Doa..

As Salam..

ya Allah ya Tuhanku

ampunkanlah dosa-dosa ku ya Allah
masukkanlah ku kedalam syurga bersama orang-orang yang beriman

ya Allah ya Tuhanku

kurniakan ku nur hidayah Mu
supaya aku sentiasa beriman bertaqwa dan beribadah kepada Mu ya ALLAH

ya Allah ya Tuhanku

permudahkanlah urusanku ketika didunia
dan permudahkanlah urusanku ketika di akhirat

ya Allah

permudahkanku untuk mancari rezeki di atas muka bumi Mu
permudahkan ku untuk menimba ilmu-ilmu Mu ya Allah

ya Allah

sekiranya sesuatu itu adalah yang terbaik untukku
maka permudahkanlah hatiku untuk memilihnya
sekiranya sesuatu itu adalah yang salah bagiku
maka jauhkanlah hatiku dari memilihnya

ya Allah ya Tuhanku

permudahkan hariku untuk menempuh dugaan-dugaan mu
permudahkanlah urusanku dalam mentadbir hamba-hamba Mu ya Allah
permudahkanlah urusanku dalam menjalankan tangungjawab ku ya Allah

ya Allah

ampunkanlah dosa kedua-dua ibu bapa ku
dosa ahli keluarga ku
dosa guru-guru ku
dan dosa sahabat handai ku..

masukkanlah mereka ke dalam syurga bersama orang-orang yang beriman..

p/s .::. amin..

ahad / 31 Okt 2011 / 10:52 pm


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...