apa perlu buat kalau marah.. ?

 orang beri salam kena jawab, wajib!

korang pernah rasa marah tak? mestilah pernah kan.. tipu la kalau tak pernah..
sedangkan Nabi Muhammad yang maksum pun ada marah
(peringatan :: selawat keatas nabi apabila nama nabi disebut)

so apa yang perlu dibuat kalau ada rasa macam nak marah..
ada hadis nie..
 ~Hadis yang di riwayat oleh Imam Ahmad~

Rasulullah ada berpesan ::

“Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia
dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk.
Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring.”
 
kalau still tak hilang .. amiklah wuduk .. tau tak kenapa kita marah?
sebab kita tak dapat kawal nafsu dan emosi
perasaan mazmumah nie datang dari syaitan .. syaitan nie is made from api .. api kalau nak dikalahkan mestilah dengan air.. maka wuduk!

~hadis yang di riwayatkan oleh Abu Daud~

 “Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api, dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.” 
chill out.. go jauh2 syaitan .. tapi jalan paling senang.. tidur!! nanti bangun hati dah sejuk..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...