikhlas tak?  hahahah (^_^)

adakah kita ikhlas.. adakah kerana lillahhi taala? yang penting niat kita kan.. ikhlas atau tak itu urusan AL'ALIIMU .. hati manusia itu komplek.. hinggakan tuannya sendiri tidak tahu apa yang dimahukannya..


amalkan berbuat sesuatu didahului dengan niat.. 


SYAFIQAH! ikhlaskah kau?!


rabu / 20 jun 2012 / 10:00 pm


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...