amik ujian komputer.. perghh, bertapa aku ..

cerita pada hari rabu / 7 12 011

assalamualaikum..

hari nie punya cerita ialah pengalaman aku bertapa di Konsortium Multimedia Swasta Sdn Bhd
hah tau tak aper tempat nie? nie la tempat aku bertapa selama 7 jam! nak amik ujian komputer punya pasal
 ~ ~ ~ huh! bayangkanlah ~ ~ ~

ingatkan nak pergi pukul 8 pagi .. tapi tengok ayah aku kesian la pulak sebab tidur malam tadi pukul 3 pagi..
lepas tu nak pergi pukul 9 .. rasa macam malas la pulak
masa nak pergi pukul 10, dah siap2 dah nie..  tapi oleh kerana ahli keluarga yang lain masing2 masih belum siap (dyorg nak pergi keluar sarapan) .. akhirnyer aku batalkan hasrat and ikut diaorang pergi sarapan
last2.. pergi pukul 11 pagi.. kat sana daftar, lepas tu kerani kat situ cakap yang aku punya turn pukul 1 atau 2 tengah hari nanti.. alahai.. 
tengok jam baru pukul 11.30 pagi.. dengan perasaan percaya nyer yang turn aku pukul 1 .. aku pun balik la dulu ke rumah.. roger roger bapak aku amik aku kat Konsortium ..hehehheee

datang balik ke Konsortium .. kedai tu tutup sebab waktu rehat.. beramai2 la tunggu kat luar kedai ..  pukul 2 suku baru bukak balik.. kerana begitu ramai nyer.. kerusi pun habis.. berdiri la aku selama lebih kurang 2 jam kot..
aku kat sana memang yang paling diam ~ err.. sebab tak ada kawan ~ tahu tak? selama aku tunggu tu .. aku boleh baca semua 500 soalan dalam buku soalan yang aku beli kat Bentara tu.. ~ aku buat soalan berkaitan KEJARA ~ (p/s :: bahagian soalan yang logik akal tu aku buat dan selak laju2 jer..)

akhirnyer pukul 7. 05 minit .. nama aku dipanggil! rasa begitu terharu akhirnyer bila nama aku dipanggil .. hehehe... aku dengan bangganyer .. masuk dan jawab! hahaha..
aku ambil masa lebih kurang 15 minit jer beb.. and then aku terus keluar..
result yang keluar kat screen komputer aku tu dia tulis 42/50.. tapi masa tu aku tengok sekali lalu jer.. lepas tu aku keluar..
masa ambil result kat luar aku dia bagi tahu aku lulus markah 49/50.. ahahhaha... aku tak percaya tu aku tengok la kertas yang dia print out.. huhuu.. memang betul la.. 49/50.. ahahah.. salah satu tu jer beb.. hahah.. bangga2!.. punya lah risau tak lulus.. berkat aku baca 500 soalan .. hahha
 ~ amin ~

hahahahahah.. suka aku! aku suka

p/s .::. kurang ajor betul pada mereka yang ketawa kan mereka yang tak lulus .. rasa macam nak cili jer muka diaorang tu..

8 11 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...