Pemilihan Perjawatan

Hari ini merupakan mesyuarat agung bagi persatuan unit uniform di sekolah aku. Mesyuarat ini bertujuan untuk membina sebuah organisasi yang baru untuk tahun ini. Apa yang dapat aku perhati dan simpulkan ialah, semua pelajar yang terpilih untuk memegang dan menjawat jawatan itu dipilih berdasarkan populariti dan bukannya kualiti dan kredibiliti. Mereka yang mengundi ternyata tidak pandai memilih dan tidak tahu memilih. Mungkin mereka tidak sedar bahawa dengan memilih orang yang salah akan menyebabkan sesuatu organisasi itu musnah atau mundur. Semua agenda, program dan rancangan yang telah dirancang dengan baik oleh para guru pasti tidak akan berjaya dijalankan. Ini disebabkan kerana organisasi itu terdiri daripada mereka yang tidak layak! Cuba bandingkan sebuah organisasi yang cemerlang dan sebuah organisasi yang tidak cemerlang di sekolah anda atau dimana-mana pun anda berada. pasti organisasi yang cemerlang terdiri daripada orang-orang yang berwibawa manakala organisasi yang tidak cemerlang pula adalah sebaliknya.
Bagi pendapat aku, pemilihan untuk menentukan siapa yang layak untuk menjawat jawatan di dalam organisasi adalah lebih baik jika dipilih dan ditentukan oleh para guru. Mereka semestinya akan memilih the best of the best!! Para pelajar tidak boleh memberi alasan dengan mengatakan bahawa guru-guru tidak mengenali mereka. Jika seseorang pelajar itu fikir mereka layak memegang jawatan maka mereka have to prove it to their teacher. prove it to them that you are suite for that jobs!! just do anything!!!
Jika pemilihan masih ditentukan oleh para pelajar., pasti cita-cita untuk memajukan organisasi akan terkubur sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...