Who I am..?

As Salam..

Siapa?
Who?
Degu?

Dalam masa satu minggu kebelakangan ini..aku mula memikirkan siapa aku dalam hati semua orang yang kenal aku..
ironis kan?

Siapa aku dalam hati kawan-kawan aku? 
Siapa aku dalam hati saudara-saudara aku..?
Siapa aku dalam hati anak buah aku..?
Siapa aku dalam hati orang bawahan aku..?
Siapa aku dalam hati bos aku..?

Adakah mereka juga rindukan suasana kami seperti yang dulu (waktu sekolah) atau tiada apa2 dalam hati mereka..?
Adakah aku akan menjadi tempat mereka meluahkan dan berkongsi perasaan..?
Adakah aku akan menjadi tempat mereka untuk bertanya..?
Adakah kata-kata aku akan didengar atau hanya dipandang sepi..?
Adakah aku akan menjadi tempat untuk mereka berkongsi suka dan duka..?
Adakah mereka akan mengingati aku dikala mereka berada di pulau2 indah..ataupun ketika mereka berada di tanah yang gersang..?
Adakah mereka akan teragak-agak melakukan sesuatu untuk aku seperti seorang penakut..
 ataupun mereka dengan rela melakukannya dengan segera seperti orang yang berani..?
Adakah aku penting bagi mereka sebagaimana mereka penting dalam hidup aku..?
Adakah mereka akan menghubungiku dengan segera jika rindu atau teringat atau 
mereka akan berkata.."ah, x apelah.."..?
Adakah mereka akan terus bersetuju jika aku ajak untuk berjumpa atau seribu alasan akan dicipta..?
Adakah mereka mempercayai aku untuk memegang sesuatu yang penting kepunyaan mereka..?

ot to ka jo?

hhahaha (^_^)

Adakah aku gila?
ya!
Adakah aku risau?
ya!
Kenapa dengan aku?
entah!
Aku ok ke?
fine!

Sudah habis sekolah baru aku terfikir mengenai semua ini..hahha..manusia macam ini lah..bila benda ada di depan mata semuanya buta..tapi bila semuanya sudah hilang baru nak terbata-bata..

(whats wrong with u Ika..?)

sometimes fikir..sometimes tidak..
kalau sometimes fikir mesti aku selalu bermonolog yang aku ini bukan aku lagi..
kenapa?
sebab aku yang dulu pandai hidup seorang.. aku yang sekarang sudah malas nak hidup seorang..
itu kerana sekarang ini..orang disekeliling aku sudah mengajar aku bahawa hidup ini perlu berteman dan mempunya hati..
kenapa hati?
sebab aku yang dulu juga mempunyai hati yang keras.. ika yang sekarang juga ada hati yang keras tetapi sudah tersembunyi..
tersembunyi?
(ah! tak perlu tahu yang itu..huhuhuu)

Apa yang perlu aku buat?
What should i do?
Ot to ka jo?

send to Ika :: kau buat sahaja seperti biasa..everything will be fine..kalau kau rasa macam tak best..
kau cuba selami hati kau dan cari semula ika yang lama..bukannya dalam sangat pun ika yang lama itu sembunyi..betul tak? ika yang lama sentiasa berada disisi kau.. kau tak perasan ke sometimes ika yang lama itu ada keluar juga? kau tak perasan eik? 

replay from ika :: nak buat macam dulu2 ke? ermm..ok juga itu..tapi mana aku nak campakkan orang2 disekeliling aku ini..? 

send to Ika :: aku tak suruh kau buang orang2 itu..aku nak kau belajar uruskan diri kau.. ambil kebaikan dari Ika yang lama dan gunakannya..dan ambil kebaikan dari Ika yang sekarang dan gunakannya.. aku tak suruh kau pilih kasih..aku nak kau guna apa yang ada..

replay from Ika :: kau nak aku buat apa?

send to Ika :: kau cari jalan sendiri..

replay from Ika :: i am still not the person i want to be..

send to Ika :: ya! i know that.. find it!

Adakag aku gila..
oh tidak!

~untill here~

p/s .::. aku sayang kamu semua..SOU love u..

jumaat / 28 Jan 2011 / 2:53 am

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...