hilang kawan ker..



" huh, aku tak suka pada perampas,"

perampas? siapa yang perampas

" seorang hamba Allah telah merampas kawan aku dari aku,"

ukhti yakin ke dia perampas? atau ukhti yang tak reti jaga barang sendiri. Ana rasa tak ada istilah rampas merampas dalam hubungan sesama kawan ~ataupun ana yang tak tahu~ maaf, ana ketinggalan sedikit


" kawan aku tu sekarang dah kurang bercakap dengan aku, lebih pentingkan kawan baru dia tu aje "

oh, macam itu ke? apa kata ukhti start dulu bercakap dengan kawan ukhti tu. Bersangka baik lah, mungkin kawan ukhti tak nak ganggu ukhti.

" dulu walaupun aku busy dia tetap bercakap dengan aku "

dulu dan sekarang dua perkara yang berbeza. Dulu tak ada benda yang seperti sekarang. Dulu kawan ukhti tu tak ada kawan yang baru ini untuk berbual. Hilangkan bosan

" dia tak rasa ke yang dia dah crush kan hati aku nie "

mungkin dia tak perasan. bersangka baiklah. mungkin juga hati dia pun crush bila ukhti lebih pentingkan kerja dari dia. betul tak?

" tapi kalau ieya pun, dia patut jaga perasaan aku time aku ada dengan dia. Bukannya dok asyik layan kawan baru dia tu aje "

hermm. mungkin yang tu memang salah dia. bersangka baiklah yang dia mungkin tak perasan. Ana pun kadang-kadang tak perasan yang ada orang nak bercakap dengan Ana sebab Ana sedang bercakap dengan orang lain.
Ana suggest pada ukhti, supaya join sekali perbualan mereka.

" aku tak tahu apa yang mereka bualkan. takkan tetiba aje aku nak menyampuk "

mulakan dengan memberi salam, and than duduk sekejap dengan mereka. dengar apa yang mereka bualkan, kalau sudah faham, join sekaki berbual. cara yang lebih senang, ukhti tanya jer direct "apa yang ukhti-ukhti bualkan?"

" tak kan aku nak berbual dengan kawan baru dia tu sekali. dia dah rampas kawan aku dari aku "


lagi sekali ukhti ingatkan ana.  tiada istilah rampas merampas dalam berkawan. kawan adalah untuk ditambah untuk jalan kebaikan. ukhti pun tak salah untuk tambah kawan.


" cakap memang senang. aku bukan jenis yang suka berbual kosong. "

baguslah kalau ukhti bukan jenis yang berbual kosong. tapi mungkin kawan ukhti tu bukan berbual kosong.

" perbualan yang ada isi tak mungkin ada gelak2 ketawa "

bersangka baik. mungkin mereka gunakan cerita yang kelakar untuk perbandingan dan contoh dalam topik perbualan mereka, pendekatan yang bagus dalam perbualan ialah perkara yang dekat dengan pendengarnya.


bercakap dan merancang memang senang tapi nak melaksanakan perlukan keberanian.

" tapi kalau nak berani, malu kena buang "

berani dan malu dua perkara yang berbeza walaupun berkait.
untuk berani, perasaan malu perlu dibuang, kerana malu juga pengikat pada kejayaan seseorang
untuk berjaya, ikatan itu perlu dibuka supaya tangan dan kaki kita boleh terlepas.

" bukankah malu itu sebahagian dari iman "
ya, tapi malu mesti bertempat. malu yang sebahagian daripada iman adalah malu untuk membuat perkara yang melanggar perintah ALLAH. malu untuk mendekati maksiat.





~lain kan post aku kali nie~
~ hehehehee... kalau ada fakta yang salah, sorry yer, ~






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...