KEM TASIK UTARA!!!!!

Selama 4 hari aku telah berkampung di Kem Tasik Utara. Selama hari itu jugaklah aku telah memperkukuhkan diri menjadi seorang pemimpin. Disana jugak aku telah bertemu dengan barisan pemimpin yang seumur denganku. Dengan rasa rendah diri aku lihat diri aku begitu 'rendah' apabila dibariskan bersama mereka. Walaupun di sekolah aku merupakan seorang ketua namun aku harus akui bahawa banyak lagi yang perlu aku pelajari untuk memantapkan diriku.

Sepanjang aku berada di sana aku telah menjadikan beberapa orang peserta sebagai contohku. Contohnya ialah seorang peserta yang bernama Aqilah. Beliau merupakan seorang yang petah bercakap dan pandai menyusun kata-kata. Aku memang tabik spring kat dia apabila aku lihat dia bercakap kat depan. Ada jugak seorang peserta lelaki yang aku tabik spring jugak. Namanya Fahmi daripada kumpulan satu. Fahmi sama je dengan Aqilah. Cuma yang membezakannya ialah aku tak berani nak dekat2 dengan si Fahmi tu sebab aku tak pernah nampak dia senyum(aku yang tak nampak tapi aku tak tahulah kalau waktu dia senyum aku tak nampak) tapi apa yang pasti aku memang tak berpeluang nak bercakap denga dia. Mungkin sebab waktu 4 hari 3 malam itu tidak mencukupi atau aku memang seorang yang penakut.

Ada lagi seorang peserta yang aku suka. Tapi aku tak ingat namanya(sebab kat sana aku panggil semua orang dengan panggilan kau aku je) Apa yang aku suka pasal budak ni ialah suara dia yang lantang ketika berkawat. Walaupun dia tidak menjadi commander ketika kami berkawat namun aku pasti dia seorang commander dalam pasukannya di sekolah.

Namun, ketika aktiviti yang diberi nama 'confident in water' dijalankan. Aku diantara peserta yang awal terjun didalam air dan berani beraksi didalam air. Aku jugak rasa bangga apabila dapat membantu rakan peserta yang lain untuk berkeyakinan didalam air.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...