Hari Kedua Rewang Jamuan Kelas..

As Salam..

hari ini (14.11.2010) ada kelas Fizik di sekolah..
lepas kelas Fizik ini., aku, Nabilah, Rasyid, Azam dan Zuhaili, Aliah dan Fazlina rancang nak terus pergi ke rumah Dewi for our second day rewang..

sampai sahaja disana.,
selepas semuanya melepaskan penat dan ada yang menukar baju..
kami pun ditugas dan dikerah untuk..;
kupas kulit bawang besar
kupas kulit bawang putih
kupas kulit halia
potong timun
potong nenas
potong cili

aku ialah orang pertama yang tangannya terasa pijar..
tak lain tak bukan adalah kerana aku mengupas kulit halia..
azam, zuhaili dan rasyid aku tak tahu samada mereka pun mengalami nasib yang sama dengan aku..
(sebab mereka balik awal..)
tapi aku dengan pasti merasakan ya! kerana mereka pun banyak juga mengupis kulit halia.., terutamanya Rasyid.. hahahhaaa
amik ko!

sepanjang aktiviti memotong dan mengupas..orang yang banyak 'menceriakan' suasana tak lain tak bukan ialah abah Dewi., banyak berbual dengan kami mengenai hal agama dan hal hidup..seronok berbual dengan dia
sincerely..aku rasa selesa duduk lama2 di rumah itu..
hehheheheee (^_^)
  
rasyid, zuhaili dan azam ternyata tidak mahir dengan kerja dapur..
hehehheee.., biasalah itu dengan budak lelaki..perkara biasa sahaja la..
(budak2 lelaki ni balik lepas habis kupas halia)

selepas siap aktiviti memotong dan mengupas..kami beramai-ramai beralih ke kerja mengisar..
Dewi dan Aliah mengisar bawang merah sampai nangis2..
air mata berjurai-jurai.. (^_^)
sayang betul masa tu tak ada siapa yang bawa kamera..
sayang betul..
(alamak! kenapa x amik guna phone??)
tak apa..akan ku ingat sampai ke tua..

siap semua kerja.. kami menjamu selera di rumah Dewi..
mak dia masak sambal ikan merah dan pucuk ubi masak lemak..
sedap..
aku, nabila dan farah tambah dua kali..

lepas makan..kami semua berehat-rehat di ruang tamu dan bermain kad UNO
selepas puas main kad UNO (aku menang lagi..!!)
kami beramai-ramai rewang buat ucapan untuk Rasyid berucap esok..

Nabila dan Farah curi2 tidur sekejap..
selepas hujan reda..Fazlina dan Aliah pun balik..
tapi aku, Nabila dan Farah still duduk2 di rumah Dewi..
......

lebih kurang sudah nak pukul 6 petang.. (agaknya kot..x igt sgt)
aku, nabila dan farah decide nak balik..
sebelum nak balik tu.. ada orang dari Singapura datang rumah Dewi nak berurut..
mereka bawa roti dari Singapura..
rupa roti tu macam roti Perancis..tapi bukan la..
lepas tu..kami pun balik..
(^_^)

p/s .::. baca sambungan cerita ni dalam post yang seterusnya..

khamis / 2:16 pm / 18 Okt 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...