facebook for syima n ety....,


As Salam..

sementara menunggu uploading gambar di facebook yang masih ada satu jam lagi, aku mengambil kesempatan untuk menulis entri ini. seperti yang telah dibayangkan oleh tajuk di atas, this time aku nak cerita sikit mengenai syimah yang bersungguh-sungguh mencipta satu akaun facebook semata-mata bak kata dia untuk balas dendam.. jika ingin tahu apa dendam yang nak dibalas itu bolehlah rujuk kepada ahli six of us.
terlanjur sudah aku membuatkan akaun FB untuk syimah., aku terus buatkan akaun FB untuk ety.., erm.., walaupun syima sign up first than ety tapi syimah punya lebih lama nak siap sebab cerewet dalam pemilihan gambar.. dan akhirnya langsung tidak letak gambar..
erm.., sebenarnya tidak ada cerita untuk diceritakan..
so,
bye3 laa
 hendak bye2 ke?? xkn la..
so.., 
di bawah ini adalah diantara gambar yang aku upload dalam facebook..
gambar2 yang banyak ni sebenarnya aku dan aizuddin ambil untuk special occasion tapi malangnya ianya tidak menjadi.. so, akhirnya terperuk sahaja didalam kamera and baru sahaja di uploadkan di dalam facebook aku..
 "life must go on" itulah ayatnya sentiasa terngiang-ngiang di dalam fikiran aku tiap kali aku lihat gambar2 sekolah ini.. tiap kali tatap gambar2 digital ini mesti rasa rindu ada.., walaupun masih  
belum lagi menamatkan tingkatan 5.. satu bulan lagi exam SPM akan menjelang, preparation untuknya masih belum nak mantap.
takut rasanya memikirkan apa yang bakal berlaku sekiranya aku gagal menjawab dengan baik di dalam dewan peperiksaan itu nanti yangg tentunya penuh dengan tekanan dan penderitaan..huhu

tapi INSYA ALLAH everything will gonna be fine..
istiqomah and tawakal to ALLAH is the ost important things! pray for me!!
kalau dah habis SPM nanti ini bermakna sudah tidak boleh nak duduk2 lagi, lepak2 lagi di meja bulat nie.. meja yang pada awalnya menjadi tempat geng SOU duduk2 dulu sebelum balik..
tapi akhirnya pindah ke kantin sebab lebih baik dan semestinya tidak panas..
agaknya lepas SPM nanti dan selepas 5 atau 10 tahun akan datang lagi sama ke keadaan sekolah sperti ini?? minta2 lah supaya tiada perubahan yang drastik..

kawasan tempat duduk cikgu kat bawah pokok and di tepi kolam ikan nie tak pernah aku duduk lama2.. rasa macam sejuk jer bila duduk kat situ.. bila agaknya aku boleh duduk kat situ tanpa kekangan masa?? heheheheheee

lepas SPM nanti mungkin hanya ada satu peluang sahaja untuk menjejakkan kaki kembali ke pondok ilmu ini.. waktu ambil result SPM.. waktu tu semua orang akan rasa takut dan gementar..

masa tu masing2 dah ada perubahan dalam diri masing2.. aku maybe masa tu masih sama.., tidak perubah. tapi rasanya aku tidak mahu ambil result masa hari first day tu.., kalau boleh aku nak ambil masa dah xde orang lagi nak amik.. 

p/s .::. aku nak campak laptop ni boleh x?
khamis / 9:47 pm / 14 okt 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...