xde tajuk lagi..

1.....

Bayu laut menderu-deru mendinginkan kepanasan daratan. Gemersik dedaun bersentuhan disulami pecahan ombak dan suara-suara unggas yang bersahutan menaikkan lagi keserian alam malam. Taburan kejora di dada angkasa dan liang-liuk nyalaan api yang ligat membakar silih berganti ditenung dalam. Khayal fikirannya memikirkan percaturan alam.

Buaian yang didudukinya bergoyang-goyang perlahan mengikut hayunan angin yang membuai. Matanya dipejam selepas sekilas melihat kerdipan bintang yang bersinar di angkasa raya. Sambil matanya terpejam menghayati keadaan sekeliling, mulutnya mengumamkan melodi lagu. Sungguh aman dan selesa rasanya dapat bersama-sama alam ketika itu.

Tik tik tik.

Malaikat Mikhail mulai menjalankan tugasnya. Titik-titik hujan sudah mulai jatuh menimpa bumi. Bermula dengan renyai kemudian bertukar menjad lebat. Bunyi guruh berdentam-dentum dan pancaran kilat yang menyambar-nyambar seolah-olah memberikan amaran kepada insan yang berada di luar.

Amira segera melompat turun dari buaiannya dan terus menyarung selipar yang ditanggal dan diletakkan bersebelahan unggun api. Angin yang kuat hampir sahaja membuatkan api menyambar kainnya.

2.....

Amira segera mengeluarkan segugus kunci dari poket bajunya. Sebatang anak kunci dimasukkan ke dalam perumahnya lalu pintu pun terbuka.

Perlahan-lahan kakinya mengatur langkah. Sedaya upaya cuba meminimakan bunyi dari derepan kakinya. Tanga sebanyak 25 anak tangga yang dihadapanya kini, satu persatu didaki. Hanya anak tangga yang ke 17 sahja dilangkau kerana sudah arif benar dengan bunyi keriut kuat yang bakal terhasil.

Dihujung anak tangga yang teratas terdapat sebuah ruang rehat keluarga yang serba lengkap dengan semua kemudahan dan perabot. Di bahagian itu terdapat tiga buah jambatan yang menyambungkan ke 3 buah ruangan lain di rumah ini. Jambatan yang disebelah kanan menghubungkan dengan kawasan Hawa. Jambatan yang bertentangan menghubungkan dengan kawasan Adam manakala lagi satu jambatan menghubungkan ke ruangan keluarga.

Amira mengambil laluan ke arah kawasan Hawa. Di bawah jambatan yang dilaluinya itu boleh melihat terus ke ruangan tetamu yang terletak dibahagian bawah.

Masuk sahaja ke ruangan Hawa, Amira terus menuju ke pintu biliknya yang dihujung sekali. Pintu yang berkunci dibuka. Penat rasa badannya kerana terpaksa berlari meredah hujan. Badannya dibaringkan sebentar di atas katilnya yang bersaiz King.

Amira teringatkan akan baju dan badannya yang basah. Segera dirajinkan dirinya untuk bangun dari pembaringan. Langkah kakinya diatur ke almari baju. Sehelai persalinan tidur dikeluarkan untuk di ganti dengan bajunya yang basah. Disebelah almari bajunya terdapat sebuah bakul untuk mengisi baju kotor. Hijab dimukanya ditanggalkan. Sehelai tuala bersih dicapai dan bersama dengan persalinan yang baru, Amira menuju ke bilik air yang didalam biliknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...