menundukkan pandangan

"Jika seseorang wanita itu solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan,taatkan suami dan menjaga maruahnya, pilihlah mana-mana syurga yang ia mahu"

Di antara sifat-sifat bidadari yang menjadi kemestian muslimah ialah 'Qaashiraatut-tharfi' iaitu menundukkan pandangan
1) pandangan matanya tidak liar

"Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jelita matanya."
(Ash-Shaffat: 48)
2) anak-anak panah iblis
‎"Pandangan itu adalah anak panah beracun dari anak-anak panah iblis, siapa saja yang menghindarinya kerana takut kepada Allah, ia akan dikurniakan oleh Allah keimanan yang terasa manis di dalam hatimya." (H.R. Al-Hakim)

Umar bin Khattab r.a. pernah berwasiat dalam satu pidatonya: " Cegahlah diri kamu dari mengikuti keinginan-keinginan, kerana ia adalah ledakan dan semburan. Jika kamu tidak mampu mencegahnya, ia akan mengheret kamu ke dalam akhir hidup yang paling buruk.

Sungguh kebenaran ini amat berat, sedangkan kebatilan begitu amat ringan. kadangkala sekali saja pandangan mata boleh membangkitkan keinginan syahwat, padahal syahwat sesaat boleh menyebabkan kesedihan yang tiada berakhir."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...