berkenalan dalam laman muka buku..

Assalammualaikum..

dah lamanya aku tak meng update blog aku nie.. hhahah.. tiap hari aku nak update tapi tak ada story la.. hahaha.. pelik tak bila Nur Syafiqah Adnan nie tak ada story? hahahha

wehh readers.. apa pendapat korang pasal FB?? jeng jeng jeng..

bagi aku la.. FB nie untuk kita tak lost contact dengan kawan2, than dapat tahu perkembangan dyorang and segala la.. dapat chat2 dengan orang2 yang kat kampung.. kongsi dengan kawan2 kita gambar ke ape ke..

masa first2 aku buka laman muka buku nie aku tak pernah terfikir sebab nak tambah kenalan.. nak main game Sims Social ke,  Ninja Saga ker.. heheh.. serius wooo.. tak pernah nak pon.. hhahah.. 
tapi hasilnyer sekarang ? lebih ramai yang aku tak kenal dari yang aku kenal.. tadaaa...

yang paling tension bila nak ajak chatting nie.. ye aku tau la dah jadi kawan. tapi aku tak ada modal la nak chatting ape dengan korang2 semua nie.. ahhaha, lain la kita dulu pernah sama kelas ker.. satu tempat tuesyen ker, satu sekolah ker.. jiran sebelah rumah ker.. boleh la aku consider nak chatting dengan korang.. hhaha
boleh la nanti aku nak carik idea sikit nak chat aper.. hahaha

tapi tiap kali baca status orang yang lebih kurang macam nie bunyi nyer:

" aku paling tak suka manusia yang sombong and tak nak tegur2 dengan aku.. padahal aku dah add dia dah.. ada pulak tu yang tak nak approve kan aku sombong sangat "

" sila LIKE status saya nie jika kamu ialah kawan saya yang tak sombong bila saya tegur "

maka dengan itu aku pun akan terasa macam makan cili.. hahahha
tapi nak buat macam mana nak.. dah tak ada  modal nak chat..
tak kan tak pasal2 nak tanya..

"siapa nama awak?"
"dulu sekolah kat mana?"
"adik beradik ada berapa?"
"ada gf/bf tak?"
"umur berapa?"

wahhh!!! aku biasanyer 
"oit! ko tengah buat apa tu hah?"
"weh! jom hang-out jom!"
"weh, tadi aku nampak bapak and mak ko kat pasar?"
"oii... bila ko nak balik pontian, bosan la tak ada ko"
"eh ko dah siap kerja sekolah lom??"

tak kan la dengan orang yang aku tak kenal nak terus ckp 'oit!' 'wehh!' 'oii!'
nanti dilabel kurang ajor pulak.. tak pasal2 kena sound kang.. hahha

pss > paling tak boleh blah mintak no tepon and ajak couple.. wehh sorry la ye.. kenal pon x boleh nak ajak couple.. boleh jalan la..

status : hangin dengan jejaka2 yang terlampau perasan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...