Diari 24 Dis 2010

As Salam..

aktiviti hari ini agak memenatkan..
tapi walaupun memenatkan but still i love it..
aktivitinya ialah mengemas + membuang + membasuh + menyusun
apa bendanya..??
aku buat semua benda ini di dapur rumah aku..
asalnya..
my mom just suruh mop lantai dapur sahaja
tapi alang-alang dah mengemop itu apa salahnya terus mengemas segala-galanya..
memang banyak hasil yang aku dapat selama aku di dapur hari ini..

nothing much..just dapat satu beg plastik hitam penuh dengan bekas2 plastik yang tak berguna..
lepas dapat satu beg plastik itu rasa macam nak campak terus je dalam tong sampah di luar rumah.
tapi apa2 hal pun kena dapat approval daripada mem besar juga..

rasanya nanti mesti sebahagian besar barangan plastik itu akan direject untuk dibuang..
(it means., mak tak approve kan untuk buang la..)
hahahhaa..
tapi one day aku akan buang juga..

dan seperti biasa..
oleh kerana ahli2 rumah aku ada yang tak suka membasuh pinggan and cawan selepas guna..
so,
aku dengan sesuka hatinya telah menyimpan semua cawan especially yang besar2..
(contohnya seperti mug..)
aku simpan dalam bilik aku..
dan aku hanya mengeluarkan 6 cawan yang kecil..
(cawan yang biasanya digunakan untuk menghidangkan tetamu air panas..)
dan 3 kole..
(tau tak kole tu macam mana??)

kalau diikutkan hati, nak sahaja aku tulis nama di setiap satu cawan itu..
tapi tak mungkin..ada juga yang membebel nanti..
adik aku yang kedua..belum apa2 lagi sudah tak puas hati..
nasiblah dapat kakak yang macam ini..

(kalau tak nak kak ika buat macam ini sila basuh pinggan)

oleh kerana aku start lambat iaitu pada waktu petang..
so, aktiviti aku berlanjutan hingga malam
dan akhirnya terus tergendala sebab menonton Anugerah Skrin Tv3
(esok sambunglah..)

untuk pinggan pula..
aku telah menetapkan syarat hanya boleh ambil yang ditingkat atas sahaja..
pinggan2 ditingkat 3 hanya boleh diambil jika mendapat approval daripada aku..
huuhuu..
 barang2 lain hanya boleh disentuh oleh tukang masak sahaja..
iaitu emak. ayah dan aku
ahli yang lain hanya boleh menggunakan barang2 yang lain
jika untuk tujuan yang khusus dan penting sahaja..dan
jika disuruh oleh tukang2 masak..

beberapa barang di dapur juga telah di adjust kan kedudukannya..
buat masa ini.. tiada bantahan dari yang lain2..
ok la itu..

lebih kurang pukul 830 malam..
mak and mak cik aku nak pergi ke pasaraya Maslee..
mak tanya pada anak2 dia nak beli apa..
aku tiba2 sahaja teringatkan satu kuali yang kecil yang aku jumpa di Maslee
masa jalan2 dengan farah..
kuali itu sesuai untuk masak maggi..
aku pun terus mintalah pada my mom..minta main2 je
tapi mak aku serius nak belikan juga..
berkat aku kemas dapur agaknya..
alhamdulillah..
dan sekarang kuali itu ada dalam bilik aku..
nak jaga baik2..

and now i'm here..

p/s .::. makan maggi ruskee jer la..eh? maggi ruskee ke yang dzul cakap tadi..?? alaa..dah lupa pulak.. iskh3!

sabtu / 3:04 am / 25 Dis 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...