Sayang Menyayang..

As Salam..

(ini post luahkan perasaan..siapa yang tak suka jangan baca!)

Post kali ini macam nak luahkan perasaan la.. sedihnya aku tengok legasi pengawas aku kat sekolah.. hahahha... masing-masing nak gaduh., masing-masing tak sebulu.. kes pasal senior dengan junior la nie.. batch aku dulu ada juga masalah tapi tak adalah masalah antara senior and junior.. aku rasa batch2 senior aku pun tak ada hadapi masalah macam nie.. semuanya berpunca daripada perlantikan jawatan.. iaitu apabila pengawas daripada kelas atas yang terpilih untuk menduduki carta dan pengawas kelas bawah yang kurang sangat mendapat tempat... pada pandangan aku dan pengalaman aku.. sekolah lama aku itu lebih mementingkan pengawas dari kelas atas untuk menduduki carta. bukan nak kata apa tapi memang itulah hakikatnya. contoh yang paling dekat ialah aku dan wan nasir.. setahu aku si wan nasir itu sudah 5 tahun jadi pengawas dan aku hanya 2 tahun sahaja jadi pengawas tapi akhirnya aku yang dapat jadi ketua. jelas sangat sebab aku ini kelas sains 1 dan wan nasir kelas sastera 1..

oleh itu.. kepada adik-adik pengawas yang berada di kelas bawah, kalau korang nak kan jawatan, korang semua kena bekerja lebih keras.. contoh yang akak boleh beri ialah abang pengawas korang iaitu wan nasir. taufik mahadan dan ibrahim.. diaorang bertiga nie kelas sastera 1, akaun 4 dan akaun 3 (kalau tak salah la)..kerja mereka memang mantap, kalau ada sportcheck memang tip top..sebab itu mereka dapat jawatan. dan selain dari itu juga, korang punya result pun nak kena ok. jangan jadi macam aku. siap kena maki lagi dalam kelas depan students lain lagi..betapa malunya aku pada hari itu..

one more things..kalau kita sudah mengambil keputusan untuk involve dalam sesuatu yang besar contohnya pengawas ini dan macam aku ialah MPPPU. so sacrifice yang perlu kita buat juga haruslah besar. terutamanya masa! duit! dan keringat! ya.pada mereka yang tidak pernah terlibat dalam sesuatu yang besar, meh sini aku bagitahu, to involve or get something big so you have to make big sacrifice.. repley's believe it or not!

lepas itu yang aku tak boleh nak belah itu..yang junior boleh pula post status di FB., nasib baik dalam group pengawas., kalau kat tempat umum memang malu besar la pengawas.. ermm.. masing-masing tak puas hati.. sedih betul aku ini walaupun hanya ex sahaja..

sesusah mana pun wahai adik2 ku sekalian.. korang kena tunjukkan yang korang ini boleh memimpin kawan2 korang yang lain.. kalau ketua pengawas senior dan bakal ketua pengawas gaduh2..macam mana korang nak organize korang punya organisasi? dan walau sebagaimanapun cikgu2nya..korang kena catch up dengan cikgu.. bincang face to face dengan cikgu dan dapatkan kepastian kenapa cikgu buat sesuatu tindakan itu.. kepada si ketua pengawas! anda ialah ketua pelajar dan merangkap kepada wakil pelajar..kedudukan anda ialah selepas guru..oleh itu, anda berhak untuk bertanya itu dan ini. ada faham?

peringatan kepada semua yang ada pegang jawatan! jalankan tugas anda sebaik-baiknya. jangan sekali-kali fikir anda sudah buat yang terbaik dan anda betul, sentiasa minta pendapat dan nasihat orang lain terutamanya orang atasan dan orang bawahan anda! kebajikan mereka hendaklah dijaga.. chill out selalu yer..

p/s .::. kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga

isnin / 1 ogos 2011 / 10:25 pm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...