Roti Jala @ Roti Tirai..

As Salam..

Menu utama family aku hari ini ialah roti jala ataupun roti tirai..

tak tahu macam mana rupanya? meh sini aku lampirkan gambar

ta daa..

picture may be subject to copy

kerja-kerja nak menjala roti ini atas kuali mestilah aku.. start dari jam 5:30 pm kot.. jam 6.30 pm baru siap.. banyak jugak aku buat..oleh kerana sudah setahun tak buat kerja tirai-menirai ini.. cubaan pertama dan kedua tak berapa nak jadi la.. (^_^)

nak cuba buat? tersedia dibawah resepi roti jala @ roti tirai..

ta da.... xde kan.. iskh korang nie.. aku just pandai tirai jer.. nak buat kari dia and campurannya aku tak pandai lagi.. kalau aku nak amik dari mana2 laman web or buku nanti kena saman pula.. nak tolong bayar kan ke?

hahahha...

tapi paling tak best masa menirai ialah.. acuan dia cepat sangat tersumbat..bila sudah dibetulkan nanti tersumbat lagi..sebab adunan dia pekat

habis semuanya! masak untuk dimakan lebih kurang 30 orang tadi.. makin dirumah atuk, berkumpul 4 keluarga..mestilah banyak kan..sebab itulah lebih sejam di dapur just nak menirai..

macam-macam hari ini makan, family aku, roti jala, jelly kristal with fruits dan cincau+soya
family lain macam-macam ada juga; mee kari, macaroni, bubur lambok, air itu, air ini, sambal goreng and dll..

selamat mencari resepi dan menirai!

p/s .::. yeah! tak makan banyak!

isnin / 1 ogos 2011 / 11.00 pm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...