Mukhlis Dalam Kenangan..

As Salam..

hari ini lebih kurang jam 6:30 petang..
aku menerima sebuah perkhabaran mengenai salah seorang junior aku 
telah kembali ke rahmatullah..
 punca kematian ialah jantungnya telah dijangkiti kuman
dan dua minggu sebelum ini dia telah dimasukkan ke dalam hospital..

Muhammad Mukhlis Bin Muhammad Zaid

pelajar smart dari SMK Dato' Ali Haji Ahmad
merupakan penghuni kelas pertama iaitu 4 Perdana..
seorang pengawas baru yang berwibawa..
belum setahun khidmatnya sebagai pengawas
beliau berjaya menjawat jawatan sebagai pemangku Ketua Unit Kantin
merupakan pelajar yang giat dalam aktiviti kokurikulum..
dan merupakan ahli dalam kumpulan nasyid sekolah

sayang seribu sayang
lebih sayang lagi Allah SWT kepada dia
semoga rohnya dicucuri rahmat
~al-fathihah~

perwatakannya yang baik dan tingkah lakunya yang sopan
akan aku ingat hingga ke akhirnya..
aku akan ingat bagaimana dia sentiasa menghormati aku dan mematuhi segala arahan dan perintah aku

Muhammad Mukhlis Bin Muhammad Zaid

akan aku ingat kau sebagai salah seorang anak buah ku yang cemerlang dan terbaik!!
maafkan aku sebab tak berkesempatan menziarahimu

masa ni memang susah nak ambil gambar mukhlis..so ambil curi2..waktu ini ialah last latihan sebelum pertandingan nasyid daerah..matanya tertutup 


mukhlis .. barisan hadapan hujung sekali, dekat dengan pintu..


p/s .::. akanku utus doa bagimu tiap kali aku mengingatimu..

khamis / 1:58 am / 25 Dis 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...