Menangis Sebab Kawan

As Salam

kali ini aku teringin bercerita pasal aku menangis.., sesuai dengan tajuk yang aku tulis.., aku menangis sebab kawan-kawan aku.., huhuu.. bukan sebab kawan-kawan aku buat jahat pada aku tetapi sebab kawan-kawan aku begitu caring pada aku.. ehehehhhe (sayu)

masa itu..,
6 of us + aizuddin + rasyid.., pergi ke SMK Batu 34 (Tan Sri Osman Abdul Saad) sebab ada ceramah SPM PMR dan UPSR.., pada pagi hari kami semua nak pergi.., aku memang dah tak berapa sihat..,
dan semua kawan-kawan aku memang dah tahu.., huhuu..

pagi tu memang aku boleh handle lagi.., tapi masa dalam pertengahan ceramah tu aku dah tak boleh handle lagi dah.., badan aku memang rasa teruk gila la.. 
lepas habis ceramah.., kawan-kawan aku tanya sama ada aku ok.., 
lepas je kawan-kawan aku tanya.., aku terus menangis.,
ceeehhh.., kelakar pulak kalau kenang balik..huhuuhu

lepas habis ceramah tu.., sementara tunggu Cikgu Arman datang.., kami semua pergilah meninjau karnival yang diadakan.., masa tu aku dah rasa sihat sikit.., mungkin sebab dah kena cahaya matahari..
(sebab.., masa aku tak sihat tadi.., badan aku menggigil.., tapi suhu badan panas)

masa dalam kereta on the way balik pun aku rasa ok..,
tapi lepas aku panjat tangga nak masuk dalam kelas(tingkat 3).., badan aku down balik..,
rasa macam nak pengsan jer.. lalalalaa

masuk dalam kelas , lagi 10 minit nak balik..., kawan-kawan tanya samada aku ok.., 
cikgu pun tanya jugak(Puan Mursyidah)..
masa tu aku nak menagis lagi.., tapi aku tahan jer.. 
masa tu aku fikir aku menangis sebab aku rasa sakit..
tapi kalau aku fikirkan semula.., aku tak rasa sakit tapi rasa macam penat gila jer..

tapi lepas aku fikir dalam-dalam.., 
aku simpulkan yang aku menangis sebab orang-orang disekeliling aku ambil berat pada aku!!
kawan-kawan aku!!!
dan jugak cikgu!!!
(sebab tiap kali orang tanya.., aku akan nangis)

rasa macam happy gila lepas tahu yang aku ada kawan-kawan yang ambil berat pada aku..,
kami saling menjaga antara satu sama lain.., itu yang best!

(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)

Go to fullsize image

3:28 pm /selasa/14 sept 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...