Happy Birthday Aizuddin..

As Salam..

Hari ini ialah hari yang sungguh2 memenatkan ... Semuanya gara2 esok ialah birthday Aizuddin..wawa
This time., semua orang hanya ingat birthday Din hanya pabila tarikhnya dah nak dekat.. kelam kabut gyler jadinya..masing2 langsung tak rancang dan masing2 jugak langsung dah tak ada duit..huhu..
hanya aku jer yang masih berduit.., so kesimpulannya , guna duit aq dulu jer la..

Belanjawan for birthday Din .::.

Komek 6 buah = rm 44.00
Kad ucapan 6 keping = rm 6.00
Sampul hadiah = rm 1.00

total up = rm44 + rm6 + rm1
= rm 51.00

jika ditambah dikali dan dibahagi.., jumlah yang perlu dibayar masing2 (selepas dibahgi) ialah rm8.50.. huhu..bajet yg paling murah setakat ini ..hehehhe

siap semua urusan jual beli untuk Din., aku balik rumah dalam pukul 530 petang..
oleh kerana aku gian gila tengok komek2 yang aku beli tu.., aku baca 3 daripada 6 komek tu..
sorry ye Din...aku gian gila la sebab dah lama tak baca..
sorry sorry sorry sorry sorry..

ermm..selepas selesai membaca dan 'merasmikan pembukaan' buku, aku menyediakan sampul hadiah yang aku beli tadi untuk memulakan aktiviti melipat, menggunting, mesoletip dan membalut..
oleh kerana sudah terlalu lama aku sudah tidak menyampul-nyampul hadiah so, agak kekok dan tidak berapa nak kemas hasilnya.. tapi aku tetap berpuas hati sebab aku buat dengan sepenuh hati aku..huhuhu
just for you friends!!
sebab kalau nak diikutkan inilah kali pertama aku melibatkan diri secara langsung dalam pembelian dan pembungkusan hadiah..

birthday syimah .::. aku tak beri dia hadiah..
birthday dewi .::. sambutan yang paling best sebab .. ahh!! memang seronok.. aku jadi tukang bawak dewi jalan2 satu sekolah untuk kasik budak2 yang lain bersedia..huhuhu
birthday farah .::. Din yang uruskan pembelian dan pembungkusan
birthday nabila .::. aku 2 minggu awal kasik nabila hadiah.. so, tak terasa persediaan nak surprise ..

birthday dewi, farah dan nabila.. Din yang bertanggungjawab belikan hadiah dan pembungkusan .., so, this time aku yang buatkan untuk dia..huhuh..kira macam nak balas jasa laa..hahah
lagipun.., aku dan SOU memang dah banyak menyusahkan dia..
kalau ada jam rosak, kami suruh Din yang bawa pergi kedai..
kalau aku nak masukkan duit dalam bank, aku suruh Din yang masukkan..
hari tu.., aku minta tolong Din carikan kedai komputer untuk aku hantar laptop aku..kesian dia kena merayau satu pontian..huhu..sorry soorrryy Din!! hehehee
dah berapa banyak duit minyak yang kau keluarkan semata-mata nak layan kerenah kiteorang ..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...