cerita di Perlis (2)

Jawab salam dulu...

* sabtu pagi *19 nov 2011 * tiba di perlis

Ahhh... menggeliat kan badan.. (sesengal badan nie).. sampai ke perlis dalam pukul 9 pagi.. dalam keadaan belum mandi tu.. kami turun di Padang Besar untuk berjalan2.. tempat tu macam tempat shopping yang menyerupai pasar.. hahhaha.. barang kat situ murah2 belaka.. baju jersi yang tiruan yang dijual mahal boleh dibeli dengan harga yang murah.. hahahh.. baju2 yang aku suka pun berlambak..

Famili adik beradik ayah aku berbelanja barang2 lain.. kami famili Adnan, merayau carik baju melayu! Ahhaha.. kisah nyer ialah, famili aku masing2 just bawak 1 pasang baju melayu ajer.. padahal majlis nyer 2 kali.. satu ialah majlis akad nikah pada sabtu malam (sabtu malam ~ 19 nov 2011) dan lagi satu majlis sanding pada ahad pagi (ahad pagi ~20 nov 2011) .. ayah aku langsung tak inform pada kami ... oleh itu terpaksa lah carik sepasang lagi baju kurung.., hihiii... tak pasal2 dapat baju baru.. hahahha... best2.. bajunyer pun aku berkenan.., aku beli baju + dengan selendang + anak tudung ... masa nak try pakai baju2 yang nak dibeli tu, kami belum mandi! Hahaha.. ape perasaan tuan kedai tu bila dapat tau ada orang belum mandi sedang try baju dia?? Hahahhahaaa ..

Ayah aku beli baju melayu tanpa seluar (coklat muda), mak dan aku beli baju kurung (colour coklat gak) dan adik2 aku beli baju jersi colour biru...

Lepas tu .. naik bas lagi pergi ke rumah tumpangan.. huhuu.. kerja aku kat situ menggosok baju! Baju baru yang baru beli nak pakai tu. Satu famili aku kena gosok + baju yang nak pakai untuk majlis sanding (colour tema hari sanding ialah biru terkous .., biru macam biru langit .. baju colur nie yang kiteorang bawak)

Dah nak dekat maghrib.. semua orang start sibuk bersiap2.. hahah.. bilik air just ada 3.. lebih 30 orang berebut nak guna bilik air nyer ... hahahah...  masa masing2 nak siap tu.. pengantin lelaki (cik Amri) buat lawak plak dengan cik Ereen .. konon2 dyorang practise masa nak akad nikah tu.. hahah.. memang lawak la.. asyik2 nak ketawa2 jer.. last2 cakap.. “ala.. dah la.. aku takut nie.. hahah..” dengan gaya cakap dia yang lawak tu.. hahahaa...

~memang seram huu~

Masa time akad nikah kat rumah perempuan aku dapat duduk kat place yang view dia jelas dan nyata.. hahhaha...  aku yang tengok pak cik aku tu pun cuak apatah lagi dia yang nak menghadap tok kadi tu.. kalau masa practise dengan adik dia (cik Ereen) pun dah takut, apatah lagi dengan tok kadi.
Tapi.. secuak2 yang aku tengok masa kat rumah tumpangan tu pun, dengan sekali lafaz, sah cik amri dan cik zira suami isteri.. aku tengok memang lega..


Lepas majlis akad., kami jamu kat luar, masa tu pengantin datang kat tiap2 meja.. hahaha.. first time aku jumpa pengantin perempuan, cik zira aku nie.. hahah.. perkenalkan diri la.. hahha.. nak tau tak? Aku perkenalkan diri sebagai cucu perempuan sulung.. hahhaha madah tak aku? ~ala~ lagi pun dia memang tak kenal aku lagi kan..~

Lepas tu kiteorang balik la ke rumah tumpangan semula.. siap2 untuk tidur dan esok!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...