Antara Garisan Pemisah

Malam tadi ada satu rancangan di Astro bersempena bulan Ramadhan ini.
Tajuknya "Antara Garisan"
mengesahkan seorang kakak sepupu yang sanggup jadi seorang GRO untuk menyara hidupnya dan adik sepupunya.
Adik sepupunya (Idah) seorang yang baik. Jaga solat, menutup aurat, dan macam2 la.
Kakak sepupunya (Ayu) pula seorang yang sebaliknya.

Selepas mengetahui bahawa Ayu mengandung. Idah telah tinggal di rumah Ustaz Arman.
Ayu telah menerima hidayah dan bertaubat manakala Idah telah ditangkap berzina bersama Ustaz Arman.

Lihatlah betapa lemah dan kuatnya seseorang manusia itu. Dalam kejadian satu malam sahaja dapat menukarkan seorang yang alim itu kepada yang mungkar. Menukarkan seorang yang mungkar itu kepada yang alim.

Jangan kita sebagai manusia dengan senang menjatuhkan hukum kepada satu manusia yang lain. Sedangkan kita merupakan selemah-lemah manusia di muka bumi ini. Ingatlah wahai manusia, halal haram, dosa pahala hanya dinilai olah ALLAH SWT.

Go to fullsize image Go to fullsize image
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...