After SPM..

As Salam..
Nampaknya macam aku orang yang first yang posting dalam blog..
of course la dalam kalangan kawan2 blogger aku..
semestinya mengenai "AKU DAH HABIS SPM"..huhuh

macam kosong pula rasanya dalam hati ini..
betul la kata-kata orang tua2.. 
sekolah ni waktu kita kena datang kita nak ponteng
tapi waktu kita dah kena pergi kita nak hadir pulak..
macam mana la nanti ni..
tadi masa nak balik dari sekolah, lepas habis paper 3 Biology..
rasa macam nak menangis pula bila kayuh basikal keluar dari sekolah..

rasa macam hari nie merupakan hari terakhir aku akan pijak tanah kat dalam sekolah ..
heheh..padahal esok kena datang sekolah sebab nak kena pulangkan buku perpustakaan..
kalau ikutkan esok rasa macam nak tidur je..
tapi oleh kerana aku terambil buku nabila..so esok aku kena datang sekolah la..
tolong pulangkan sekali..
nanti aku nak periksa sekali..mana la tau kalau2 aku ada tak pulang buku juga..
tapi rasanya macam tak ada.., kalau ada pun aku pinjam guna nama kawan2 aku yang pustakawan..
tapi kalau aku ada pinjam aku tak tau kat mana aku simpan buku2 tu..
huhuhuuu (^_^)

keadaan dalam bilik aku memang totally bersepah dengan kertas..
atas meja atas katil dan atas lantai.., masing2 dah tak nampak pemukaan dah..
semuanya dah diselaputi dengan kertas dan buku..
start malam ni aku nak mula kemas..
sebelum ni kemas dah dapat satu bakul besar dan penuh!
banyak lagi yang belum kemas tu..
buku teks SPBT sekolah aku awal2 lagi dah ikat..
tak nak nanti aku tak jumpa pula bukunya..
semua buku yang aku pinjam aku dah sampul..kalau tak nanti tak pasal2 aku kena bayar..huhuh

mulai dari hari ini..aku di rumah akan menjalani aktiviti seperti 

1) buat house work
2) jaga adik
3) online-ing
4) essay writting

rasa macam nak ambil lesen kereta..tapi rasa takut juga..nak ambil kat mana eik?
long  life? bentara arong? ke nak ambil dengan cikgu Azi je?
nak kerja luar mak awal2 lagi tak kasik..
alamatnya duduk rumah dan besarkan badan je la..

tapi kalau duduk kat rumah macam best juga..
tapi macam tak best juga..
kalau online-ing 24 hours mesti bosan nak gila..
tengok korean drama mesti nak naik kematu mata..
duduk kat rumah search internet..search maklumat pasal study
ok juga tu..

cakap pasal study..tak tahu lagi nak tuju kemana..
ermm.., but kalau rancang awal2 pun tapi result tak boleh nak pakai pun tak guna juga..
bak kata cikgu Mursyidah..
doa2 kepada Allah supaya jawapan exam kita ialah yang paling sempurna pada mata pemeriksa itu..
AMIN!!

hari jumaat ini..sepupu ajak pergi langkawi..ada trip, sekolah tempat dia kerja yang buat..
nak ajak orang temankan dia..tapi kena bayar rm200 la..
aduyai..tak ada duit la..kenapa tak cakap awal2..
kalau cakap awal2sure aku boleh kumpul duit..
ermm.tak apa la..kalau pergi sana pun tak tahu nak buat apa..
bukannya ada duit pun nak beli barang2 kat sana..

ex students stmi2 yang sama2 batch dengan aku nak buat reunion..
rasa macam tak nak pergi pula..aku masa sekolah rendah dulu mana la terkenal..
member satu kelas pun maybe tak kenal nama aku..huhuhuu..
low profile gitu..
haha..tapi masuk sekolah menengah tak sangka pula begini jadinya..
ahahahaa (^_^) nasib badan..
 SOU pun nak buat jamuan for the last time..
tapi masing2 tak ada duit dan masing2 malas...
tapi tadi macam ada harapan nak buat jer..
tarikh yang dipilih ialah 15 haribulan 12 tahun 2010..
saing sekali dengan tarikh pemulangan buku teks sekolah..
ok la tu..

tak tahu apa lagi nak story2..so, just untill here la..

p/s .::. tanggal 8.12.2010..pelajar melayu sains stream merdeka dari spm!!

rabu / 8 Dis 2010 / 5:47 pm




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...