Diari 24 Dis 2010

As Salam..

aktiviti hari ini agak memenatkan..
tapi walaupun memenatkan but still i love it..
aktivitinya ialah mengemas + membuang + membasuh + menyusun
apa bendanya..??
aku buat semua benda ini di dapur rumah aku..
asalnya..
my mom just suruh mop lantai dapur sahaja
tapi alang-alang dah mengemop itu apa salahnya terus mengemas segala-galanya..
memang banyak hasil yang aku dapat selama aku di dapur hari ini..

nothing much..just dapat satu beg plastik hitam penuh dengan bekas2 plastik yang tak berguna..
lepas dapat satu beg plastik itu rasa macam nak campak terus je dalam tong sampah di luar rumah.
tapi apa2 hal pun kena dapat approval daripada mem besar juga..

rasanya nanti mesti sebahagian besar barangan plastik itu akan direject untuk dibuang..
(it means., mak tak approve kan untuk buang la..)
hahahhaa..
tapi one day aku akan buang juga..

dan seperti biasa..
oleh kerana ahli2 rumah aku ada yang tak suka membasuh pinggan and cawan selepas guna..
so,
aku dengan sesuka hatinya telah menyimpan semua cawan especially yang besar2..
(contohnya seperti mug..)
aku simpan dalam bilik aku..
dan aku hanya mengeluarkan 6 cawan yang kecil..
(cawan yang biasanya digunakan untuk menghidangkan tetamu air panas..)
dan 3 kole..
(tau tak kole tu macam mana??)

kalau diikutkan hati, nak sahaja aku tulis nama di setiap satu cawan itu..
tapi tak mungkin..ada juga yang membebel nanti..
adik aku yang kedua..belum apa2 lagi sudah tak puas hati..
nasiblah dapat kakak yang macam ini..

(kalau tak nak kak ika buat macam ini sila basuh pinggan)

oleh kerana aku start lambat iaitu pada waktu petang..
so, aktiviti aku berlanjutan hingga malam
dan akhirnya terus tergendala sebab menonton Anugerah Skrin Tv3
(esok sambunglah..)

untuk pinggan pula..
aku telah menetapkan syarat hanya boleh ambil yang ditingkat atas sahaja..
pinggan2 ditingkat 3 hanya boleh diambil jika mendapat approval daripada aku..
huuhuu..
 barang2 lain hanya boleh disentuh oleh tukang masak sahaja..
iaitu emak. ayah dan aku
ahli yang lain hanya boleh menggunakan barang2 yang lain
jika untuk tujuan yang khusus dan penting sahaja..dan
jika disuruh oleh tukang2 masak..

beberapa barang di dapur juga telah di adjust kan kedudukannya..
buat masa ini.. tiada bantahan dari yang lain2..
ok la itu..

lebih kurang pukul 830 malam..
mak and mak cik aku nak pergi ke pasaraya Maslee..
mak tanya pada anak2 dia nak beli apa..
aku tiba2 sahaja teringatkan satu kuali yang kecil yang aku jumpa di Maslee
masa jalan2 dengan farah..
kuali itu sesuai untuk masak maggi..
aku pun terus mintalah pada my mom..minta main2 je
tapi mak aku serius nak belikan juga..
berkat aku kemas dapur agaknya..
alhamdulillah..
dan sekarang kuali itu ada dalam bilik aku..
nak jaga baik2..

and now i'm here..

p/s .::. makan maggi ruskee jer la..eh? maggi ruskee ke yang dzul cakap tadi..?? alaa..dah lupa pulak.. iskh3!

sabtu / 3:04 am / 25 Dis 2010

Mukhlis Dalam Kenangan..

As Salam..

hari ini lebih kurang jam 6:30 petang..
aku menerima sebuah perkhabaran mengenai salah seorang junior aku 
telah kembali ke rahmatullah..
 punca kematian ialah jantungnya telah dijangkiti kuman
dan dua minggu sebelum ini dia telah dimasukkan ke dalam hospital..

Muhammad Mukhlis Bin Muhammad Zaid

pelajar smart dari SMK Dato' Ali Haji Ahmad
merupakan penghuni kelas pertama iaitu 4 Perdana..
seorang pengawas baru yang berwibawa..
belum setahun khidmatnya sebagai pengawas
beliau berjaya menjawat jawatan sebagai pemangku Ketua Unit Kantin
merupakan pelajar yang giat dalam aktiviti kokurikulum..
dan merupakan ahli dalam kumpulan nasyid sekolah

sayang seribu sayang
lebih sayang lagi Allah SWT kepada dia
semoga rohnya dicucuri rahmat
~al-fathihah~

perwatakannya yang baik dan tingkah lakunya yang sopan
akan aku ingat hingga ke akhirnya..
aku akan ingat bagaimana dia sentiasa menghormati aku dan mematuhi segala arahan dan perintah aku

Muhammad Mukhlis Bin Muhammad Zaid

akan aku ingat kau sebagai salah seorang anak buah ku yang cemerlang dan terbaik!!
maafkan aku sebab tak berkesempatan menziarahimu

masa ni memang susah nak ambil gambar mukhlis..so ambil curi2..waktu ini ialah last latihan sebelum pertandingan nasyid daerah..matanya tertutup 


mukhlis .. barisan hadapan hujung sekali, dekat dengan pintu..


p/s .::. akanku utus doa bagimu tiap kali aku mengingatimu..

khamis / 1:58 am / 25 Dis 2010

3 Orang Dalam Bilik..

As Salam..

macam sensasi je kan tajuk post kali ini..
its nothing la..just a title..

semalam..farah datang rumah aku lebih kurang pukul 3 kot..
aku pun tak ingat sangat..
datang dengan hajat sebenarnya nak bungkus hadiah firdiana and deliver kepada dia..
sememangnya menggunakan khidmat Aizuddin la..

oleh kerana masa nak bungkus hadiah itu ada coklat yang nak cair., so,
coklat itu dimasukkan sekejap kedalam peti ais..
sementara menunggu coklat keras sikit..
aku and farah berbual-bual la sekejap..
sambil-sambil itu..tangan aku menyelongkar barang2 yang ada dalam laci buku aku..
fail2 lama yang aku simpan aku buka and selongkar satu persatu..

salah satu barang yang aku jumpa ialah buku catatan aku..
bukan buku catatan tapi lebih kepada buku conteng-conteng..
gambar-gambar.. kerja-kerja kursus yang lama..
dan hadiah-hadiah lama yang tak tersentuh langsung..

aku juga jumpa manuskrip arwah novel aku..
aku wondering., samada nak pupuk balik or biarkan sahaja minat aku dalam bidang penulisan..
rasanya..kalau nak pupuk balik..inilah masa yang sesuai..
nothing to do right?
tapi minat itu totally dah lost!
tapi sayangnya tengok menuskrip itu.. akhirnya aku simpan balik dalam fail..

lepas lebih kurang setengah jam..
coklat yang dalan peti ais itu kiteorang keluarkan..dan masukkan dalam kotak..
lebih kurang setengah jam kemudian..Aizuddin pula datang..
oleh kerana aku dan farah masih belum menyiapkan pembungkusan ..
so. oleh itu.
Aizuddin pun sekali lah dengan aku and farah menyiapkan bungkusan..
bertiga duduk dalam bilik aku.. nak buat kat luar angin kuat..nak buat kat ruang tamu adik aku memekak..
(tapi..Din tak ada buat apa2 pun..huhuhu)

kad ucapan Happy Birthday pun satu masalah juga..
tulisan yang didermakan Farah betul2 cincai..
tulisan yang aku dermakan juga cincai..
hahahaha..
tapi ok la..
hahahaa
oleh kerana Firdiana gila Korea., so, 
aku cadangkan supaya menulis beberapa perkataan dalam bahasa Korea..
kiteorang menggunakan kemudahan translation yang disediakan di blog untuk mencari perkataan2 itu., terima kasih blog!

selepas memilih beberapa perkataan untuk ditulis..
kami bertiga bergilir-gilir mencuba untuk menulis..
tapi totally tulisan kiteorang memang tak cantik..
first time tulis memang la rasa pelik..
tapi akhirnya aku yang tulis..kiranya macam aku punya tulisan paling cantik la..
(^_^) hahahaha (^_^)

lepas dah balut dan ikat semuanya..dan kad pun dah siap digam..
kotak hadiah itu diserahkan kepada Aizuddin untuk deliver kepada Firdiana..
tapi malangnya., Firdiana tak ada pula kat rumah..
satu keluarga pergi ke ..ke..ke..kemana eik?
JJ or CC ..?? hahaha ..dah tak ingat..

dah malam..Fir hantar mesej pada aku say thanks!
 farah pun sure mestilah dapat..
tapi tak tahu lagi siapa yang dapat..

lepas mesej Firdiana masuk..mesej Dewi pula yang masuk..
Dewi tanya..apa nak bagi pada Fir for her birthday..
hahahahah..(^_^) aku dengan Farah langsung lupa nak bagi tahu pada Dewi yang kiteorang dah bagi hadiahnya.. hahahahah..sorry sesengat Dewi..
terlupa gila nak bagitahu pada kau!

so. aku just suruh Dewi bincang dengan Syimah and Nabila and Din..kalau2 diaorang nak bagi hadiah juga..

terbantutlah hasrat Firdiana untuk diet sebelum pergi ke PLKN..

p/s .::. kaki yang lebam sebab jogging itu dah baik atau belum..??
khamis / 5:09 am / 23 Dis 2010

Adakah Diterima Atau Ditolak..

As Salam..

malu rasanya bila nak menulis benda ini..
oleh kerana aku menyandarkan blog ini sebagai diari aku (diari yang tak berkunci dan berpagar)..
so, aku just tulis di sini..

aku malu..
tiap kali aku jumpa Dia mesti aku akan rasa malu sesangat..
rasa macam aku ini tak layak nak jumpa dengan Dia..
rasa macam kerdil sesangat..
herrnmm..akulah hambaMu yang kerdil..

iman dalam diri ini memang senipis bilahan rambut..
sujud aku yang kelima hari ini pada jam 3-4 pagi.. 
adakah masih diterima atau ditolak..
wahallahhualam.. no one know..

bahana laptop and internet..
aku nak avoid kan diri dari ketagih dengan internet especially FB..
tapi alhamdulillah..nampakny aku dah mula bosan dengan FB..
tak lama lagi kau tak on la ...
maybe just seminggu 2 or 3 kali sahaja..
itupun just sekejap sahaja..
bosan..
terima kasih kepada internet yang lambat!!
aku sikit2 dapat mengikis ketagihan aku dengan FB..
thanks to Allah..

alhamdulillah...

p/s.::. kurniakan nur hidayah MU kepada ku.. amin..

khamis / 4:43 am / 23 Dis 2010

Jom Cari Kerja..

As Salam..

kalau sudah baca blog farah., so, tak payah baca post aku yang kali ini..sebab sama jer isinya..tapi sudah terlanjur buka ini..apa salahnya kalau baca kan..
aku pun sebenarnya malas nak menulis post yang ini.. 
tapi tulis jer la kan...

selasa lepas merupakan hari yang kedua aku keluar mencari kerja..
this time.. cari kerja tak adalah macam yang first time tu..
yang masa first time tu., kalau boleh semua kedai nak masuk..
huhuuu..
its really hard to find a job..
sebiji susuhnya macam tenguk dalam drama tv Indon..
(eh?? kenapa Indon pula..??)

untuk hari kedua ini..
just cari di dua tempat sahaja iaitu di Econsave and Maslee..

oh yes!
aku memang masuk lalu pintu yang khas untuk nak keluar tu..
dan sememangnya aku boleh tembus tanpa disekat dan ditahan oleh pak cik and mak cik jaga..
impressive right?
hahahah..(^_^) tak adalah impressive apa pun..
just lalu jer la.. bukannya nak pergi ke kaunter bayaran pun..
just nak pergi ke kaunter pertanyaan tu je..
lepas dah tanya-tanya dengan kakak-kakak di kaunter tu.. 
aku minta la izin nak masuk terus lalu dari kaunter..
kakak kat situ on jer.. aku pun on la..
(eherm..ehermm..ada faham..??)

oh yes!
aku tahu yang dia ikut sekali.. dari mana aku tahu..?? terima kasih kepada anak Shafii kerana bertanyakan soalan kepada aku..
"ika, ****** ikut sekali tak? sebab hari itu farah kata dia ikut sekali.."

oh no!
aku sememangnya tak nampak yang dia sudah ada di situ..
dan aku masuk lalu pintu keluar tu sebab aku nak pergi ke kaunter pertanyaan..

oh yes!
aku memang tahu yang kau call dia masa lepas dah sampai maslee..

(hhhahahaha.. ^_^ ...balas2 mesej ke apa kat sini..?? hahah)

lepas pergi ke maslee.. kami ber 4 pun bergerak ke Econsave..
kalau di maslee tadi kami bawa balik borang temuduga..
tapi di econsave kami teus isi borang temuduga itu..
maybe sebab di econsave tu ada disediakan tempatt untuk menulis..

aku tulis di kaunter pertanyaan..
farah tulis di kerusi..
luqman tulis di atas tong sampah.. ahahahahah
syimah?? dia bawa balik..malas nak tulis kat situ..
 (tapi masalahnya dia lupa nak ambil borang temuduga tu semula pada aku..)

lepas dah hantar borang kepada kakak yang bagi kami borang temduga itu..
kami tunggu ketibaan arafah and fazlina..
arafah nak cari kerja juga..

lepas semuanya done..
kiteorang semua pun masuk la kedalam .. nak beli coklat untuk birthday present firdiana..
bajet rm50 tapi overload rm2..hehheeh..
biasalah itu perempuan kalau berbelanja..

syimah refuses dari nak melawat suhairy yang tengah kerja..
segan pula anak shafii sorang ini..
its okey..
malu itu ialah perisai orang yang beriman..

kemana hilangnya luqman?? sudah disuruh balik..tak kan la dia nak follow kiteorang pergi beli barang..
awkward la jadinya nanti..

lepas pergi econsave..
aku syimah dan farah pergi ke billion pula..
sebab nak beli kotak for nak masukkan coklat2 itu semua..
tapi yang mengharukan..
masa nak keluar dari kedai kotak hadiah itu..
firdiana ada pula kat depan kedai..
syimah boleh pula suruh firdiana jumpa kiteorang kat dalam..
hahahaha... syimah pun masa tu dia yang memegang hadiah coklat kat tangan dia..

persoalan  :: adakah firdiana nampak or tahu yang kiteorang prepare for hadiah dia..??

nothing much happen after that..
so, lepas firdiana balik..kiteorang pun balik..

p/s .::. farah beri lolipop besar pada firdiana.. aku nak menghabiskan lolipop besar itu perlukan masa seminggu rasanya..

khamis / 4:04 am / 23 Dis 2010

Adakah Saya Matang..

As Salam..

sometimes.. bila difikirkan, jika di beri pilihan untk memilih
aku akan memilih untuk kelihatan matang (bukan tua!) dan smart..
but sometimes.. aku berperangai childish..
hahhahaa..(^_^)

bagi seseorang yang sudah matang..(pada pandangan aku)
dia pandai menguruskan diri sendiri, pandai handle masalah, boleh pilih yang baik dan buruk..
boleh mengawal perasaan seperti marah and over- reacting..

but to be someone like that it still far away from me..
sometimes..aku tak dapat nak bezakan mana yang baik dan mana yang buruk..
especially bila aku dah kena rasuah dengan aku punya nafsu..
huh.. so pity for me

matang? kenapa aku nak sangat jadi matang?
maybe because ada something yang aku dah tanam dalam fikiran aku yang ..
kalau jadi orang matang ini..
orang lain akan respect pada kita.. betul tak?
orang lain akann hormat kita..
orang lain akan tanya pendapat kita..
orang lain akan patuh pada kita..
something like that la..

and sometimes.. kalau ada orang yang cakap aku dah besar
 aku dah tua or aku nampak tua ..
aku tak ambil hati pun..malah aku macam agak suka..
hallaaaa...
weird pula..hahahahah (^_^)

p/s .::. hantar  borang temuduga..jom kayuh basikal..
khamis / 3:25 am / khamis 

Love That Story..

As Salam..

Rasa happy sangat bila habis tengok cerita Playfull Kiss tu.. mestilah tak lain tak bukan cerita Korean..
Korean Drama!! (^_^)
and now i'm really addicted to korean things!! wah!

난 정말 이야기를 좋아
(those words means "aku suka sangat cerita itu")

of course thrilled when there is someone who really loves us .. right? Oh Ha Ni as a very in love Beak Seung Ju..hahahahaa (^_^) if perhaps I could find someone like that? someone who really loves me .., someone is willing to wait for me for years .. it sounds very nice to hear and think about, right?
ermmm .. la .. do not mind, after all, I've given responsibilities to my mother for looking my future husband.. although I do not mention it to my mom yet .. but one day I will also tell ..

heheheh..
ok! Lets me attach some pictures

Baek Seung Jo (Kim Hyun Joong)
Oh Ha Ni (Jung So Min)









determination yang ada dalam diri Oh Ha Ni memang tak boleh nak disangkalkan..
really love that!
especially bila dia mencabar dan dicabar oleh Baek Seung Jo..
akhirnya dia dapat juga apa yang dia nak..
and I..
should have that determination spirits to..
I should..

kepada sesiapa yang tak pernah tonton drama Playful Kiss ini..
please don't ever ever jump into the conclusion when you read the title..
cerita ini bukan semata-mata mengenai 'kiss' tetapi ia lebih kepada kisah kehidupan dua remaja yang totally berbeza..
hero lelaki which is smart akhirnya fall in love to heroin which is not smart..
living in the same roof..
connected by both their parents.. yang merupakan kawan lama..
in the end..falled in love and get married..study together..
so wonderful..

................................................................................................................

dalam kehidupan kita..
bila kita rasa yang kita dah tak mampu lagi untuk hidup atau
 merasakan bahawa kita tiada lagi tujuan untuk hidup..
what we have to do is just turns to Allah..
Allah is always be there for us..
just turns to Allah..
sebagai hamba kita hanya mampu merancang tapi Qada' dan Qadar ditentukan Allah
berusaha berdoa dan bertawakal kepada Allah secara istikamah..
thats what can we do..

for all those yang mengenali aku..
wish that yang kamu semua boleh tegur dan menasihati aku sekiranya aku ada berbuat salah..
walaupun kesalahan yang aku buat itu hanya sebesar zarah kerana
sebesar zarah itu juga akan diperhitungkan di akhirat kelak..

(kenapa tiba2 masuk ke babak yang sayu nie..??)

p/s .::. dimana kan ku dapat kerja?
rabu / 11:30 pm / 22 Dis 2010

Remind Me Later..

As Salam..
mera nam Syafiqah

badan ni rasa pelik pula bila masa tidur ditukar secara tiba2..
badan aku berkata.. "ehh???"
hahhahahaa (^_^)
kalau kebiasaannya bangun pukul 530 pagi., sebab nak pergi ke sekolah..
namun seperti yang readers semua tahu..(ada yang x tau..eheh) aku dah menamatkan zaman persekolahan..
bak kata Abang Rizal.."selamat datang ke dunia orang dewasa.." 
(dapat mesej sejurus sahaja habis paper exam yang last..)
so.., oleh itu, perasaan nak bermalas-malas atas katil betul2 kuat.. hallaaa..
oleh kerana takut terlepas Subuh..
aku decide nak tukar waktu tidur.. terima kasih atas bantuan Korean drama..
(to farah :: btol x aq eje korean??hahahaa)

ok! aku setiap hari start jam 12 malam aku akan mula tengok korean drama (dvd) di laptop..
mana aku dapat dvd tu..?? oh! terima kasih kepada Aizuddin yang sanggup membelikan untuk aku..
(bagi duit kat dia la..bukan bg percuma..)
aku start tengok 12 malam and sampai lah ke pukul 6 pagi..
6 pagi selepas solat Subuh..sambung tengok dvd and kalau dah mengantuk.terus tidur..
tapi resolution ni macam tak sesuai kan..?
because tak baik tidur lepas Subuh..rezeki tak masuk..
so..aku overcome masalah ini dengan tidur pukul 8 or 9 pagi..
selepas 6 pagi tu..aku start buat housework..bereskan semua..
lepas itu tidur sampai pukul 12 tengah hari..
hahahahha (^_^) ape macam?? ok x?? macam tak ok lagi kan..??

any suggestions want to give to me..? kalau ada nanti tulis di bahagian komen di bawah..
manakala..bagi mengatasi kebosanan aku dirumah pada waktu siang..
aku akan baca novel or komek.. layan adik2 aku yang perangai macam2..
hahahhaaa..(inherite drpd sape la tu..)
waktu siang aku tak boleh nak sentuh laptop..kalau boleh pun hanya pada waktu adik aku lelaki yang dua orang tu tak ada.. 
kami ada perjanjian..
waktu siang adik2 aku yang akan guna laptop..dan start pukul 8 malam aku yang akan guna laptop..
tapi biasanya aku start guna laptop 12 malam..dah bosan asyik online-ing..
surf internet..belajar pasal blog..love that!
aku biasanya layari laman Mari Bina Blog..
aku sekarang tengah belajar macam mana nak letakkan mp3 dalam entri..
interisting, right?

tapi masalahnya ..aku asyik lupa je nak belajar benda itu..
so Remind Me Later..hahaha

untill here..

p/s .::. nak hantar adik ke klinik..buat medical check up..dia ponteng 2x..sampai nurse datang rumah.. hahah.. padahal mak dengan ayah yang lupa..hallaa..budak yang lahir tak cukup bulan memang kena buat medical check up selalu eik??

Sekadar Kenangan Sahaja..

As Salam..

first of all.. aku tulis entri kali ini bukan nak show off apatah lagi nak berlagak..
entri kali ini just aku nak buat sebagai kenangan aku sahaja..
kenangan semasa sekolah..
aku tak nak kenangan ni lapuk dek zaman..
at least kalau aku nak recall aku ada entri ini untuk ingat semula..
harap jangan salah faham..
........................................................................................................................

masa aku di form 1 (2006) ::
-  masa form 1 ni aku masuk kelas 1 A.. masa ni..aku merupakan atlet sekolah.. first exam memang teruk sebab asyik sebuk kat padang..tapi next exam become better..
always got no 1.. happy2 (^_^).. masa ni juga aku ada gaduh2 dengan satu geng dalam kelas aku..geng aku gaduh dengan geng lagi satu tu.. aku tak tahu la macam mana aku boleh termasuk sekali.. huhu
bad year juga la.. 50/50 percent..bad and good..

masa aku di form 2 (2007) ::
- tahun ini aku masuk kelas 2rk2..naik pangkat sikit..huhuhuu.. masa tahun ni juga aku dah mula berjinak-jinak dengan bidang kepimpinan.. aku gantikan kawan aku Zafira jadi penolong kelas..sebab zafira kepenatan jadi pengawas.. aku juga dah mula usha2 jadi jurujual koperasi..dah nak akhir2 tahun tu..aku mula lepak2 kat koperasi..and tolong2 sikit kat sana..

masa aku di form 3 (2008) ::
- tahun ini aku tetap dalam kelas 3rk..tahun pmr..tahun ini agak down bagi aku sebab result exam aku naik turun.. dalam tahun ini juga aku jadi jurujual koperasi, pustakawan, ahli SPBT, pemain petanque..,
rasa macam ada lagi tapi dah lupa..
result pmr aku cemerlang la juga..dapat 7A 1B..subjek yang tergelincir tu ialah BI..
tahun yang cemerlang jugak la..

masa aku di form 4 (2009) ::
- tahun ini aku rasa menyesal sangat..aku tak fokus pada study dan hanya fokus pada kokurikulum..
aku aktif dalam kawad kaki kadet polis ke MSSD dan kawad kaki sekolah ke MSSD juga..
selalu ponteng kelas tuesyen.. subjek tambahan kelas sains memang susah nak lulus..
 decide nak jadi pengawas.. bermula sebagai pengawas biasa dan pada akhir tahun pegang jawatan pemangku ketua pengawas..games petanque, aku dan kumpulan berjaya pergi ke peringkat negeri..peringkat daerah jadi juara.. pegang jawatan bendahari spbt..bertugas sampai lenguh satu badan..stop jadi jurujual koperasi dan pustakawan sebab jadi pengawas..,

masa aku di form5 (2010) ::
- tahun yang susah bagi aku..betul2 susah..aku seorang yang tidak pandai menguruskan masa.. diiktiraf sebagai ketua pengawas dan ketua pelajar memang memenatkan dan menyusahkan dan menakutkan.. susah nak handle semua pengawas dan budak..rasa penat sangat2..apatah lagi nak kawal kawan sendiri.. kawan sendiri tu..sometimes aku mengeluh juga..paling susah bila nak beri penjelasan pada cikgu bila ada apa2 masalah..apatah lagi kalau berkaitan dengan anak buah aku..penatnya.. jawatan yang aku tak pernah target aku dapat, yang aku target tak dapat langsung.. kelab petangue jadi pengerusi.. rumah sukan jadi pengerusi.. jadi ahli PRS ..pembimbing rakan sebaya


rasanya ni je la yang rasa macam aku nak ingat selama-lamanya..

p/s :: dont get it to wrong

ahad / 9:46 pm / 12 Dis 2010

After SPM..

As Salam..
Nampaknya macam aku orang yang first yang posting dalam blog..
of course la dalam kalangan kawan2 blogger aku..
semestinya mengenai "AKU DAH HABIS SPM"..huhuh

macam kosong pula rasanya dalam hati ini..
betul la kata-kata orang tua2.. 
sekolah ni waktu kita kena datang kita nak ponteng
tapi waktu kita dah kena pergi kita nak hadir pulak..
macam mana la nanti ni..
tadi masa nak balik dari sekolah, lepas habis paper 3 Biology..
rasa macam nak menangis pula bila kayuh basikal keluar dari sekolah..

rasa macam hari nie merupakan hari terakhir aku akan pijak tanah kat dalam sekolah ..
heheh..padahal esok kena datang sekolah sebab nak kena pulangkan buku perpustakaan..
kalau ikutkan esok rasa macam nak tidur je..
tapi oleh kerana aku terambil buku nabila..so esok aku kena datang sekolah la..
tolong pulangkan sekali..
nanti aku nak periksa sekali..mana la tau kalau2 aku ada tak pulang buku juga..
tapi rasanya macam tak ada.., kalau ada pun aku pinjam guna nama kawan2 aku yang pustakawan..
tapi kalau aku ada pinjam aku tak tau kat mana aku simpan buku2 tu..
huhuhuuu (^_^)

keadaan dalam bilik aku memang totally bersepah dengan kertas..
atas meja atas katil dan atas lantai.., masing2 dah tak nampak pemukaan dah..
semuanya dah diselaputi dengan kertas dan buku..
start malam ni aku nak mula kemas..
sebelum ni kemas dah dapat satu bakul besar dan penuh!
banyak lagi yang belum kemas tu..
buku teks SPBT sekolah aku awal2 lagi dah ikat..
tak nak nanti aku tak jumpa pula bukunya..
semua buku yang aku pinjam aku dah sampul..kalau tak nanti tak pasal2 aku kena bayar..huhuh

mulai dari hari ini..aku di rumah akan menjalani aktiviti seperti 

1) buat house work
2) jaga adik
3) online-ing
4) essay writting

rasa macam nak ambil lesen kereta..tapi rasa takut juga..nak ambil kat mana eik?
long  life? bentara arong? ke nak ambil dengan cikgu Azi je?
nak kerja luar mak awal2 lagi tak kasik..
alamatnya duduk rumah dan besarkan badan je la..

tapi kalau duduk kat rumah macam best juga..
tapi macam tak best juga..
kalau online-ing 24 hours mesti bosan nak gila..
tengok korean drama mesti nak naik kematu mata..
duduk kat rumah search internet..search maklumat pasal study
ok juga tu..

cakap pasal study..tak tahu lagi nak tuju kemana..
ermm.., but kalau rancang awal2 pun tapi result tak boleh nak pakai pun tak guna juga..
bak kata cikgu Mursyidah..
doa2 kepada Allah supaya jawapan exam kita ialah yang paling sempurna pada mata pemeriksa itu..
AMIN!!

hari jumaat ini..sepupu ajak pergi langkawi..ada trip, sekolah tempat dia kerja yang buat..
nak ajak orang temankan dia..tapi kena bayar rm200 la..
aduyai..tak ada duit la..kenapa tak cakap awal2..
kalau cakap awal2sure aku boleh kumpul duit..
ermm.tak apa la..kalau pergi sana pun tak tahu nak buat apa..
bukannya ada duit pun nak beli barang2 kat sana..

ex students stmi2 yang sama2 batch dengan aku nak buat reunion..
rasa macam tak nak pergi pula..aku masa sekolah rendah dulu mana la terkenal..
member satu kelas pun maybe tak kenal nama aku..huhuhuu..
low profile gitu..
haha..tapi masuk sekolah menengah tak sangka pula begini jadinya..
ahahahaa (^_^) nasib badan..
 SOU pun nak buat jamuan for the last time..
tapi masing2 tak ada duit dan masing2 malas...
tapi tadi macam ada harapan nak buat jer..
tarikh yang dipilih ialah 15 haribulan 12 tahun 2010..
saing sekali dengan tarikh pemulangan buku teks sekolah..
ok la tu..

tak tahu apa lagi nak story2..so, just untill here la..

p/s .::. tanggal 8.12.2010..pelajar melayu sains stream merdeka dari spm!!

rabu / 8 Dis 2010 / 5:47 pm




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...