Tiada Tajuk Yang Sesuai..

As Salam..

hari ini tiada cerita yang spesifik untuk diceritakan..
this time post just nak buang gian menaip..huhuuu(^_^)

tiap kali aku nak posting something..
aku akan memikirkan samada posting aku ini sesuai atau tidak untuk dipertonton dan dibaca oleh orang lain..
ada orang cakap..blog ini macam diari hidup
ya! aku setuju dengan kata-kata itu..
tapi orang itu juga cakap..kalau dah diari kenapa beri orang lain baca..??
serupa macam tak payah buat diari kan.. hermm...
betul juga kata-kata orang itu..
tapi, bagi aku..blog ini merupakan teman hidup atau teman untuk meluahkan hati dan perasaan..
sometimes ada benda yang kita tak boleh nak bagi tau orang lain melalui kata-kata..
oleh itu, untuk meluahkannya..orang itu akan menulisnya di sini (blog)
dan sudah tentulah..si penulis blog itu akan sehabis mungkin untuk menapis sesebuah cerita 
sebelum di publiskan kepada umum..
tapi perlu diingatkan juga..
tak semua blogger menulis diari harian mereka didalam blog..
ada yang membina blog bertujuan untuk menyampaikan maklumat..
ada juga yang membina blog bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim..
dan ada juga yang membina blog untuk berkongsi ilmu..
oleh itu, kesimpulannya.., menulis blog ini terpulang kepada setiap individu itu sendiri..
setiap apa yang ditulis adalah tanggungjawab blogger itu sendiri..

ok! habis cerita mengenai blog..

aku nak cerita pula mengenai hari pertama aku menghadapi peperiksaan SPM..
hari pertama ialah subjek BM..
dan alhamdulillah aku dapat jawab dengan agak baik..
tapi aku masih perlu memperbaiki skill menulis aku..
tapi..aku tak mahu menceritakan sangat mengenai exam aku today..
aku nak cerita mengenai ukhwah persahabatan aku bersama seorang kawan aku yang sudah pulih..
Alhamdulillah dengan berkat Allah s.w.t..
hubungan kami yang terbina kini kembali pulih..
semua kekusutan telah kembali terungkai..
walaupun masih ada rambut didalam tepung namun itu sudah tidak menjadi masalah lagi kepada kami..
kepada kawan-kawan yang turut sama menarik rambut tadi..
harap kita sentiasa boleh out spoken and be honest to each other..
we are frinds dan kita sepatutnya begitu.
seperti mesej yang aku bagi pada kamu semua selepas aktiviti menarik rambut tadi..

FRIEND means ::
"F"ree from all formalities
"RI"ght to say anything
"E"ither good or bad
"N"o sorry no thanks
"D"ear to dearest

kita sepatutnya macam mesej di atas kan..??
dan aku juga ingin berpesan kepada kawan-kawan aku itu..
lupakanlah dahulu perkara yang dah berlaku..
kita tidak boleh percaya kepada satu-satu sumber sebelum kita memastikan kesahihannya dahulu..
seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah..

sebelum aku nak menghabiskan posting aku ini..
aku ingin melahirkan rasa terima kasih aku kepada kedua orang tua aku
ADNAN BIN BASAR dan SUPINI BINTI DASUKI
kerana telah mengiringi aku dengan doa yang tidak putus-putus semasa aku menghadapi exam siang tadi..
takut rasanya kalau ika tak dapat nak tunaikan permintaan dan hasrat mak dan ayah..
untuk success dalam peperiksaan..
maafkan ika kalau result ika nanti macam sampah..
maafkan ika..

p/s .::. sebelum masuk bilik exam untuk second paper, aku ternampak dia..baru aku sedar yang aku just paras bahu dia je..hermm..

selasa / 7:39 pm / 23 Nov 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...