quotes of LOVE

Jika kita mencintai seseorang
Kita akan mendoakannya walaupun
dia tidak berada disisi kita
..
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan
Dua tangan untuk memegang
Dua telinga untuk mendengar
Dan dua mata untuk melihat
Tetapi mengapa tuhan hanya menganugerahkan
Sekeping hati pada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan
Sekeping lagi hati pada seseorang untuk
Kita mencarinya
..
Jangan sekali kali mengucapkan selamt tinggal
Jika kamu masih mahu mencuba
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih sanggup
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi
Jika kamu masih tidak dapat melupakannya
..
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan
Walaupun mereka telah dikecewakan
Kepada mereka yang masih percaya
Walaupun mereka telah dikianati
kepada mereka yang masih mencintai
Walaupun mereka telah disakiti sebelumnya
Dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan
Keyakinan untuk membangunkan kembali keyakinan
..
Jika simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia
Lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya
Sebaliknya, ucapkanlah kata-kata cinta dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
..
Mungkin Tuhan mahukan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah
sebelum bertemu dengan orang yang tepat
Kita harus mengerti bagaimana berterima kasih dengan kurniaan itu
..
Cinta buka mengajar kita lemah
Tetapi membangkitkan kekuatan
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri
Tetapi menghembuskan kegagahan
Cinta bukan melemahkan semangat
Tetapi membangkitkan semangat - Hamka-
..

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis
Debu beralih emas
Keruh menjadi bening
Sakit menjadi sembuh
Penjara menjadi telaga
Derita menjadi nikmat
Dan kemarahan menjadi rahmat
..
Sungguh menyakitkan menyintai seseorang
yang tidak mencintaimu
Tetapi lebih menyakitkan adalah menyintai seseorang
dan kamu tidak pernah memiliki keberanian
untuk menyatakan cintamu kepadanya
..
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis
Ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah.
Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi
kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
..
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah
ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu
Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya
menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi
..
Kadangkala kamu tidak menghargai orang
yang mencintai kamu sepenuh hati
Sehinggalah kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana
perginya tanpa berpatah balik
..
Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambanya
Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya
Kasih saudara semasa berada
Kasih sahabat masa binasa
Kasih suami isteri sepenanggungan
Kasih orang yang menaruh harapan
..
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar-benar
menyintainya setulus hati.
..
Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu
Teman percintaan ialah sayu dan pilu
Namun demikian
Dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus
Ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu – Raja Pedang Deir
..
Hati-hati dengan cinta kerana cinta juga dapat membuat
orang sihat menjadi sakit
Orang gemuk menjadi kurus
Orang normal menjadi gila
Orang kaya menjadi miskin
Raja menjadi budak
Jika cintanya itu disambut oleh para pencinta palsu
..
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai
tersimpan keburukkan di dalamnya dan berkemungkinan
apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya
..
Cinta kepada harta ertinya bakhil
Cinta kepada perempuan ertinya alam
Cinta kepada diri ertinya bijaksana
Cinta kepada mati ertinya hidup dan
Cinta kepada Tuhan ertinya takwa
..
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut
Pasti ia akan membawa seekor ikan
Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti
Pasti ia akan mati kelaparan
..
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam
Tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih,
Dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau
Sekadar canang yang gemerincing
..
Usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah
Tak usah bercakap tentang perasaan jika ia tidak berada di dalam hatimu
Tak usahlah menunjuk ke dada jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu
..
Cinta adalah pengabdian dan kenangan
Adalah hal terindah yang pernah dialami
..
Sesiapapun pandai menghayati cinta tapi
Tiada siapapun yang pandai menilai cinta kerana
cinta bukan objek yang boleh dilihat oleh mata kasar
Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan
..
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu dan
membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta
membuat budak menjadi pemimpin
Inilah dahsyatnya cinta.
..
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri
Dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan.
Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya
..
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta.
Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua dua tanganmu
Dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta tanda tanya dihatinya.
..
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut
tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci
jika manusia dapat menilai kesuciannya.
..
Bercinta memang mudah.
Untuk dicintai juga memang mudah.
Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
itulah yang sukar diperoleh.
..
Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui.
Sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai
..
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan,
Lebih baik cinta itu tak pernah hadir
..
Cinta sesuatu yang mengasyikkan,
Ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran.
Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya.
Sebaliknya cinta boleh menjadi racun jika tersalah tempat.
Apapun, cinta itu adalah buta.
..
Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan
cinta yang suci tanpa menodai keaslian cinta itu
..
Cinta sebenarnya tidak buta.
Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasi dirimu tanpa pertimbangan
..
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak
Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka
Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu
..
Cinta sebenarnya bukan dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalanan hati naluri.
..
Kejarlah cita-cita sebelum cinta,
Apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.
..
Di suatu hari kau datang dan bertanyakan apa yang lebih penting padaku.
Dirimu atau nyawaku.
Dan aku mengatakan nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan
Tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu.
Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.
..
Cinta seringkali akan lari bila kita mencari,
Tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri
..
Bercinta dengan ilmu,
Bertunang dengan buku,
Berijabkabul dengan peperiksaan,
Berbulan madu dengan kejayaan.
..
Cinta pertama adalah kenangan.
Cinta kedua menjadi pengajaran.
Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan
Kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakn tanpa garam.
..
Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.
Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu
sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.
..
Hanya memerlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang
Sejam untuk menyukai seseorang dan
Sehari untuk mencintai seseorang tetapi
Diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.
..
Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya.
Cinta kudus antara bonda dan anaknya.
Ada cinta rafik yang setia.
Ada cinta berahi antara kekasih.
Ada cinta persaudaraab yang tiada bandingnya.
Ada cinta sesame makhluk yang begitu mulia dan
Cinta dikatakan tidak memilih usia.
Ia juga tidak mengira rona bangsa.
Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta.
Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.
..
Cinta itu adalah apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat
..
Manusia tidak jatuh kedalam cinta dan,
Tidak juga keluar dari cinta
Tapi manusia tumbuh dan besar dalam cinta.
..
Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya,
Barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci suatu hari kelak.
Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya juga,
Barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.
..
Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakngnya akan merugikan seperti cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun.
..
Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana
Hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.
Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua
Kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.
..
Cinta itu adalah api yang dingin.
Sesiapa yang mendekatinya tidak akan terbakar tetapi tertangkap ke dalamnya.
..
Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai,
Tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagian rumahtangga.
Cinta hanya sebuah keindahan perasaan
Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.
..
Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu.
Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya,
Tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh dihatimu.
..
Cinta itu tetap hadir,
Ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan, tetapi
Kepasrahan tentang yang mutlak, itulah cinta yang terulung.
..
Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.
..
Usah gembira dengan kelahiran cinta pertama.
Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana
Kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan.
Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.
..
Cinta adalah sebuah telaga yang tiada dasarnya
..
Untuk menyelami cinta dan cita-cita ,
Anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya.
Mengertilah dahulu erti cita-cita dan sebelum mengenal cinta,
kenallah dahulu cita-cita.
..
Cinta yang terselit pendustaan ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan.
..
Cinta adalh jika kamu kehilangan rasa, ghairah, romantic dan masih tetap menghargainya.
..
Cinta lebih mudah mekar dihati yang sedang dilanda kecewa.
Cinta seperti ini adalh cinta yang mengharapkan belas kasihan,
Sebab itu bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.
..
Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki sepenuhnya.
Tetapi, cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran serta perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.
..
Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan
Sentiasa menyalan di mana-mana jua pun,
Yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri,
Iaitu rasa cinta dan kasi sayang pada segala yang bernyawa
..
Manusia merasa kesepian dari cinta kerana
Mereka kerap hanya membangun dinding, bukannya jambatan kasih sayang.
..
Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan peribadi akan merubah menjadi putus asa.
..
Dalam percintaan janganlah kamu kesali perpisahan tetapi
Kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.
..
Kamu tidak akan mati kerana cinta,
Tetapi cinta sudah cukup untuk menjadi racun dalam hidup kamu.
..
Kahwinilah orang yan lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu.
Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita.
Adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.
..
Hiduplah dengan cinta! Tetapi tidak bereti cinta buta.
Kita dapat mencintai hidup dengan lebih baik, iaitu,
Cintailah sekelilingmu,
Baik yang ada diluar dirimu atau didalam dirimu.
..
Cinta yang suci itu dapat dilihat dari pengorbanan seseorang,
Bukanlah dari pemberian semata-mata
..
Rasa cinta itu jika dipupuk ke arah sinar yang lurus akan membawa pengekalan abadi.
Selagi usia dikandung badan,
Selagi jiwa merantai hati.
..
Bibir tidak perlu berkata bila hati sudah bersuaranada cinta dan rindu.
..
Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kawannya.
Perkahwinan pula merupakan ubat penawarnya.
..
Ibaratkanlah kehilangan cinta itu umpama hilangnya cincin permata
di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan.
..
Apabila cinta tidak diajar di rumah..,
Hampir tidak masuk akal untuk mempelajarinya di tempat lain.
..
Kata pujangga cinta letaknya di hati.
Meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali.
Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita
sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa disedari.
..
Hidup kita kalau tidak memakai cinta tak ubah seperti bumi kehilangan matahari.
..
Cinta dimulai dengan senyuman,
Tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.
..
Lelaki itu prosa alam..,
Perempuan menjadi sajaknya..,
Cinta itu lagu dan perkahwinan orkestranya.
..
Cinta tidak selalunya bersma jodoh
Tetapi jodoh akan sentiasa bersama cinta.
..
Cinta menakluk segala-galanya.
Cinta dapat mengubah pondok kayu menjadi istana emas.
..
Barangsiapa yang belum pernah jatuh cinta,
Ia telah membangunkan langit di atas bumi
..
Cinta tidak mempunyai umur,
Ia sentiasa memudakan dirinya.
..
Cinta menekankan pertimbangan,
Memandang ringan bahaya dan cinta memandang enteng akan kematian.
..
Cinta tidak mempunyai undang-undang.
..
Cinta pandang pertama adalah cinta yangakan kekal abadi.
..
Cinta lebih tua dari alam ini kerana alam ini dijadikan ALLAH atas dasar cinta.
..
Manusia yang dibakar api cinta dapat melihat di dalam gelap.
..
Cinta adalah penyakit.
..
Seseorang yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan,
Maka dia akan melihat kebahagiaan itu laksana pelangi.
Tidak pernah pelangi itu berada di atas kepalanya.
Selamanya dia melihat pelangi itu berada di atas kepala orang lain.
..
Cinta yang tak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.
..
Kehidupan ini seumpama bunga,
Maka cinta adalah madu-madunya
..
Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta.
Tiada kasih yang lebih ngeri dari putus cinta.
..
Cinta monyet ialah cinta keanak-anakkan,
Cinta palsu adalah sekadar basa-basi,
Cinta materialistic merosakkan jiwa.
Cinta sejati ialah cinta yang akan menghasilkan cita-cita yang luhur dan abadi
..
Cinta adalah penyakit dan perkahwinan ialah sihat.
Sakit dan sihat tidak bertemu.
..
Cinta itu tidak buta tetapi ia tidak melihat.
..
Cinta boleh tumbuh madu madu dan racun
..
Orang yang menulis surat cinta itu kurus dan
Orang membacanya gemuk.
..
Keburukkan dapat disembunyikan apabila timbunya rasa cinta
..
Hidup tanpa cinta umpama taman tanpa bunga.
..
Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya.
..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...