Detik Menjelang SPM..

As Salam...

berdasarkan counter yang sungguh dahsyat yang aku lihat di blog farah, hanya tinggal lagi 28 hari lagi sebelum peperiksaan besar SPM. Rasa macam nak gila dibuatnya..
Fighting!!

Sudah lama juga rasanya aku tidak menulis entri, semuanya gara-gara kerana satu artikel yang aku baca.. luluh hati aku..huhu.., tapi tidak mengapa.. bak kata kawan aku "Ah! peduli apa aku dengan dia., suka hati aku la.." Bagus!

Mungkin buat masa ni, untuk mengubat hati yang masih berparut, aku tidak akan mengunjungi lagi site itu..

Mengikut perkiraan yang telah dilakukan oleh kawan aku, bagi setiap subject hnya boleh ambil masa 3 hari sahaja. Tapi kalau ikutkan aku, mungkin subjek BM dan BI boleh dikurangkan bagi menampung subjek Sains aku.. kecewa cikgu BM dan BI aku kalau mereka ada baca ni.. Maaf ye cikgu! Markah exam saya teruk2 belaka!!

Sekarang nie.., bagi melepaskan gian aku terhadap penggunaan laptop dan internet, aku hnya akan menggunakan laptop aku sehingga habis baterinya..kalau dah habis aku tidak boleh guna lagi.. aku hanya boleh menggunakan laptop ini lagi hanya apabila aku sudah mengulangkaji selama 5 jam atau lebih pada satu hari... (tidak termasuk makan dan minum)

Aktiviti hari ni pula ialah., (disekolah seperti biasa)
balik sekolah seperti biasa kami semua melepak di kantin sementara menunggu jalan lenggang. Selepas makan dan minum dan berbual dan ketawa, aku dan nabila terus gerak pergi ke Bank Simpanan Nasional pada jam lebih kurang 130 tengah hari. Di sana aku membuat urusan pengeluaran duit dan pembaharuan kad ATM. Oleh kerana waktu itu keadaan sangat lenggang, so, semua urusan siap dalam masa setangah jam sahaja iaitu lebih kurang pukul 230 petang. Oleh kerana aku ada temu janji dengan kawan aku untuk beli DVD korean pada jam 300 petang, aku dan nabila menghabiskan setengah jam masa yang terluang itu dengan mengambil angin disekitar tepi laut dan meninjau buku di kedai Inspirasi.. Pantang aku masuk kedai mesti nak beli barang, this time aku beli satu mini AL QURAN ( rm 16.00) dan satu novel (rm 19.90) bertajuk 'Hanya Kita Berdua' yang dikarang oleh salah seorang pengarang yang aku minat iaitu Aina Emir. Total up semuanya adalah rm 35.90 (hanya di kedai Inspirasi)

Lepas itu, terus gerak pergi ke bank semula sebab janji dengan kawan yang nak beli DVD tu tunggu di sana. Janji pukul 3 tapi datang pukul 330.. biasalah tu..pergi kedai CD, 2 CD yang aku rancang nak beli ( Autumn In My Heart & My Girl Friends is Goo Ming Ho) tak ada, hanya satu cerita (Winter Sonata) sahaja yang ada, so lagi dua just ganti dengan cerita lain ( God of Study & My Girl). Total up beli DVD semua ialah rm 40.00.

Bayar hutang nabila rm 30.00
Beli air kelapa rm 1.00
Total pakai duit hari ini ialah rm 106.90

Balik rumah pergi singgah kedai basikal sekejap sebab nak pam basikal. Maybe esok ada budak nak pinjam basikal untuk main Polo Bicy..

p/s .::. mak suruh angkat baju yang ayah dah lipat., aku tau mesti adik aku just nak angkat baju dia jer., so, aku cakap macam nie kat dia..

aku : ilham, angkat semua baju sekali..
ilham : kenapa pulak..
aku : kalau ilham rasa ilham tak ada bayar sewa rumah dan bayar gaji ayah lipat baju.., ilham kena angkat..
                                            
                                                ...... terus terdiam adik aku tu.. puas!!!......
(imran xada sebab g kedai beli roti)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...