Happy Birthday Aizuddin..

As Salam..

Hari ini ialah hari yang sungguh2 memenatkan ... Semuanya gara2 esok ialah birthday Aizuddin..wawa
This time., semua orang hanya ingat birthday Din hanya pabila tarikhnya dah nak dekat.. kelam kabut gyler jadinya..masing2 langsung tak rancang dan masing2 jugak langsung dah tak ada duit..huhu..
hanya aku jer yang masih berduit.., so kesimpulannya , guna duit aq dulu jer la..

Belanjawan for birthday Din .::.

Komek 6 buah = rm 44.00
Kad ucapan 6 keping = rm 6.00
Sampul hadiah = rm 1.00

total up = rm44 + rm6 + rm1
= rm 51.00

jika ditambah dikali dan dibahagi.., jumlah yang perlu dibayar masing2 (selepas dibahgi) ialah rm8.50.. huhu..bajet yg paling murah setakat ini ..hehehhe

siap semua urusan jual beli untuk Din., aku balik rumah dalam pukul 530 petang..
oleh kerana aku gian gila tengok komek2 yang aku beli tu.., aku baca 3 daripada 6 komek tu..
sorry ye Din...aku gian gila la sebab dah lama tak baca..
sorry sorry sorry sorry sorry..

ermm..selepas selesai membaca dan 'merasmikan pembukaan' buku, aku menyediakan sampul hadiah yang aku beli tadi untuk memulakan aktiviti melipat, menggunting, mesoletip dan membalut..
oleh kerana sudah terlalu lama aku sudah tidak menyampul-nyampul hadiah so, agak kekok dan tidak berapa nak kemas hasilnya.. tapi aku tetap berpuas hati sebab aku buat dengan sepenuh hati aku..huhuhu
just for you friends!!
sebab kalau nak diikutkan inilah kali pertama aku melibatkan diri secara langsung dalam pembelian dan pembungkusan hadiah..

birthday syimah .::. aku tak beri dia hadiah..
birthday dewi .::. sambutan yang paling best sebab .. ahh!! memang seronok.. aku jadi tukang bawak dewi jalan2 satu sekolah untuk kasik budak2 yang lain bersedia..huhuhu
birthday farah .::. Din yang uruskan pembelian dan pembungkusan
birthday nabila .::. aku 2 minggu awal kasik nabila hadiah.. so, tak terasa persediaan nak surprise ..

birthday dewi, farah dan nabila.. Din yang bertanggungjawab belikan hadiah dan pembungkusan .., so, this time aku yang buatkan untuk dia..huhuh..kira macam nak balas jasa laa..hahah
lagipun.., aku dan SOU memang dah banyak menyusahkan dia..
kalau ada jam rosak, kami suruh Din yang bawa pergi kedai..
kalau aku nak masukkan duit dalam bank, aku suruh Din yang masukkan..
hari tu.., aku minta tolong Din carikan kedai komputer untuk aku hantar laptop aku..kesian dia kena merayau satu pontian..huhu..sorry soorrryy Din!! hehehee
dah berapa banyak duit minyak yang kau keluarkan semata-mata nak layan kerenah kiteorang ..


Detik Menjelang SPM..

As Salam...

berdasarkan counter yang sungguh dahsyat yang aku lihat di blog farah, hanya tinggal lagi 28 hari lagi sebelum peperiksaan besar SPM. Rasa macam nak gila dibuatnya..
Fighting!!

Sudah lama juga rasanya aku tidak menulis entri, semuanya gara-gara kerana satu artikel yang aku baca.. luluh hati aku..huhu.., tapi tidak mengapa.. bak kata kawan aku "Ah! peduli apa aku dengan dia., suka hati aku la.." Bagus!

Mungkin buat masa ni, untuk mengubat hati yang masih berparut, aku tidak akan mengunjungi lagi site itu..

Mengikut perkiraan yang telah dilakukan oleh kawan aku, bagi setiap subject hnya boleh ambil masa 3 hari sahaja. Tapi kalau ikutkan aku, mungkin subjek BM dan BI boleh dikurangkan bagi menampung subjek Sains aku.. kecewa cikgu BM dan BI aku kalau mereka ada baca ni.. Maaf ye cikgu! Markah exam saya teruk2 belaka!!

Sekarang nie.., bagi melepaskan gian aku terhadap penggunaan laptop dan internet, aku hnya akan menggunakan laptop aku sehingga habis baterinya..kalau dah habis aku tidak boleh guna lagi.. aku hanya boleh menggunakan laptop ini lagi hanya apabila aku sudah mengulangkaji selama 5 jam atau lebih pada satu hari... (tidak termasuk makan dan minum)

Aktiviti hari ni pula ialah., (disekolah seperti biasa)
balik sekolah seperti biasa kami semua melepak di kantin sementara menunggu jalan lenggang. Selepas makan dan minum dan berbual dan ketawa, aku dan nabila terus gerak pergi ke Bank Simpanan Nasional pada jam lebih kurang 130 tengah hari. Di sana aku membuat urusan pengeluaran duit dan pembaharuan kad ATM. Oleh kerana waktu itu keadaan sangat lenggang, so, semua urusan siap dalam masa setangah jam sahaja iaitu lebih kurang pukul 230 petang. Oleh kerana aku ada temu janji dengan kawan aku untuk beli DVD korean pada jam 300 petang, aku dan nabila menghabiskan setengah jam masa yang terluang itu dengan mengambil angin disekitar tepi laut dan meninjau buku di kedai Inspirasi.. Pantang aku masuk kedai mesti nak beli barang, this time aku beli satu mini AL QURAN ( rm 16.00) dan satu novel (rm 19.90) bertajuk 'Hanya Kita Berdua' yang dikarang oleh salah seorang pengarang yang aku minat iaitu Aina Emir. Total up semuanya adalah rm 35.90 (hanya di kedai Inspirasi)

Lepas itu, terus gerak pergi ke bank semula sebab janji dengan kawan yang nak beli DVD tu tunggu di sana. Janji pukul 3 tapi datang pukul 330.. biasalah tu..pergi kedai CD, 2 CD yang aku rancang nak beli ( Autumn In My Heart & My Girl Friends is Goo Ming Ho) tak ada, hanya satu cerita (Winter Sonata) sahaja yang ada, so lagi dua just ganti dengan cerita lain ( God of Study & My Girl). Total up beli DVD semua ialah rm 40.00.

Bayar hutang nabila rm 30.00
Beli air kelapa rm 1.00
Total pakai duit hari ini ialah rm 106.90

Balik rumah pergi singgah kedai basikal sekejap sebab nak pam basikal. Maybe esok ada budak nak pinjam basikal untuk main Polo Bicy..

p/s .::. mak suruh angkat baju yang ayah dah lipat., aku tau mesti adik aku just nak angkat baju dia jer., so, aku cakap macam nie kat dia..

aku : ilham, angkat semua baju sekali..
ilham : kenapa pulak..
aku : kalau ilham rasa ilham tak ada bayar sewa rumah dan bayar gaji ayah lipat baju.., ilham kena angkat..
                                            
                                                ...... terus terdiam adik aku tu.. puas!!!......
(imran xada sebab g kedai beli roti)

when he ask me again...

As Salam..

hidup ini memang benar2 mencabar.., betul tak?? kalau la aku tahu yang dia nak cakap mengenai benda itu lagi, semestinya aku tidak akan mesej dengan dia..alahai...

including this time.., this is the second time he told me that he really like me..OH MY GOD!!
siapa lagi si jejaka itu kalau bukan fizi.. aduyai..
masalah betol la dengan mamat yang seorang ni.. mahu diberitahu berapa kali baru dia paham???
wah..rosak2..spoil betol laa..

masa tu tengah cerita2 pasal perut buncit..aleh2 x pasal2 boleh tukar topik pulak dah..
ermm..kejap eaa.. aku nak tulis satu mesej dia kat sini...

...........
...........
...........

Aleh muke awk nk senam...x de lh,huhuhu....awk, kite cple nk....

wah!! tak pasal2 betol mamat yang sorang nie.. senang2 jer tangan dia tu menaip mesej hantar kat aku..
menyirap jugak la aku tadi..huh
aku lepas tu apa lagi..direct terus cakap pada dia..

Ishk., xnk la..

tapi nasib baik fizi ni xde masalah sangat..aduyai..
inilah yang membuatkan aku malas nak mesej dengan dia ni lagi ni.. nak aje aku off handset aku, tapi nanti aku jugak yang susah..aduyaiii..

~i want to be alone~

p/s .::. pernah kenal seorang lelaki yang mengaku dia adalah sex maniac.. MASYA ALLAH..

ahad / 2:07 am / 17 okt 2010


apabila you're not alone berkumandang.....

As Salam..

Alhamdullillah.., akhirnya muncul satu islah dalam diri aku.. akhirnya hidayah dari Allah telah turun kepada aku..
islah dan hidayah yang aku maksudkan bukanlah besar sangat, hanya keinginan untuk belajar dan mengulangkaji umtuk exam aku. ^_^
dari jam 11:30 pg hingga 6:30 ptg aku tidak keluar bilik., walaupun tidak kesemua masa yang dinyatakan aku gunakan untuk belajar namun aku cukup gembira..

tapi bukan ini sebenarnya yang aku hendak tulis dan cerita. Apa yang sebenanya yang aku nak cerita ialah..
  
tadi, semasa aku sedang belajar sambil mendengar lagu dari lappy.,  lagu you are not alone berkumandang.. nyanyian hebat dari arwah Mikail ini betul2 buat aku teringatkan sahabat atau lebih tepat lagi bekas sahabat aku.. dulu masa kami masih bergelar sahabat kami selalu menyanyikan lagu ni bersama-sama. huhuh.., rindu pula dengan suasana tu..,, biasanya dia yang akan nyanyiankan lagu tu bila aku duduk sebelah dia..
sayu pulak rasanya.. fighting!!
(^_^)
alahai la.. kenapa la pulak nak sayu2 nie.. kool.....kool....
memang tabik spring la pada arwah mikail nie.. sampai sekarang nie aku masih menjiwai lagunya...

kepada sahabat-sahabat diluar sana.. hargailah sahabat yang masih berada disisi anda..
hargailah mereka seumpama mereka akan melangkah pergi pada keesokan hari..

kepada bekas sahabat aku.. aku harap sangat suatu hari nanti kita akan kembali bertegur sapa
rindu rasanya hendak saling berbalas SMS ..., semua pesanan dan mesej best2 yang kau bagi aku tak buang lagi.. aku harap sangat kita dapat jadi kawan kembali.. aku harap sangat yang perkara tu tak pernah terjadi., kalau boleh diputarkan masa aku harap sangat dapat menghalang perkara itu daripada berlaku.. aku harap sangat.. mungkin segala kekacauan ini tidak akan pernah berlaku..

jika ada jodoh lagi dalam persahabatan kita.., INSYA ALLAH aku akan jaganya dengan baik..
AMIN

~you are nott alone~
p/s .::. salam rindu dan sayang
sabtu / 9:54 pm / 16 okt 2010

Bertakhta diHati- Farah Dhiya

Di hempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut
Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta
(Bridge)
Lihat… lihat…
Ke dalam mataku
Sinarnya menyala
Lihat… lihat…
Ke dalam mataku
Cintamu bertakhta (dihati)
(Korus)
Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu sebenar
Kau cinta sejati
Ku sandarkan jiwa
Di gilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Di guris resah
Meniti hari bersulam tangis
(Ulang bridge)
Takkan berganjak pendirianku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya
Takkan berubah perasaan ini terhadapmu
Biar digugat, biar dicabar, biar dihalang
(Ulang korus)

p/s .::. lirik lagu dalam video FIBID
jumaat / 6:30 pm / 15 okt 010

sweetnya mereka..

As Salam..

seperti mana kebiasaannya.., aku akan online di FB.
pada kali ini aku telah melihat sebuah video yang sangat2 sweet..

^_^    ^_^   ^_^

baru aku tahu.., yang akhirnya fizi dan abidah dah couple.. huhuhu
seronoknya.., setelah 2 tahun.. akhirnya..

there are so sweet..
kalau nak tengok video mereka click link ini

hah.. teringat pulak kisah kasih kawan aku yang tersayang
siapa lagi kalau bukan syimah and suhairy..
they are so sweet to..
ahh.. (^_^)
can't stop from smilling....

hope they will happily ever after.. INSYA ALAH

p/s .::. THERE ARE SO SWEET!!
jumaat / 6:27 pm / 15 okt 2010

facebook for syima n ety....,


As Salam..

sementara menunggu uploading gambar di facebook yang masih ada satu jam lagi, aku mengambil kesempatan untuk menulis entri ini. seperti yang telah dibayangkan oleh tajuk di atas, this time aku nak cerita sikit mengenai syimah yang bersungguh-sungguh mencipta satu akaun facebook semata-mata bak kata dia untuk balas dendam.. jika ingin tahu apa dendam yang nak dibalas itu bolehlah rujuk kepada ahli six of us.
terlanjur sudah aku membuatkan akaun FB untuk syimah., aku terus buatkan akaun FB untuk ety.., erm.., walaupun syima sign up first than ety tapi syimah punya lebih lama nak siap sebab cerewet dalam pemilihan gambar.. dan akhirnya langsung tidak letak gambar..
erm.., sebenarnya tidak ada cerita untuk diceritakan..
so,
bye3 laa
 hendak bye2 ke?? xkn la..
so.., 
di bawah ini adalah diantara gambar yang aku upload dalam facebook..
gambar2 yang banyak ni sebenarnya aku dan aizuddin ambil untuk special occasion tapi malangnya ianya tidak menjadi.. so, akhirnya terperuk sahaja didalam kamera and baru sahaja di uploadkan di dalam facebook aku..
 "life must go on" itulah ayatnya sentiasa terngiang-ngiang di dalam fikiran aku tiap kali aku lihat gambar2 sekolah ini.. tiap kali tatap gambar2 digital ini mesti rasa rindu ada.., walaupun masih  
belum lagi menamatkan tingkatan 5.. satu bulan lagi exam SPM akan menjelang, preparation untuknya masih belum nak mantap.
takut rasanya memikirkan apa yang bakal berlaku sekiranya aku gagal menjawab dengan baik di dalam dewan peperiksaan itu nanti yangg tentunya penuh dengan tekanan dan penderitaan..huhu

tapi INSYA ALLAH everything will gonna be fine..
istiqomah and tawakal to ALLAH is the ost important things! pray for me!!
kalau dah habis SPM nanti ini bermakna sudah tidak boleh nak duduk2 lagi, lepak2 lagi di meja bulat nie.. meja yang pada awalnya menjadi tempat geng SOU duduk2 dulu sebelum balik..
tapi akhirnya pindah ke kantin sebab lebih baik dan semestinya tidak panas..
agaknya lepas SPM nanti dan selepas 5 atau 10 tahun akan datang lagi sama ke keadaan sekolah sperti ini?? minta2 lah supaya tiada perubahan yang drastik..

kawasan tempat duduk cikgu kat bawah pokok and di tepi kolam ikan nie tak pernah aku duduk lama2.. rasa macam sejuk jer bila duduk kat situ.. bila agaknya aku boleh duduk kat situ tanpa kekangan masa?? heheheheheee

lepas SPM nanti mungkin hanya ada satu peluang sahaja untuk menjejakkan kaki kembali ke pondok ilmu ini.. waktu ambil result SPM.. waktu tu semua orang akan rasa takut dan gementar..

masa tu masing2 dah ada perubahan dalam diri masing2.. aku maybe masa tu masih sama.., tidak perubah. tapi rasanya aku tidak mahu ambil result masa hari first day tu.., kalau boleh aku nak ambil masa dah xde orang lagi nak amik.. 

p/s .::. aku nak campak laptop ni boleh x?
khamis / 9:47 pm / 14 okt 2010

selepas SPM...

Universiti Islam Antarabangsa

As Salam..

seperti mana berlaku pada semua lepasan SPM.., mereka akan mengalami dilema dalam memilih jurusan atau tempat pengajian mereka yang seterusnya..

mereka yang dinyatakan itu juga termasuklah aku.. secara umumnya aku telah menetapkan syarat untuk tidak memilih mana2 jurusan yang berkait dgn KIMIA FIZIK dan BIOLOGY..
subject addmath hendak tak nak tetap perlu..
walaupun aku tahu pilihan yang aku tetapkan ini akan
 mendatangkan kerugian kepada aku.., namun aku tahu yang ia adalah yang terbaik untuk aku.., lebih baik tidak perlu melanjutkan pelajaran ke tingkat yang lebih tinggi jika yang aras bawahnya aku masih tidak dapat nak catch up..
buat masa ini aku memikirkan untuk terus melanjutkan pelajaran ke universiti..
Universiti Malaysia Serawak
2 buah universiti yang dalam pertimbangan ialah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).. tapi seperti biasalah .., DILEMA!!!

tapi apa yang penting untuk masuk ke mana2 pusat pengajian.., kena dapatkan keputsan yang mantap terlebih dahulu.. barulah semuanya dalam genggaman..
impian untuk buka kedai buku yang lengkap dengan kafe.., akses internet.., dan library sesangat diidamkan.. nak pergi ke arah itu perlukan sijil yang
Universiti Malaysia Kelantan
 meletup dan otak yang besar! INSYA ALLAH semuanya akan berjalan seperti yang diikhtiarkan..

padi tadi di sekolah., kaunselor memaklumkan bahawa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan mula mengambil pelajar ambilan pertamanya pada bulan Mei 2011.., khas untuk pelajar aliran Sains. Berita ini mungkin merupakan berita gembira bagi sesetengah orang seperti aku yang tidak seberapa pandainya kerana kebiasaaanya ambilan pertama syarat kelayakannya adalah longgar. Tapi seperti yang telah aku maklumkan di atas aku sudah tidak mahu melibatkan diri lagi dengan subjek yang melibatkan sains.., senang kata aku tidak mahu pisang berbuah dua kali..
walau apa2 pun.., doakanlah aku supaya sentiasa istikamah dalam sesuatu perkara..

p/s .::. lari jauh2.. hasrat sebenar...
rabu / 122:48 am / 14 okt 2010 




tanjung piai...

As Salam..
this time nk citer psl kem ibnu sina..
enjoy youselves..



kem ini disertai oleh 8 buah sekolah..
sdaha hantar 25 org..
kalau diikutkan rancangan, kami akan kesana dgn menumpang bas SMKDPB..
tp hnya 10 dr kami sahaja yg menumpang.., yg lain2 naik kenderan lain..
sblah ini ialah gmbr kami ketika didalam bas SMKDPB..
oleh krn kami yg sampai dahulu.., maka kami sesuka hati boleh memilih tempat duduk..
dan kami dgn sepakat hati memilih tempat duduk yg paling belakng.., dimana budak lelaki mmng suka duduk kat situ.., nasib la ye cik abg2 oi.. sape cpt dia dpt.. itulah hikmahnya apabila kami datang awal..


kat sebelah ni ialah tugu tanjung piai.. as you can see at besides.., SELAMAT DATANG KE TANJUNG PIAI.. 
 bertolak dr SMKDPB lbh kurg pukul 3 -330 ptg.., so, smpi sana lbh kurg stgh jam dr masa yg dinyatakan diatas.. 
sepanjang kiteorg di sana.., aktiviti kami hnyalah bljar dan study.. dan., ini ialah gmbr aq masa tido dlm kelas..
aq tak akan paparkan gambrnya seperti gambr2 lain diatas sbb ia hnya akan buat aq bengang.. "terima kasih kpd kawan2 aq yg terbaik didunia"...terima kasih jgk sbb sebarkan di FB..
rasanya tak perlulah utuk menceritakan perihal jadualnya yg ketat.., x patut rasanya.., tp aq agak sedikit merungut mengenainya.., bak kata penolong camp komanden.. "kamu semua ni bkn tahap pelajar GALUS tp tahap pelajar IBNU SINA" dan ini jgk dialog dia "kamu ni tak layak jd pelajar IBNU SINA"

 pada hari ketiga kami disana.., pihak kem dgn baik hati menyediakan satu aktiviti riadah untk kami.., kami dibawa ke Taman Negara Tanjung Piai.., tp seperti yang sepatutnya kami jangka.., kami tidak akan ke sana dgn menaiki bas or kereta tp akan berjalan kaki.., aktiviti kali ni aq beri nama merentas desa.. oleh kerana kumpulan nabila ialah kumpulan pertama yg memulakan merathon dan aq pula merupakan kumpulan perempuan terakhir yg memulakan larian (joging sbnrnya) aq agk ketinggalan dibelakng.. tp akhirnya aq merupakan org pertama yg sampai kegarisan penamat.. aq bangga sesangat sbb aq merupakan org yg berbadan gemuk!! dan smpai shja disana.., ada bbrapa org peserta dr skolah lain menanyakan samada aq nie atlet..hheheh..hahha.., aq kata ya tp aq explain yg aq nie atlet balingan shja..

di sana.., ckgu hnya beri kami masa 10 minit utk melihat sekeliling taman negara... memang x cukup masa pun.. so, kami pelajar perempuan sdaha hanya duduk dan berbual dan ketawa dan bergambar..

ada bnyk gmbr lagi yg aq nk masukkan pada entri kali ini.., tp aq xnk melambtkan loading page nie.., so aq akan sediakn link.., kalau readers nak tengok gmbr2 kami disana boleh tekan link2 yg disediakan ini...

di atas ialah gmbr yg dilabel dgn nama IBNU SINA.., ada jgk gmbr yg menarik tp tidak disertakan dalam link2 diatas.., untk mellihatnya.., dalam satu2 link itu.., tekan anak panah undo dibahagian atas.. 

berikut merupakan gmbr favourte aq..









its looks very very very very fun right??? if i can be like them.., or if i can be at there with them..





dah la.. sampai sini jer.. nti blog nie berat la pulak.. kalau still x puas., tekan link yg disediakan di atas td..

p/s .::. ada ubi ada batas ada hari aku balas.. senyum sokmo!!
selasa / 10:32 pm / 12 okt 2010


bila cinta (ost LBS)- Geo

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu 
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku 
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana 
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan 
Ku sebut nama mu
Di setiap doa ku
Bangkitkan setiap kenangan tentangmu
Yang ku dapat hanyalah bayangmu 
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan

bila cinta di dusta- screen

Bila cinta didusta 
Hati mula gelisah 
Hilang kekasih hati 
Hidup jadi merana 

Insan jadi idaman 
Kini dimilik orang 
Cinta yang diimpikan 
Putus di tengah jalan 
Terpaksa mengalah 

Mengapa menyinta 
Andainya tak setia 
Tak usahlah bercinta 
Jika hanya berpura 
Bila hati dah jemu 
Mula berpaling tadah 
Tak pernah difikirkan 
Orang yang ditinggalkan 
Tersiksa sayu pilu 

Ooo...oo merayu-rayu 
Ooo...oo ingin kembali 
Ooo...oo meratap sayu 
Tidak mungkin orang simpati 
Menoleh pun tak sudi 

Andainya ditakdirkan 
Cintamu didustai 
Pastinya kau mengerti 
Siksanya perpisahan 
Hanyalah ditemani sesalan

menyesal- Ressa Herlambang

Semula ku tak yakin
Kau lakukan ini padaku
Meski dihati merasa
Kau berubah saat kau mengenal dia

Reff:*
Bila cinta tak lagi untukku
Bila hati tak lagi padaku
Mengapa harus dia yang merebut dirimu

**
Bila aku tak baik untukmu
Dan bila dia bahagia dirimu
Aku kan pergi meski hati tak akan rela

Terkadang ku menyesal
Mengapa ku kenalkan dia padamu

Back to Reff:* dan **
Back to Reff:* dan **
Terkadang ku menyesal
Mengapa ku kenalkan dia padamu

sampai pukul 6..

As Salam..

 tulisan merah ~ pantun
tulisan biru ~ lagu

actually.., xde benda nk tulis dalam entri nie..
tp rasa mcm dah gian nak menaip kat kompter..
so.., i will just write about my school n activities today

bangun pagi-pagi,
 aq nyanyi lagu nie,
 sape nak join,
 jom nyanyi sekali..

sing together ~ air pasang pagi surut pukul lima
nyonya bangun pagi siram pokok bunga
pokok bunga melur tanam tepi pantai
itik bertelur ayam menetas...

hehehhehehe (^_^) (^_^)

pergi sekolah pukul tujuh
kayuh basikal tergopoh-gopoh
budak PMR jawab bersungguh-sungguh
jantung aku pulak yang nak runtuh

pagi2 masa kat dataran nmpak budak PMR baca buku memang rasa mcm nk gugur jantung..
preparation SPM stiil zero
perang dingin dgn buku memang x pernah off..,
bila nak berdamai jer tv and komputer pulak yg on...

full a day learn History 
pity to teacher coz students only want to story2
it also including me.. (^_^)
hihihihi

carta lagu yg bnyk dinyayikan hari ini  (hnya nyanyi yg tau shja)..:::..

1) Bila Cinta(ost LBS)- Geo

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu 

2) Menyesal- Ressa Herlambang

Bila cinta tak lagi untukku
Bila hati tak lagi padaku
Mengapa harus dia yang merebut dirimu







3) Bila Cinta Didusta- Screen

Bila cinta didusta
Hati mula gelisah
Hilang kekasih hati
Hidup jadi merana






BILA CINTA....

balik dari sekolah hari nie.. ayah pulangkan handset pada aku..
baru jer betolkan..
huuhu.. nak kata seronok x jugak.. nk kata sedih, of couse la x..
so.., say thanks je la pd ayah..

TERIMA KASIH AYAH!!!

tp screen dia macam sedikit sengal.. kena tengok tegak2 dpn mata 
( mcm kedudukan mata masa baca bacaan pada measuring cylinder and thermometer)
klu tengok senget2.., x jelas jadinya..

bukak inbox bnyk giler mesej nyer..
yg paling bnyk Abang Rizal n Fizi..
huuhuh
buat x layan jer.... (^_^)


Krinnngg.., Krinnngg.. 
(x tau mcm mana nk tulis lagu chipmunks sbb ringtones phone lagu 2.., so, gantikan dgn kring kring jer la..)
syimah yg call
dia ckp yg dia cuba call farah.., tp farah x angkat phone..
pasal DVD yg farah tukar kat kedai 2..
farah mintak tolong syimah yang amikkan..
nyonya kat situ nak bukti yang syimah tu btol2 kwn dgn farah..

aq hantar mesej kat syimah
"syimah, frh aq rasa dy tido la., ko tepon aq nti aq menyamar jd farah., ko ckp pd cina 2 yg aq ni frh.., brlakon btol2"

lps tu syimah call aq balik..,
hahha.., dia boleh ketawa2 plak..
huhuhu (^_^)
aq pon teruskan la lakonan tu..huhu
nasib baik x kantoi..

dah xde citer.., nk tutup citer dulu..

p/s .::. gila2 gila2.., packing baju dulu... esok nk g TANJUNG PIAI.., hati x tenang nk g sana

khamis / 6:05 pm / 7 okt 2010











shocking semasa kemas bilik..

As Salam...

hari ni aq telah mndpt satu kerajinan utk mgemas bilik aq..,
n.., masa aq sdg kemas almari baju aq..,
tangan aq secara tidak sengaja telah terkena@tersentuh 3 buah fail dan bbrpa dokumen..

pada awalnya aq x kesah dgn kehadiran fail dan dokumen tu.., 
krn emak aku sememangnya menyimpan dokumen penting di situ sprti sijil lahir,
geran rumah or something like that..

tp lps tu baru aq sedar yg fail dan dokumen tu bkn fail yg mak aq slalu simpan kt situ..
fail yg mak aq slalu simpan kt situ dah xde.., yg ada just yg aq nmpk nie jer la..
fail dulu dah kotor n lama.., 
but this time the new fails n documents that my mom hide at there is black in colur n still new..

aq dgn prasan teruja n ingin tahu terus tarik keluar fail2 tu..
apatah lagi slps aq nmpah satu logo dan nama syarikat yg tdk dikenali tertera dibahagian dpn fail beserta kad nombor phone..
lps aq baca tajuk setiap fail2 tu.., aq gila2 terkejut!!!
kat dalam tangan aq skrg nie ada satu salinan lengkap WASIAT yg ditulis oleh mak aq..
so SHOCKING!!!
satu salinan penuh wasiat, jumlah harta/eset/pembahagian harta/pemegang amanah/ and ect..

pada awalnya aq takut nk baca sbb ada tertulis SULIT..
tp oleh krn rasa ingin tau yg mmbuak.., aq pun bacalah..

masa aq baca wasiat yg ditulis oleh emak aq tu..,
air mata aq x semena2 bertakung kt kelopak mata aq..
sedih giler masa baca..bkn sbb pembahagian harta tp sbb kasih sayang mak aq betul2 terselah!!
aduyaiiii..

p/s .::. kasih sayang ibu samapai ke mati!!!

selasa / 9:35 pm / 5 okt 2010


when i want to add something in my blog..

As Salam..,
this things always make me so upset u know..

ok! komp di umah aq nie tdk la begitu canggih.., senang kata, komp kat umah aq nie komp zaman atuk la..
tp dh kira bersyukur la..

but, ape yg wt aq slalu jd x best nyer adalah..
aq nie org yg suka tau pasal benda mcm blog, FB, twitter, my space or something like that laa..
but unfortunately.., my comp does not supported me for that.., its to old
actually.., at the beginning, my old comp is full with all the things i need..,
but, after my dad 'wash' this comp.., all programs in this comp is gone..

yeh! thats why! i really hate it..
and now.., for the example.., when i want to download Windows Live Writer for my blog.., 
i just cant do it bcoz it have to use Window 7 or Vesta (if i dont mistaken)..

i so upset u know..ahh!!
so i have to postpone it..(download WLW)

p/s .::. pesanan kpd aq (author) klu dh dpt download WLW .., and still berhajat nak buat pop up windows utk link sila click sini (utk baca persoalan yg dikemukan kpd neo tntg poip up window utk link) dan click sini utk baca apa itu WLW..., atau click sini utk download WLW


not the one..

As Salam...

sblom nbila story2 baik aq story2 dulu dgn korg..heheh

this accident and the story begin when F5 n F3 students held our solat hajat perdana at school..
(actually.., i do not perforrn it because of uzur syarie..)

when i'm sitted at behind and watched the other muslim performed their prayers.., i saw@meet ulya's mother.
(i will not mention that guy name)

and when nabila and i wants to go home.., 
my mouth with sligtly say just like this
"Billa, td aq jumpa mak mertua aq."
do not know why.. my mouth is just like crazy!! how can i said something like that??
its so awful!! n disgusting things!

n for the result.., of cause nabila is just like the crazy person!
she becomes over excited just like firdiana when she got a chocolate..

nevermind la..i dont care about that! it doesnt means to me.. because of that i wrote this..
dont know why..,but i think i know that he is not the one..

so! please la.., dont make a funny statement about this story.. such as: "ada jodoh la tu.." "hah ika! kantoi dah.."

p/s .::. please laa! ( feels like a stupid when i write this story.., dont know why i wrote this.., maybe i am so bored because i dont have any job to do and other story to wrote..)
isnin / 8:45 pm / 4 okt 2010

its funny when someone called me 'nur'

As Salam..

hari ni masa aq ber FB.., aq comment kawan aq punya status..,
and than someone with the name 'slay'.., he called me with the name 'nur'..
it so funny u know..hahha
if u want to see it or to read it.., click here
there is no one ever called me with that name... its so klise..
my lips does not want to stop from smile..
(until now..)

and than i just write my status with this issue..
and one of my FB friends comments it..
if you want to read our chat.., you can click here..
it is an interesting chat to me.. i dont know for u how..

p/s .::. aq lupa la mana aq simpan duit blnja minggu nie..heheh.., kjp lg nk g bongkar satu bilik cari duit tu..

isnin / 3:42 pm / 4 okt 2010

ingat tp lps tu lupa lagi plak..

As Salam..

semakin nk dekat exam nie.., daya ingatan aq semakin lemah..
sedih n risau aq..
contohnya macam sekarang nie.. tadi aq dah ingat apa yang aq nk tulis dalam blog nie.., tp dah lima minit aq lupa balik..
fikiran aq tak fokus!
nie msti sbb aq dh kurang baca Al Quran..
huhuh
kena baca balik nie.., kena mantapkn ingatan
INSYA ALLAH.., diberkati
amin!!!

p/s .::. entri pemanas badan sebelum nak ingatkan balik apa yang aq lupa..

ahad / 11:02 pm / 3 okt 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...