cerita di Perlis (1)

Beri salam sunat.. jawab salam wajib!

Aku dah post belum cerita aku masa di perlis? ~Bukan nak pergi perlis~ rasa macam belum..  aku rasa macam nak cerita ~amaran! Post ini sangat panjang!~

jumaat last sekolah kan? malam nyer tu aku terus pergi perlis .. mesti tahu kan yang aku pergi perlis.. orang JB pergi Perlis.. makk oii .. 12 jam lebih perjalanan... ramai2 naik bas.. semua keluarga ayah aku (nenek + keluarga adik beradik ayah aku) ..

* jumaat * 18 nov 2011 * naik bas time malam pkol 830 pm *

Oleh kerana famili aku lambat naik bas.. so dapatlah tempat di belakang bas.. haha.. belakang bas tau-tau ajer la kan.. memang boleh pening + muntah kalau tak biasa .. tapi tak per.. famili aku takluk bahgian belakang.. sorang amik 2 sit... hahaha... berleluasa kami!

Aku ada ramai adik sepupu.. yang paling tua ialah abang aku dan aku no 2.. kiranya abang aku tu cucu lelaki sulung dan aku cucu perempuan sulung .. adik sepupu yang bawah aku umur 13 tahun (2011) iaitu baya adik aku yang imran ..  paling muda adik sepupu aku umur 3 bulan (2011) .. rata2 umur 2-4 tahun.. yang umur bawah aku pun nampak macam budak kecil sebab badan kecik!

muhammad afiq danish - upin
Dalam bas memang aku jadi errr... baby sitter .. aku yang melayan adik2 aku yang tetiba jadi ramai .. hahaha .. paling pening dan seronok layan adik aku yang kembar.. jujur aku cakap yang aku tak tahu aper nama dyorang yang betul.. just panggil Upin Ipin jer... hahahha.. pengaruh! Nak bezakan dyorang pun still tak boleh lagi nie ..

muhammad arif danish - ipin
Masa kat perhentian .. budak kembar nie beli belon sabun yang tiup2 tu.. lepas tu salah satu batang peniup tu tenggelam dalam botol.. so, just tinggal satu jer belon air nyer .. masing2 gaduh nak main belon tu ! hahhaha.. aku pun jadik la tuan hakim.. hahhah... aku amik belon tu aku yang tiup! Lepas tu dyorang kejar than pecah kan belon yang aku tiup tu.. lepas tu dyorang suruh tiup lagi dan lagi.. penat weyh main tiup belon nie.. lepas penat tu aku cakap “lepas akak tiup yang nie., akak simpan tau., kita main esok pulak, boleh?” hahah.. lepas semua (6 budak) dah setuju.. aku terus simpan.. hahah.. lepas tu aku paksa semua 6 adik aku tu duduk diam2.. hahha... tapi memang tak lut! Last2 aku suruh dyorang duduk dengan mak bapak dyorang.. baru nak lut sikit.. tu pun susah !

hahha... dah lama tak jumpa adik2 sepupu nie.. ahhaha.. masing2 dah besar.. err.. aku pun dah 'besar' .. hahahaa .. tapi tak sangka plak yang adik2 sepupu aku nie boleh melekat dengan aku.. adik2 aku yang lelaki for sure masing2 banyak mulut.. upin, ipin, adi, along, haziq, yang adik2 yang perempuan pun gamat jugak.. teha, hajar, syuhaidah, hahhaha.. pening aku layan cakap dyorang.. masing2 nak cakap .. fizi jer yang tak rapat dengan aku sebab dia bari 2 tahun! tak pandai cakap lagi .. yang umur 2 bulan pun ada nama dia harith.. hahahah.. bila korang nak pandai cakap nie... hahahah

aku dah balik pontian nie.. rindu nyer dengan depa-depa nie.. hahaha.. agaknyer masing2 sibuk main Plants vs Zombies.. lagi2 yang Haziq

Sampai ke perlis dalam pukul 9 pagi kot.. tak ingat dah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...