Tak Mungkin Berlaku..

Sudah lebih 3 tahun Ika berada di negara Kanggaro ini. Sudah lebih 3 tahun jugalah Ika berjauhan dengan keluarga dan tanah airnya. Duduk berdikari dan berjauhan dari keluarga memang agak mencabar dirinya. Jika dulu semuanya disediakan oleh ibu dan ayahnya, namun kini semuanya harus diatas kakinya sendiri.

Ika membuka kain telekung yang menutupi tubuhnya, lalu kain itu digantung dibelakang pintu biliknya. Seketika kemudian terdengar ketukan perlahan di muka pintu. Suara anak tuan rumah kedengaran.

"Kak Ika, emak ajak minum petang dibawah," jerit Ayu dari luar.

Mendengar suara Ayu diluar pintu menbuatkan Ika segera mencapai tudung yang disidai di kerusi. Pintu bilik kemudian dibuka. Ayu tersengih-sengih dihadapan pintu menunggu Ika.

"Minum apa petang ini?" Ika sengaja bertanya kepada Ayu sambil bergandingan turun menerusi tangga.

"Macam biasalah kak. Teh susu dan biskut Mary," balas Ayu. Tangannya manja berpaut pada tangan Ika.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

Di laman rumah, Mak Dijah sudah siap sedia menuang air kedalam 4 biji cawan. Bayang suami Mak Dijah masih belum kelihatan.

"Assalammualaikum, mak," ucapan lazim diberi kepada pengganti ibunya di tanah air.

"Waalaikummussalam," balas Mak Dijah.

"Mana bapak, mak?" tanya Ika semula.

"Bapak kau itu kalau tak dipanggil banyak kali memang tak reti-reti nak keluar sendiri," 

Mendengar sahaja kata-kata Mak Dijah, Ayu terus melompat turun dari kerusinya dan kembali semula kedalam rumah untuk memanggil Pak Aji. Seketika kemudian Ayu kembali semula ke kerusinya dan disusuli Pak Aji.

"Sudah minum, Ika?" tegur Pak Aji.

"Semua orang tunggu bapak tak keluar-keluar," 

Pak Aji terus mengambil tempat di tempatnya yang biasa. Sekeping biskut diambil dari atas piring dan kemudian digigit perlahan-lahan.

"Dijah, abang rasa, abang nak sewakan bilik kosong yang lagi satu itu." Pak Aji memulakan perbualan pada petang itu.

Mak Dijah dan Ayu berpandangan. Ika yang hanya penyewa bilik dirumah itu hanya mendiamkan diri. Hal tuan rumah bukan urusannya. Hanya jika diminta pendapat sahaja barulah dia akan bersuara.

"Kenapa bapak tiba-tiba nak sewakan bilik kosong itu?" tanya Ayu mendahului Mak Dijah.

Pak Aji memandang Ayu. "Daripada membiarkan bilik itu kosong, lebih baik disewakan pada yang nak,"

"Sudah ada ke yang nak menyewa, bang?"

"Belum ada lagi, tapi itulah, abang baru sahaja mahu fikir-fikirkan. Di tempat Ika tak adakah sesiapa yang mencari rumah atau bilik sewa?" tanya Pak Aji.

Ika mengerut-ngerutkan keningnya. Tanda dia sedang berfikir.

"Ermm.. tak tahu la pulak, tapi kalau pak nak, nanti saya boleh bertanyakan kepada kawan-kawan."

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Ika melangkahkan kaki ke papan kenyataan yang terletak di tengah bulatan. Papan kenyataan itu baru sahaja dibina oleh pihak universiti bagi mengurangkan aktiviti menampal poster dan iklan di dinding bangunan.

Beg galas dibelakang bahunya ditarik kehadapan. Zip beg dibuka kemudian sehelai kertas iklan bersaiz A4 dikeluarkan. Matanya kemudian dililaukan ke seluruh ruang papan kenyataan tersebut. Terdapat satu ruang dibahagian atas papan tersebut. Ika mengerutkan dahinya. Berfikir-fikir cara untuk mencapai ke ketinggian itu. Matanya melilau lagi mencari kelibat manusia yang boleh membantu. Mengeluh. Rata-rata mempunyai ketinggian sama dengannya.

"You want me to help?" tegur seorang lelaki dari arah belakang. Ika menoleh.

"Yeah, sure. Thank you." Ika menghulurkan kertas yang dipegangnya dan kemudian mengeluarkan beberapa pin dari begnya.

"You are Malaysian, right?" tanpa menoleh lelaki itu bertanya.

"Yeah, how did you know?" matanya memerhati tangan lelaki itu yang sedang menampal iklannya.

"Because I'm Malaysian too." Ika dapat menangkap lelaki itu tersenggih. "Hai, nama saya Izzat." matanya dikenyitkan. Pipi Ika memerah.

"Siapa nama you?" tanya Izzat seusai selesai menjalankan tugasnya.

"Ika," pendek jawapannya. "Terima kasih ye,"

"Awak tengah cari penyewa rumah ke?" mata lelaki itu tertancap pada iklan yang baru sahaja di tampal itu.

"Ya" pendek lagi. "Bukan saya yang nak, tuan rumah tempat saya menyewa minta tolong saya carikan. Ada lagi satu bilik yang kosong," kali ini Ika mengambil inisiatif untuk memberi keterangan lanjut. Lelaki di hadapannya seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

"Lelaki pun boleh?" tangannya ditunjuk pada kriteria-kriteria penghuni yang dicari.

"Bilik kosong itu lebih kepada rumah kecil di belakang rumah. Dulu bilik itu ialah stor tapi sudah diubahsuai menjadi bilik tidur. So, lelaki lebih sesuai disitu kerana terletak di luar rumah."











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...