datang lambat ke sekolah lagi .. hahah

Assalam..

hari nie (bukan dlm sejarah hidup) aku datang lambat lagi ke sekolah.. kiranya nie koleksi aku yang baru sebab sebelum nie aku tak pernah datang pada jam 7.25 pagi. ! hah! lambat tak aku datang sekolah..

mana taknyer, bangun tidur pukul 7, dengan baju yang tak bergosoknyer, nak kemas beg lagi.. kes anak dara suka buat kerja last minute jadi macam nie la.. hahah.. kes tak reti nak serik-serik.. gee

aku dengan otak bergeliganyer pergi sekolah naik kereta, bapak aku yang hantar, kalau aku naik motor nanti dengan confirm nyer aku kena lalu pagar depan dan dengan surenyer semua orang yang dalam dewan akan nampak aku sebab aku nak park motor kat belakang dewan kan? ~boleh bayangkan tak?~ hahaha

than, alkisahnyer, aku masuk pagar sekolah tu, bila aku skodeng2, tak ada seorang MPPPU dan pengawas pun yang kat luar dewan, apatah lagi cikgu2 lelaki or perempuan yang suka duduk kat luar dewan tu, hahah
bagus jugak pengetua sekolah tu suruh semua cikgu duduk kat atas pentas,.. hahahaa..
 than, nak melintas pergi ke bahagian F6 kena melintas pintu dewan, aku berlakon kononnyer nak pergi bilik air, than dari bilik air aku cross terus pergi ke side dewan yang sebelah kiri, yang tempat F6, orang yang first nampak aku ialah Tay Juan Wuan, huh!

soalan pertama dia pada aku ~you pergi mana?~ manusia yang sorang nie nampak sangat tak alert yang aku nie datang lambat , ceh ! padahal persiden mpppu tu.. hahha than aku dengan slambernyer cakap yang aku nie dari toilet, eh! aku tak tipu, aku memang dari toilet.. heheheee

hahah.. than orang pertama yang aku ceritakan pasal hal nie ialah Nadia, dah masuk kelas aku story kat Nabila and Yuli and kecik.. hahahah tapi takpe, diorang memang dah tau yang aku memang pandai cilok.. hhehe

~alkisah maka tersebutlah kisah~

isnin / 27 feb 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...