sebab kenapa aku minat something English..

Assalammualaikum ---> jawab ler

err.. siapa yang duduk dengan aku dalam kelas mesti tahu yang aku lebih suka something like English daripada something like Malay, right?

contoh macam filem dan lagu ..

meh sini..! mari dekat-dekat! aku nak bagi tahu kenapa aku minat gitu.. hahhaha (^_^)

ermm.. er.. tak tahu nak explain macam mana eik.. senang cakap perbezaan antara bila aku tengok movie, tonton, dengar, hayati or baca something BI .., (1) aku rasa lebih puas..

kenapa aku puas?
sebab aku paham apa yang diorang cakap padahal itu bukan bahasa aku.. paham?

~cuba kalau ada orang perhabuk cakap Arab ker, Perancis ker, Korea ker.. korang tak paham kan aper yang depa-depa tu cakap? .. cuba pada suatu hari tu.. korang paham cakap2 mereka.. tak rasa macam korang rasa puas, enjoy dan bangga + + ker .. ? kalau aku memang sure yer la..

first time bila aku terjebak dengan benda alah nie time aku suka lagu
Celine Dion - My Heart Will Go On (ost Titanic)
aku suka lagu nie gila2.., aku gila2 cari lirik dia.. hafal2.. lepas tu dah lama sikit paham maksud dia..  lepas tu nyanyi kuat2.. hahahahah.. bangga gitu dapat nyanyi lagu orang putih.. hahahah
lagi satu sebab (2) aku nak improve BI aku la weyh.. (aku dah tampal kat dinding bilik aku.., yang aku nak BAND 4!) .., tiap kali aku nak tengok citer melayu kat tv .. aku cakap 'baik aku tengok citer orang putih, boleh improve BI' .. tahu tak sejak rumah aku ada pasang piring atas bumbung (err.. ASTRO ler) .. aku asyik tengok CSI, Laverage, Iron Chef, Merlin, Rookie Blue, Amazing Race, House, Unexpected dan dll.. hahhaha... cerita lain memang takder terlintas dulu la nak tengok.. korea pun aku lupa.. hahahhaha ..
aku 'seksa' diri aku (cewahhh.. kadang2 jer ..) tak bukak subtitle .. lepas tu aku ajuk dyorang cakap ulang2 banyak2 kali... hahahah (^_^)

lagi sebab ialah masa aku darjah 4 kot tak pun masa darjah 5 .. aku memang kategori budak tak berapa nak berjaya.. (ayat bertapis) ada seorang cikgu nie.. Cikgu Maria nama dia.. dia macam buat bincang2 dalam kelas.. dia tanya soalan .. nanti ramai2 bagi tahu jawapan.. satu soalan tu aku jawab memang suara aku terkuat, lepas tu memang salah! hahaha... (3) cikgu Maria aku nie tegur aku salah.. hahahh.. time tu aku tak malu tapi motivate .. sebab tu aku memang ingat cikgu aku yang sorang nie.. (^_^) trimas yer cikgu..

dan sebab aku bangga! (4) kalau orang lain boleh perhabuk ber BI .. aku pun boleh.. aku suka tengok dato' mahathir berdialog dalam satu rancangan kat amerika.. aku download .. than dengar ulang2.. memang dato' M ada sleng macam orang melayu.. sebab dia orang melayu..! tapi bangga .. dia famous.. ahahah (xder kena mengena)

banyak lagi ler sebab dia.. tapi paling utama ialah aku puas! dapat hayati sesuatu yang bukan culture aku.. hahah 

~ kepanjangan post sangat2 tidak disengajakan.. tak tahu nak pendekkan ~
selasa - 29 nov 2011 - 2:39 am

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...