Paras Bahu..

As Salam..

aku teringatkan conversation aku bersama dengan beberapa orang kawan aku..
masa itu kami berbualkan perkara mengenai kehidupan
it was a very funny conversation you know...
can't forget it untill now..
guess what???
antara yang dibualkan ialah mengenai ciri-ciri calon suami idaman..
hermm.. (kenapa tiba2 terasa nak menulis pasal ni??)
rasanya aku tidak pernah memikirkan perkara ini dengan sirius..
tapi buat masa ini..aku fikir akan datang
 aku hanya mencari calon suami yang mempunyai ciri-ciri yang berikut:

1) beriman
ciri yang paling skema yang dicari oleh setiap wanita..termasuklah aku. bagi aku, jika lelaki itu beriman dan mengikut segala perintah Allah dan mengikut segala sunnah Rasullullah..pasti kehidupan berumahtangga akan bahagia dan aman, suami tahu tanggungjawabnya dan dapat mendidik isteri dan anak-anak dengan betul..

2) boleh buat aku ketawa
ciri yang kedua ini memang kalau boleh aku nak ada pada future husband aku..tak seronok rasanya kalau tak..memang impian sejak tadika lagi la..hahaaaa(xde la..!!)

3) paras bahu dia
hahhaa..ada sebab kenapa aku suka lelaki yang lebih tinggi dari aku..terutamanya lelaki itu, aku paras bahu dia..semuanya sebab pengaruh novel yang aku baca la..hahahaaa.. kelakar rasanya kalau aku tulis di sini.. hanya seorang makhluk Allah sahaja yang tahu..iaitu kawan aku firdiana binti maarif..
harap dia still tak story pada kawan-kawan yang lain..hahhahaa..
romantik sinse!! ahahahhaaa.. (cis! xde la..)

3 ciri ini sahajalah yang aku cari..
dari segi rupa pula.., aku tidak mahu yang kacak-kacak.
kalau kacak sangat nanti ramai pula yang nak..
tapi aku juga tidak mahu yang hodoh-hodoh or yang selekeh-selekeh..
aku hanya mengharapkan yang sedap mata memandang..

secara jujurnya..
kalau boleh aku nak berikan tugas mencari bakal suami aku ini kepada emak aku sahaja..
tak tahu kenapa..tapi aku nak mak aku yang pilih dan cari..
tapi aku still berkuasa untuk bersetuju atau tidak..
memang dari dulu lagi nak macam nie.. lebih berkat orang kata..
setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anaknya..
lagipun..kalau ada apa-apa yang berlaku, aku tidak perlu dipersalahkan
kerana husband aku itu bukan aku yang cari..huhuuuu (^_^)

p/s .::. jangan terjah firdiana sudah..
selasa / 8:45 pm / 23 Nov 2010


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...