Sekadar Kenangan Sahaja..

As Salam..

first of all.. aku tulis entri kali ini bukan nak show off apatah lagi nak berlagak..
entri kali ini just aku nak buat sebagai kenangan aku sahaja..
kenangan semasa sekolah..
aku tak nak kenangan ni lapuk dek zaman..
at least kalau aku nak recall aku ada entri ini untuk ingat semula..
harap jangan salah faham..
........................................................................................................................

masa aku di form 1 (2006) ::
-  masa form 1 ni aku masuk kelas 1 A.. masa ni..aku merupakan atlet sekolah.. first exam memang teruk sebab asyik sebuk kat padang..tapi next exam become better..
always got no 1.. happy2 (^_^).. masa ni juga aku ada gaduh2 dengan satu geng dalam kelas aku..geng aku gaduh dengan geng lagi satu tu.. aku tak tahu la macam mana aku boleh termasuk sekali.. huhu
bad year juga la.. 50/50 percent..bad and good..

masa aku di form 2 (2007) ::
- tahun ini aku masuk kelas 2rk2..naik pangkat sikit..huhuhuu.. masa tahun ni juga aku dah mula berjinak-jinak dengan bidang kepimpinan.. aku gantikan kawan aku Zafira jadi penolong kelas..sebab zafira kepenatan jadi pengawas.. aku juga dah mula usha2 jadi jurujual koperasi..dah nak akhir2 tahun tu..aku mula lepak2 kat koperasi..and tolong2 sikit kat sana..

masa aku di form 3 (2008) ::
- tahun ini aku tetap dalam kelas 3rk..tahun pmr..tahun ini agak down bagi aku sebab result exam aku naik turun.. dalam tahun ini juga aku jadi jurujual koperasi, pustakawan, ahli SPBT, pemain petanque..,
rasa macam ada lagi tapi dah lupa..
result pmr aku cemerlang la juga..dapat 7A 1B..subjek yang tergelincir tu ialah BI..
tahun yang cemerlang jugak la..

masa aku di form 4 (2009) ::
- tahun ini aku rasa menyesal sangat..aku tak fokus pada study dan hanya fokus pada kokurikulum..
aku aktif dalam kawad kaki kadet polis ke MSSD dan kawad kaki sekolah ke MSSD juga..
selalu ponteng kelas tuesyen.. subjek tambahan kelas sains memang susah nak lulus..
 decide nak jadi pengawas.. bermula sebagai pengawas biasa dan pada akhir tahun pegang jawatan pemangku ketua pengawas..games petanque, aku dan kumpulan berjaya pergi ke peringkat negeri..peringkat daerah jadi juara.. pegang jawatan bendahari spbt..bertugas sampai lenguh satu badan..stop jadi jurujual koperasi dan pustakawan sebab jadi pengawas..,

masa aku di form5 (2010) ::
- tahun yang susah bagi aku..betul2 susah..aku seorang yang tidak pandai menguruskan masa.. diiktiraf sebagai ketua pengawas dan ketua pelajar memang memenatkan dan menyusahkan dan menakutkan.. susah nak handle semua pengawas dan budak..rasa penat sangat2..apatah lagi nak kawal kawan sendiri.. kawan sendiri tu..sometimes aku mengeluh juga..paling susah bila nak beri penjelasan pada cikgu bila ada apa2 masalah..apatah lagi kalau berkaitan dengan anak buah aku..penatnya.. jawatan yang aku tak pernah target aku dapat, yang aku target tak dapat langsung.. kelab petangue jadi pengerusi.. rumah sukan jadi pengerusi.. jadi ahli PRS ..pembimbing rakan sebaya


rasanya ni je la yang rasa macam aku nak ingat selama-lamanya..

p/s :: dont get it to wrong

ahad / 9:46 pm / 12 Dis 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...