Yang Pertama

Benar, tidak semua yang pertama indah...tidak pula semua yang terakhir sengsara. Semua itu punyai hikmah dan pelajarannya. Ada orang pertama itu indah...seronok, bahagia...tetapi sayangnya hanya sementara. Diri mula alpa dengan kehidupan dan kelebihan yang diberikan.. ini juga tidak indah kerana indah dunia belum tentu indah dihati.

Sebaliknya, seorang yang melalui kegagalan, kepahitan, kekecewaan dan penderitaan..tidak pula tidak boleh mendapatkan yang indah.. mereka pasti boleh mendapatkannya dengan redha dan tawakal atas pemberianNya. Ketewasan daripada pengalaman pertama memberikan 1000 pengertian buat hati dan diri mereka untuk meningkatkan motivasi menjadi yang terbaik. Inilah saat yang paling bermakna buat seorang pengembara yang mengemudikan kehidupan.

Begitu jugalah dengan kehidupan kita, jangan sekali mendambakan hanya kemanisan dan keindahan menemui yang pertama dan yang bakal diraih...tapi gengamlah ianya sebagai suatu ujian yang mana boleh jadi gembira, boleh jadi duka. Apapun, persiapan emosi dan rohani perlu diseimbangkan agar setiap yang datang...kita mampu melalui dengan baik.

Pangalaman pertama yang membawa keperitan sebenarnya itulah yang mengajar diri untuk terus tabah dan mahir dalam meneruskan hari-hari yang bakal menemui.

Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...