Hak Milik Kekal..

As Salam..

Rasa geram apabila tidak boleh nak menguasai satu-satu barang tu selama-lamanya
puncanya adalah kerana barang or benda tu bukan hak milik kita yang sebenar-benarnya..
rasa geram apabila aku kena berebut pakai laptop dengan adik aku, terutamanya adik aku yang pertama..
budak tu sekarang dah pandai nak berdebat dengan aku..(mewarisi dan belajar dengan aku la tu..)

oleh itu.., buat masa nie (berpandukan hati yang marah, membengkak dan meluat dengan adik2 aku)
aku mengambil keputusan tak nak ambil kesah dengan hidup diaorang lagi..
aku nak hidup macam Syima (yang tak tahu adik dia kelas apa) and nak hidup macam Farah (yang totally tak kesah dgn hidup orang lain..hehehe.yeke?)

aku dah tak nak kesah and buat duty aku yang selalu aku buat 

"imran! ilham! pergi mandi sana!!"
"imran! ilham! pergi tukar baju sana!!"
"ini buku sekolah sape yang sepah2 nie?? nak kena buang ke??"
"basikal kat luar tu nak kena campak longkang ke?? susun betol2!!"
"imran! ilham hanger baju!!"
"imran! ilham! angkat pinggan cawan korang ini., sebelom mak marah!!"
"imran! ilham! kerja sekolah dah siap ke??"
"imran! ilham! esok sekolah x?"
"imran! ilham! hari ni ada tuesyen x ada kelas mengaji x?"
.......

rasa macam nak..mulai dari hari ini aku nak buat hal aku sendiri..
aku balik rumah, duduk dalam bilik dan kemaas rumah! (hanya untuk mengelakkan mak aku dari membebel dan membuatkan aku bertambah bengang dengan adik2 aku!..)

aku takkan peduli samada adik aku dah balik sekolah ke belum or adik aku dah tukar baju ke belum..
aku macam dah tak nak kesah
aku nak buang semua habit aku yang suka arah2kan adik aku untuk kebaikan diaorang
LANTAK LA!!!!
geramnya rasa...hermm...

p/s .::. sentiasa inginkan yg terbaik!!

khamis / 11:05 pm / 4 Nov 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...