Kerana Kelantangan Suara..

As Salam..

tajuk post kali ini macam pelik sikit kan..??
tapi bagi aku ianya amat sesuai.. (^_^)
jika readers baca post yang sebelum ini..
post yang ini..adalah sambungannya..

ceritanya bermula begini..
masa aku, nabila dan farah nak balik dari rumah Dewi..
ada orang dari Singapura datang ke rumah Dewi..nak berurut dengan abah Dewi..
masa tu..
kami berempat (termasuk dewi)..berbual di luar..berdekatan dengan bilik yang khas untuk berurut..
kami berbual dengan suara yang agak kuat la.. (x sengaja..)
dan masa tu..ada seorang pak cik ini (pak cik Jamal nama dy..dapat tau dari Dewi)..
ada berdekatan dengan kami.. tapi kami buat tak nampak je la..

kami berbual/berbincang mengenai barang apa lagi yang nak dibeli untuk jamuan akhir tahun kami..
kami juga bincang mengenai duit kelas yang dah habis..hanya tinggal RM 10..

lepas itu..(perbincangan x capai kata putus nk beli apa sbb duit x ada)
aku, nabila dan farah pun pergilah ke tempat kami parking basikal..
masa tu..aku nampak pak cik Jamal keluarkan duit dari dompet dia ..
dia keluarkan depan abah Dewi.. aku fikir masa itu yang dia nak bayar upah pada abah Dewi..
tapi..
sebelum sempat aku nak naik basikal..abah Dewi panggil aku..
dia hulurkan duit rm50 pada aku..
terkejut la aku..nabila, farah dan dewi pun aku rasa terkejut jugak..

lepas itu.., abah Dewi cakap yang pak cik Jamal yang beri duit rm50 tu..
aku tanya betul ke pada abah Dewi..
abah Dewi kata ya..

aku pun jerit la pada pak cik Jamal tu..(dia ada dalam bilik urut..)
dialog dia lebih kurang macam nie la.. (x brapa nk igt..) :

aku : cik Jamal!!
cik Jamal : ya!
aku : cik Jamal!! betul ke nie?
cik Jamal : betul..
aku : betul nie??
cik Jamal : betul..
aku : terima kasih tau..
cik Jamal : ya! sama-sama..

lepas tu..aku tengok kawan-kawan aku..senyum!!
hehehehee (^_^)

aku ambil duit tu dari farah..lepas tu kami pun balik..
dah sampai kat depan lorong rumah Dewi .., aku patah balik pergi ke rumah Dewi..
aku beri duit rm50 tu pada Dewi..
suruh dia beli belon dan tepung..beli plastik bungkus dan apa2 lagi la..
(tapi rasanya tu je la..)

lepas tu aku pun balik..

konklusinya..
cakap la kuat2 depan orang lain.., mana la tahu nanti hajat anda dimakbulkan..hahahaa
eh..tak ada la..
tapi rasa macam bangga pula dapat jumpa orang yang macam pak cik Jamal tu..
(dan abah Dewi sekali..)
orang macam mereka memang susah nak jumpa..baik hati dengan orang lain..
tidak bakhil dengan orang lain yang kesempitan..(seperti kami..)

kerana kelantangan suara kami berempat masa tu.., 
berbual-bual mengenai tak cukup duit..
kami dapat rm50 dari orang yang kami tak kenal..(kecualli Dewi)

terima kasih kepada pak cik Jamal..
hutang budi tu..huhuhuuu..
kami pelajar sains stream smkdaha 2009-2010 berhutang budi kepada cik..
hehehhheeee...terima kasih..

p/s .::. roti dari singapura tu pun sedap gak..
khamis / 2:52 pm / 18 Okt 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...