mimpi public speaking..

assalamualaikum

tahu tak anti bahawa orang yang memberi salam mendapat pahala sunat manakala orang yang menjawab salam mendapat pahala wajib, so, anti nak jadi orang yang memberi salam or orang yang menjawab salam..?
tapi kalau tiada orang yang memberi salam tak akan adanya orangnya menjawab salam..

~ maaf kalau salah ana salah ~

20 Mac 2012 memang tarikh keramat bagi ana.
kenapa tarikh keramat?
pada tarikh itu ana kena buat public speaking depan kawan2 ana dan cikgu.

ohh.. walaupun dah biasa bercakap depan orang ramai tetapi kali nie lain dari yang lain. sebab ana kena cakap dalam bahasa Inggeris.
ana pun tak tahu kenapa kena buat dalam bahasa inggeris, maybe sebab hari tu ialah hari selasa.

hari selasa, rabu dan khamis kan hari bahasa inggeris kat sekolah
~macam mana lah nak memartabatkan bahasa Melayu ni~

baru jer sekejap tadi ana bangun dari tidur. sampai sekarang nie ana masih ingat mimpinya.

ana mimpi? macam mana mimpinya?

dalam mimpi tu, ana dan kawan2 form 6 ana ada perhimpunan pagi di sekolah seperti biasa.
dalam mimpi tu ana tak pakai tudung. oh! melampau.
than, mula2 ana tak ingat cikgu siapa yang buat pengumuman, lepas itu cikgu Hanafiah,
lepas cikgu Hanafiah cikgu Rosyatimah,
lepas cikgu Rosyatimah ialah budak kelas mawar, serius ana tak ingat muka dia, tapi ana yakin sangat budak lelaki kelas mawar,
ana rasa budak lelaki itu ialah Amirul Afiq sebab dalam mimpi itu ana kaitkan dia dengan cikgu Azahar, dia sebagai pengerusi Kelab Kebudayaan. (cikgu Azahar kan cikgu penasihat dia, kan)
 ~bertuah punya budak macam mana boleh sesat masuk mimpi ana nie~
lepas budak kelas mawar ialah cikgu Azahar.

masa cikgu Azahar bercakap dihadapan.. zoom camera mimpi tu seperti ke arah ana.. seolah-olah ana sedang melihat diri ana sendiri dalam mimpi tu.. hahah
time tu ana tengah buka ikatan rambut ana and main2 dengan rambut ana
than, ana (ana yang melihat ana main rambut) perasan yang cikgu Hamizah tengok ana. time tu memang ana ada feel yang lepas cikgu Azahar buat pengumuman mesti ana pulak yang kena. ana pun tak tahu kenapa ana ada feel macam tu. maybe sebab ana fikirkan sangat mengenai public speaking ana.
tapi dalam mimpi tu ana seolah-olah redha, seolah-olah memang semua orang di perhimpunan itu ketika itu akan bercakap dihadapan.

selepas cikgu Azahar habis bercakap dihadapan, dia menjemput ana naik ke pentas untuk bercakap mengenai bagaimana nak menjaga kecantikan.

hahahha.. tahu! tahu! tahu! melampau kelakar kan mimpi nie..

than, ana naik ke pentas dengan rambut ana yang tak sempat nak diikat semula..ayat pertama yang ana cakap mestilah beri salam kepada kawan2 dan guru. than ana cakap "saya rasa saya bukan orang yang sesuai untuk bercakap mengenai kecantikan"

than lepas ana cakap sikit2.. ana nyanyi lagu

bangun pagi, 
gosok gigi
cuci muka
terus mandi
.... sambungannya ana tak ingat.

masa ana nyanyi lagu tu, pelajar2 yang lain pun ikut sama nyanyi, budak perempuan kelas Kekwa batch yang lepas (2010-2011) mereka pun ada juga dalam mimpi, mereka special sebab mereka sahaja yang ada meja dan kerusi, seperti dalam kelas, time ana nyanyi diorang tolong buat gaya kat bawah..

than dalam mimpi itu, selepas ana habis nyanyi ana terfikir nak bercakap pasal pakaian yang sesuai
sebab dalam mimpi itu ana terpandang cikgu2 lelaki yang gemuk dan buncit pakai pakaian yang ketat.

ahahah.. memang pelik mimpi ana

than selepas itu.. ana pun terjaga dari tidur kerana gangguan nyamuk. tingkap tak tutup punya pasal, penuh gigitan nyamuk di muka, kaki dan tangan.

banyak lagi butiran mimpi yang ana tak cerita di blog. nanti panjang sangat. ini pun dah panjang kan?

ramai kan watak2 dalam mimpi ana.. mimpi sakan namanya nie. latar tempat ialah di dataran Munsyi

selasa / 4.37 pagi / 13 mac 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...