Diari Kerja..

As Salam..

(Minggu pertama)

ok you guys..
asalnya aku nak tulis diari kerja ini setiap hari..
maknanya tiap hari satu la..tapi oleh kerana masih membiasakan diri dengan suasana masa yang baru
aku tak dapat nak melaksanakannya..
hermmmm...ok la
aku tulis apa yang aku ingat jer la ya..

first day kerja aku keluar rumah lambat tapi tak la lambat sangat..
aku keluar rumah lebih kurang jam 945 pagi..
pagi-pagi itu aku baru sedar yang aku tak ada kunci basikal..
mula-mula aku nak pinjam kunci basikal adik farah tapi oleh kerana kedai yang ada
jual kumci basikal dah buka so aku just beli jer la..hahhaaa..nasib baik dah buka..
dan nasib baik juga aku bawa duit..fuhh

sampai Yun Fa lebih kurang jam 955 pagi..
aku ingatkan aku sudah lambat tapi hakikatnya kedai itu belum buka..
pekerja yang pegang kunci kedai belum sampai lagi..
oleh itu aku selamat dari datang lambat.. hahaa
masa tunggu ramai-ramai kat luar kedai.,
aku memang tak macam aku la.. memang tak bercakap aku jadinya..
ye la ..masing2 aku tak kenal lagi..

bila semua orang dah masuk..
orang yang first aku tegur ialah orang yang aku ingatkan ialah boss yang interview aku hari itu..
(muka dia hampir sama..)
aku cakap (sambil lambai tangan takut2 kat dia).."ermm..saya budak baru.." 
aku tak ingat sangat la apa yang aku cakap..hahaa
tapi orang yang aku sangkakan boss itu buat tak layan aku jer..
aku diam jer la..
last2 ada seorang kakak india itu tegur aku..aku panggil dia kak Ana..
"you budak baru kan? tulis nama di punch card ini lepas itu punch.."
fuhh..nasib baik kak Ana tegur aku..
selain dari aku ada seorang budak cina perempuan juga yang baru masuk
tapi dia ada kawan kat situ..

selepas simpan kad itu..,
ada seorang lagi akak yang tegur aku., nama dia kak Aida
dia bagi tahu aku yang setiap pagi semua orang kena tolong2 kemas kedai and susun barang..
susun. rapi. buang habuk, mop. sapu, gantung...
lepas dah siap semua., kak Ana yang merangkap sebagai supervisor aku tugaskan aku
jaga kat bahagian depan .. 'Back to School Department'
tapi lepas boss yang interview aku itu datang., dia campak aku kat bahagian 'Ladies Department'

setiap orang dibekalkan dengan no ID..
no ID aku ialah L7.,
setiap baju or apa2 sahaja yang aku jual aku akan tulis no ID aku kat bahagian kod bar..
so, nanti bila customer nak bayar harga barang..
aku akan dapat mata..
mata ini dikira daripada jumlah harga barang yang aku jual dalam masa satu hari..
kalau dalam satu hari itu aku dapat jual barang total rm900 maknanya aku punya mata ialah 900

untuk dapatkan komisen aku kena capai target yang telah ditetapkan

isnin-khamis = rm650 ..dapat 1% daripada jualan
jumaat-ahad = rm750 ..dapat 1% daripada jualan

tapi start dari 1/1/2011...
isnin-khamis = rm750 ..dapat 1% daripada jualan
jumaat-ahad = rm850 ..dapat 1% daripada jualan

dan selama seminggu aku kerja aku just empat kali dapat capai target..

setiap orang ada shift masing-masing..
4x full
1x noon
1x morning
1x off
total 7 hari..

HARI
JAM
SHIFT
COLOUR BAJU
REHAT
ISNIN
-
OFF
-
-
SELASA
1 tgh – 10 mlm
NOON
HITAM
1 jam
RABU
10 pg – 7 mlm
MORNING
HITAM
1 jam
KHAMIS
10 pg – 10 pg
FULL
HITAM
2 jam
JUMAAT
10 pg – 10 pg
FULL
MERAH
2 jam
SABTU
10 pg – 10 pg
FULL
MERAH
2 jam
AHAD
10 pg – 10 pg
FULL
MERAH
2 jam

jadual lama..
1 jam = 3 ringgit..
nak tahu basic gaji aku kira sendiri la ya..(waktu rehat tak kira)

HARI
JAM
SHIFT
COLOUR BAJU
REHAT
ISNIN
-
OFF
-
-
SELASA
10 pg - 10 mlm
FULL
HITAM
2 jam
RABU


HITAM

KHAMIS


HITAM

JUMAAT


MERAH

SABTU


MERAH

AHAD


MERAH


jadual baru..
hahaha.. masih banyak tempat kosong ..
nanti aku fill in the blank..ok.

hari pertama kerja tak dapat capai target sebabnya ialah aku dapat no ID lambat..
dah setengah hari baru dapat..
aku punya jualan yang awal2 itu kira burn jer la..

hahaha..tak apa2..

oleh kerana tuan punya kedai itu cina..
so dia tak brapa ambil pusing pasal solat orang Islam..
nasib baik la kak Ana yang india itu bertimbang rasa..
dia bagi aku rehat waktu yang aku boleh solat la..
fuhh nasib baik..

tapi hari ini.., aku nak ronda2 bandar sekejap..nak cari kerja lain..
kalau boleh aku nak kerja kat tempat orang melayu la..
kalau sudah dapat kerja lain barulah aku berhenti kat Yun Fa..
tapi semalam dewi ada cakap pada aku yang boss suka kat aku (boss itu perempuan)
haahhhaa..sebab aku kalau buat kerja aku buat dengan bersungguh-sungguh..
hahahaa..ye ke? aku rasa aku buat macam biasa jer..
hahahahhaaa...terketawa aku bila dewi bagi tau aku..
hahhahaaa

tapi apa yang bestnya kerja kat situ..
aku dapat kenal dengan macam2 orang..
hahhaaa..ada sekali itu aku layan 3 orang (satu family)
1 emak
2 anak perempuan

anak dia pilih baju mak dia tak suka
mak dia pilih baju anak dia tak suka..
bila sudah sama2 suka..nak test baju itu pulak yang jadi masalah..
si emak pula yang cerewat sangat..
si anak ok jer tapi mak dia mengada2..
penat aku jadinya..
penat aku ulang-alik pergi ambil baju lain nak kasik diaorang cuba..
aduhaii..

ada satu couple itu pula datang aku layan jer la..
yang lelaki itu tangan kalau boleh tak boleh nak lepas dari pinggang awek dia itu..
ketawa2 aku kat belakang diaorang..
yang lelaki itu ..
asal awek dia suka dia cuba pakai lepas itu beli..
hahhaaa..

ada satu family melayu itu datang., 3 orang
si suami dengan anak jadi macam lembu dicucuk hidung..
isteri dia memang macam queen control la..hahahaa..kesian aku tengok..

bercakap pasal ketawa..
semalam aku layan 4 orang..
2 couple la..tapi couple dewasa..aku tak tau la sudah kahwin ke belum..
tapi yang mengharu-birukan aku..
mereka itu ialah orang Vietnam!!
hahhaaa..yang paling banyak beli baju yang paling tak pandai cakap Melayu..
aku layan diaorang sambil ketawa-ketawa..
hahhahaaa...
staf-staf yang lain pun ketawa2 juga tengok aku yang elayan diaorang..
hahhahaaa

tapi dalam banyak2 customer yang aku dah layan..
aku paling suka customer yang bawak anak kecil2 dalam lingkungan umur sekolah rendah..
hahhaaa..memang aku dapat jual banyak la..heeehehehheee..

tapi dua hari lepas..aku dapat layan satu family cina..
3 or 4 orang kalau tak silap aku..
kakak, adik and anak kepada si kakak..
si adik beli baju banyak..
tapi yang paling tak syoknya..(aku geram ini)
boss itu kacau daun la..
ada ke patut dia kacau aku punya customer..aku sudah layan punya la baik dia boleh pulak nak rembat..
last2..aku tak dapat jual..mata pun tak dapat la..nasib baik dia itu boss aku..,
kalau tak sudah lama aku sound dia..huuh
aku kira2 dia beli itu ada nak capai rm400..
huh..!! burn jer la.. geram jer aku.. nasib baik la lepas itu aku terus rehat..
dapat la relax kan hati ini..

hermm..tapi tiap hari aku datang..
benda yang paling aku risaukan ialah staff dia..
sellgirls n sellboys yang lain la..
tapi yang paling aku risaukan ialah jurujual senior perempuan la..
aku tak tahu la kenapa..tapi aku ada sense macam mereka semua itu tak suka dengan aku la..
tiap kali diaorang tengok aku., mesti diaorang pandang dengan muka yang aku tak boleh nak tafsirkan..
hermm..risau aku..halla..

oleh itu..aku berazam nak cari kerja lain..yang suit dengan aku..
bukan nak lari dari masalah tapi nak menyelesaikan masalah..
iaitu masalah susah nak solat..

nabila mesej aku ajak cari kerja kat kantin SMK Dato' Penggawa Barat..
aku on je la..

ok la..
thats all for today..next time aku sambung lagi..
kejap lagi nabila nak datang..aku belum mabndi lagi ini..

p/s .::. rasa sayang

isnin / 3 Jan 2011 / 2:18 pm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...