Barbeku Sakan..

As Salam..

seperti yang dikatakan dalam post yang sebelum ini..
aku akan tulis mengenai BS..
apa dia BS??
BS = Barbeku Sakan..

oleh kerana aku tak ada phone yang canggih2 and camera yang comel2 untuk
dibawa bersama sentiasa..aku tak dapat la nak lampirkan gambar bersama2 di sini..
nanti aku sudah dapat aku update kan post yang ini..

pada hari nak buat berbeku ini..kami semua kena datang awal ke Sakan..
sebab ada meeting..start jam 9 pagi..
tapi tak adalah macam meeting betul2..just lebih kurang macam cakap2 yang selalunya buat
waktu sebelum nak start kerja tu jer la..

oleh kerana kak Ina dah pindah .so yang conduct meeting nie mestilah kak Sya..
kalau kak Sya mestilah tak berapa pandai nak buat..
apatah lagi bab2 nak kena cakap2 ni..
huhuuuu..sebab perangai dia pun 2x5 jer dengan kami..
huhuhuuu..

masa yang diperuntukkan untuk meeting adalah selama 1 jam..
kak Sya habis cakap2 pukul 930 pagi..
it means ada lagi 30 minit..
30 minit itu kiteorang pakai untuk bincang event kiteorang malam itu..dan makan sarapan!
masing2 nak makan macam2 untuk barbeku..
tapi masalahnya masing2 nak keluarkan bajet sikit..
(baik x payah!)

akhirnya Faez beri idea yang bernas..
dia cadangkan supaya jadikan barbeku itu sebagai makanan sampingan
dan makanan utamanya ialah mee..
dan siapa pula yang nak sediakan mee?
bajet sudah tak cukup ini..
yang jadi mangsanya ialah mak aku..huhuuu..terima kasih kepada nabila kerana 
mencadangkannya..

waktu rehat..
4 orang keluar serentak pergi ke econsave.. nak beli barang masak mee and barbeku 
(kalau ikutkan tak boleh rehat 4 orang)
1) kak Sya..
2) nabila (patutnya x ikut tapi oleh krna sudah lapar sangat so dia pun rehat skali n join kiteorang)
3) kak Mimie.(nak tumpang barang yang nak buat barbeku kat rumah dia)
4) and aku..(nak hantar barang masak mee ke rumah untuk mak aku masak..)

jam 930 malam mak aku hantar makanan ke Sakan..sekali dengan barang 
yang tumpang kat rumah kak Mimie..(tolong amikkan sekali)

lepas itu mak dengan wak chek berdegil nak hidupkan api untuk barbeku..
alasannya supaya nanti nak hidupkan api lama..satu jam!
kesian aku kena marah dengan mak and wak chek..

last2 aku bagitahu mak and wak chek (mak ihsan) yang ruang legar Sakan 
tidak boleh digunakan selagi kedai tidak ditutup..
fuhh..nasib baik mak and mak cik aku itu tak degil sangat pulak..

lepas itu diaorang pun balik..

tapi lepas kedai sudah tutup..memang betul la nak hidupkan api memang susah
and lama..
satu jam kiteorang hidupkan api..sampai ke pukul 11 malam..
sementara nak hidupkan api itu..
yang lain2 itu ada yang mencucuk makanan ke batang sate..
ada yang minum air ..
ada yang main kejar2..
ada yang makan mee dulu..
ada yang sibuk ambil gambar..

nabila yang first of all tak nak join akhirnya join juga..

bakar..
1) sosej 2 bungkus..
2) daging burger 2 bungkus..
3) ketam 2 bungkus kot..

6 sahaja! masa mula2 tengok macam sikit jer..tapi bila kiteorang cucuk guna batang sate.,
memang banyak la..sampai tak larat nak makan..
huhuhuuuu..

pukul 1145 malam...
siap2 nak balik..nabila punya pasal la..balik awal2 ini..
dia yang kemas2 barang awal2..
hahahaaa..

lupa aku nak cerita..selain dari mak aku kena masak..
set tempat barbeku itu juga ditaja oleh aku..hahahaaa
maknanya banyak la share aku dalam event nie..
thanks to me..!!
hahahhaaa..(terlebih2 pulak)

lepas itu..keesokkan harinya..masing2 masuk kerja lambat..
semuanya sebab barbeku punya pasal la..hahahahaa
yang datang awal just 4 orang jer..
kak Sya boleh pulak lupa nak denda budak2 yang datang lambat..
hahahaa..nasib baik nasib baik....
sebab aku pun lambat jugak..
lambat 3 minit..
hahahhaaaa

 mereka yang menyertai BS ialah..

1) aku 
2) nabila
3) marliyana
4) yuliana
5) baini
6) kak mimie
7) kak sya
8) atan
9) afiq (sudah berhenti tapi dia merupakan satu2nya bekas pekerja yang sudi datang)
10) faez

intan and fiza tak dapat join sebab ada hal..
fiza nak balik kampung..
intan bapak dia sakit..

dari segi makanannya pula..
mee yang mak aku masak itu jadi penyelamat..
makanan yang dibuatt barbeku banyak yang hangus permukaannya dan lambatt nak masak..
hahahaa...
tapi sedappp...

huhuhuhuuu (^_^)

tak tahu nak story apa lagi..
so..
~untill here~

p/s .::. kicap yang dibeli untuk makan dengan mee mak lupa nak bawak sekali masa hantar makanan..sampai sekarang still ada kat rumah..sudah ada orang pakai sikit..huhuuu..nak kena ganti ke? hahhahaaa

khamis / 1:43 am / 20 Jan 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...