Cinta Alam Siber!!

Memang tak dapat nak dinafikan lagi memang banyak pasangan suami isteri yang bertemu jodoh di dalam alam siber.. tapi sejauh manakah kebenaran yang boleh didapati? melalui alam maya.., benda yang hodoh pun boleh jadi cantik.., benda yang tipu pun boleh jadi benar

kenapa ramai orang yang memilih pasangan melalui alam siber? bukankah terdapat banyak resikonya?
alam siber bukan hanya dimaksudkan dengan internet malah termasuk jugak dengan telefon bimbit, televisyen dan radio.., (asalkan yg melibatkan teknologi)..

mungkin mereka hanya nak berseronok kerana dapat menipu dan mereka cerita tanpa diketahui..
atau sebab mereka saja2 je nak mencuba..

macam mana kita mahu memastikan kenalan yang kita baru kenal tu bercakap benar?
bukan semua yang dicakap itu benar

memang diakui ada yang sentiasa tulus..
letak gambar diri sendiri walaupun hodoh..
bagi nama sendiri walaupun kelakar..
bagi tahu status yang sebenar walaupun dah kahwin..
TAPI SUSAH NAK CARI!!!!!!

pada pandangan aku.., memang tak salah untuk mencari dan menjalinkan hubungan melalui alam maya.., tetapi biarlah pastikan dahulu kesahihan kata2 kenalan itu.., jangan suka main terjah jer..., jangan suka main tangkap muat je.., pilihlah yang terbaik daripada yang terbaik!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...