Senyum Seringgit Seposen..

As Salam..

Senyum seringgit seposen..??
pernah dengar tak? sure la tak pernah dengar kan..kan..
yang pernah dengar just senyum seposen jer la kan..


al kisah tersebutlah kisah..aib..

masa aku nak naik ke department aku..mata aku ni bertembung la dengan mata dua orang customers itu..


(pangkat abang la..umur dalam lingkungan 27 28..something like that la)


muka abang2 itu nak kata handsome.. tak ada la handsome pun..
bak kata P.Ramlee..
"handsome nya tak ada tapi manisnya ada.." lebih kurang gitu la muka customers itu..

aku tak tengok betul2 muka customers itu sebab just fikir nak naikkan stok jer masa itu


lagi satu ..muka customers itu macam muka orang2 alim..muka suci ..lebih kurang gitu la..

so..

sebagai staff aku kena la sentiasa senyum..
oleh kerana aku tengok mereka berdua itu macam alim2 sikit aku just senyum sikit lepas itu
aku belah la pergi tempat lain..
masa itu, salah seorang abang itu tengah angkat meja jepun yang harganya rm 13.90..

takde lah besar sangat mejanya..
kaki meja itu lebih kurang tinggi satu tapak tangan ..
besar meja itu lebih kurang besar meja kat dalam kelas

masa itu aku rasa sikit bersalah sebab tak tolong angkatkan..
tapi.., customers itu lelaki muda ..takkan aku yang pompuan nak angkat pulak..
jatuh la air muka dia nanti..betul tak..?? hahahaaa


aku naik department aku ..diaorang keluar department aku .. diaorang pergi ke tempat cashier..
masa hari itu..aku jadi cashier ..
tiba2..ada staff lain panggil ..sebab ada orang yang nak bayar kat cashier
rupa2nya..abang2 tadi yang nak bayar..
aku pun ambilah bayarannya..


(beli satu jer meja)

masa aku tengah khusyuk2 kira duit..
salah seorang abang (bukan yang beli meja) itu boleh pulak tanya soalan..
tak kisah la kalau nak tanya soalan tapi kalau iya pun nak tanya..guna la suara kuat sikit..
aku tak dengar la ..dah la speaker radio kuat.. dah itu aku tengah fokus mengira duit
sorry la aku tak dengar..

apa yang aku dengar dari soalan or kata2 dia just perkataann 'senyum'..
?????

aku fikir2 dalam hati..
maybe abang itu nak tegur aku sebab aku tak senyum..a.k.a muka masam..

tapi aku rasa aku dah banyak senyum masa itu..


ermm..dengan dia dah senyum..dengan mak cik kat belakang dia, aku dah senyum..dengan mak cik yang tanya barang aku dah senyum..masa amik duit kawan dia aku dah senyum.. 
aku nak senyum apa lagi??


last2..aku dah tak tahu nak buat apa..aku just senyum a.k.a tersengih kat dia..
lepas itu..masa aku pulangkan baki duit pada kawan dia (yang beli meja)..

aku :: "encik., baki nya seringgit seposen.., terima kasih datang lagi.." 
abang yang tak beli apa2 :: apa? senyuman awak harganya seringgit seposen?
aku :: hah? (muka tak paham)
abang yang tak beli apa2 :: (tersengih2, ketawa2..senyum2)

kawan dia (yang beli meja) just tersenyum tergeleng2 kepala jer

lepas itu aku fikir.., 'abang ini tadi tanya pasal harga senyuman aku ke?'
'iaye la tu kot agaknya..'

oleh kerana meja yang dia beli agak muat2 plastik paling besar..dan ditambah dengan rasa bengang..
aku tak masukkan la meja yang dibeli tadi dalam plastik..
aku just tampal tape 'paid' je kat meja itu..
lepas aku dah tampal aku blah la dari meja cashier itu..
sebelum sempat aku nak melangkah jauh..
dia panggil aku balik..cakap dia nak plastik..

abang yang tak beli apa2 :: dik., nak plastik
aku :: la., nak plastik ke?
abang yang tak beli apa2 :: ha'ah..

aku pun dengan pantasnya terus amik plastik paling besar ..lepas itu masukkan meja itu dalam plastik..

yang aku tak boleh nak paham sampai sekarang..kenapa abang2 itu nak ketawa2 tengok aku masa aku ambil payment diaorang..aku buat lawak ke masa itu??
rasanya tak ada ..(memang sure gila aku tak ada buat lawak)

ironis sungguh!

p/s .::. cantik cincin dijari
sabtu / 1:46 am / 19Feb 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...